Friday, July 18, 2014

MH17 Terhempas DiTembak! :(

Al-Fatihah. Takziah...

Tak tau kenapa mata dah ngantuk sangat malam tadi dalam around 11.30 malam. Tapi tak boleh tido sebab Zara ajak main. Asal mata tutup je, Zara cakap, "Mama janganla tido"...

Adoi adik.. mama betul2 mengantuk ni... dah landing atas katil. Bukak hp jap nak tengok2 sebelum mata terlelap. Aku bukak instagram rasanya.. tgk kat timeline. Aku terbaca hanis haizi punya post. dia tulis caption CNN Now! aku tgk gambar peta, ukraine n MH bla bla.. mata dah ngantuk kan.. Aku ingat MH370 dah jumpa kat Ukraine. Esok jelah tgk news. Tgk plak whatsapp. kapal terbang MAS ditembak??? All died. MashaAllah. Melompat dari katil pegi hall on tv. Tukar channel Awani. Sebab Awani je yang beritanya 24 jam...

Sah! Terhempas dipercayai ditembak.. tak lama pun dapat tau.. dalam pukul 11.45 mlm mcm tu...ya Allah... Malaysia diuji lagi... MH370 pun belum jumpa lagi... Sedihnya.. Allah....

Meremang-remang bulu roma masa tgk berita.. Pembaca Berita Awani tu pun tergagap-gagap nak ulas. Yelah kan, faham kondisi dia yang secara tiba2 dapat berita yang tak terduga ni...

Gambar-gambar pesawat MH17 dah mula tersebar.. Semuanya mati.. Ya Allah....





















Again. Alfatihah pada semua mangsa yang beragama Islam...

#prayformh17 #prayformh370 #prayforgaza


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments: