Showing posts with label 2012.. Show all posts
Showing posts with label 2012.. Show all posts

Aidiladha 2012

Salam Aidiladha 2012..

Huhu.. berhabuk dah blog.. Entry banyak simpan dalam draft. Tapi nak publish tu takde masa.. Anak dah dua. Semua nak berkepit je sekarang ni. Yang sorang nak natik nak natik (nak nasi nak nasi), yang sorang merengek2 nak susu, kadang bukan nak susu pun, nak aku dok sebelah dia je.. Merasa lah sekarang ni dinner kul 9-10 malam yer.. Tunggu enady balik, baru aku leh start bersilat kat dapur.. Masak simple2 je sekarang ni.. takleh nak masak 3-4 lauk dah.. weeekend je lehla masak lebih sket..

Dah lama sangat tak balik Pahang. Raya Haji tadi baru balik. Sian Pak Mak mertua. Kerinduan dah ngan cucu2nya. 4 bulan lebih kot tak balik. Takpelah, dah balik pun kan.. Next time ada rezeki kami balik lagi ye mak abah..

Raya Haji kat Pahang, macam biasa je. Taklah semeriah Raya Puasa. Eh, kat mana-mana pun sama je kan.. Raya Puasa lagi meriah kan.. Sepatutnya, klu dalam Islam, Raya Haji lah sepatutnya yang meriah..:)

Masa cuti mmg habis2 untuk cuti je rehat-rehat kat rumah.. Takde berjalan mana pun. Petang raya tu je g umah kawan Enady, Angah. Kawan aku jugak sebenarnya. Wife dia bersalin 17hb hari tu. Gambar baby takde amik pun sebab masa tu ramai sangat kat umah Angah..

Selain dri itu, apa aku buat? Melayan anak-anak jelah.. Zara takleh langsung berenggang ngan aku. Dah nak balik baru dia berani nak explore umah atuk ngan nenek. Habis dia merangkak satu rumah. Dani pun sama dulu. Dah nak baliik Putrajaya balik, baru ngam ngan atuk n nenek.

Dani pun dah ngam ngan nenek. Siap cakap kat nenek lagi yang dia nk makan.

Tapi Dani sekarang dah besar. Dah pandai main sendiri2.. So, dia bebas main2 keluar masuk rumah turun naik tangga umah atuk. Silap sepupu2 dia tak balik je. Yang ada Aina sorang je. Kalau ada anak-anak akak bali, konfem riuh rendah umah mak abah..:)

Budak yang suka memanjat dan berdiri.

Zara makan rambut abang.




Dah berani2 lepas sebelah tangan.


Bersama kakak sepupu. Anak adik ipar aku. Aina Batrisya 6 tahun.


Ayah Aina, Awie.

Dani tak dapat main lama ngan Aina sebab family adik ipar tu kena rushing g hospital. Tak sempat nak pegi hospital, Aki Awie dah meninggal kat ICU, hospital Temerloh. Takziah buat keluarga Awie. Kena langgar lari pulak tu.. 

Itulah cerita di Aidiladha tahun 2012 ni. Yang pasti, seminggu ni kejenya makan daging jelah kami. Haha.. Kari daging. Daging masak pedas. Tinggal seketul besar lagi daging. Esok2 lah pulak makan daging lagi. Hari ni makan ikan pulak. Aku dah kuarkan ikan td bawak naik atas untuk dinyahfrozen..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Raya Pertama di Tahun 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua..
Dah hari raya ke 7 baru sempat nak update blog untuk hari raya..
Busy ngan macam-macam hal..
Sibuk nak raya, anak masuk wad, setup bisnes baru..
Alhamdulillah, aku masih kuat semangat untuk mengharunginya..

Dah, jom bercerita pasal raya pertama aku..:)

Raya tahun ni ada best dan ada yang tak best.
Best sebab beraya dengan dua orang ahli baru iaitu anak kedua aku, Zara dan adik ipar pertama..hehe, Fyqa.. Wife Ijai. Bestlah sebab bertambah orang kat dapur.. Haha.. Tolong Ibu buat preparation untuk raya. Memang rajin si Fyqa ni.. Fyqa, sila jangan kembang hidung tu yek.. =p Aku kan breastfeed Zara, so, Zara asyiklah nak ngempeng sesaje.. So, keje-keje masak memasak banyaklah Fyqa yang bantu, selain adik pompuan aku yang dorang lagi tu, KakYang dan Ika.. Best ada ramai adik pompuan ni. Haha..

Yang tak best, Enady takde. Huhu.. Sedihnya pagi raya takde suami di sisi.. Dah, takmo citer sedih2..

Pagi raya tu semua excited. Dani ngan Zara pun bangun awal. Aku siapkan Zara dulu, Then baru Dani. Mood Dani ok pagi2 tu. Ceria je.. Tapi mood dia bertukar bila demam panas tiba-tiba. Kalutlah aku tampalkan cool fever ngan bagi ubat demam. Alahai, tak best betul raya-raya ni Dani demam. Raya tahun lepas pun sama. Hari Raya kedua dah tercongok kat emergency Hospitak Teluk Intan nun.

Lepas orang lelaki balik sembahyang raya, maka bermulalah sesi bersalam-salaman. Tradisi keluarga kami. Tiap2 tahun wajib buat..:)


Aku kan anak sulung, maka gambar besarlah sikit. Hehe.. Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki lebih, boleh bagi Ibu ngan Ayah duit raya.. Terimalah duit raya dari Along yang tak seberapa ni ye Ibu Ayah..


Diikuti Ijai, Anep, Kakyang, Ika dan menantu Fyqa. Ayah siap tanya, eh tak cukup lagi sorang.. hooo, menantu lagi sorang tak dapat balik.. keje.. Ish, ayah ni, ak dah sedih dah.. tsk tsk..


Sesi salam adik beradik pulak.. Gambar Kakyang ngan Ika dah takde.. Lupa nak snap.. hehe..


Turn Dani pulak bersalam-salaman. Tahun lepas dia tak reti lagi nak bersalam-salam. Tahun ni dah pandai dah. Mood dia kan ke laut pagi tu. Suruh salam takmo. Mengamuk-ngamuk. Pastu dia tengok semua orang salam, barulah dia nak salam ngan semorang.. Dani Dani.. mujurlah dia demam, maka dimaafkanlah bila dia buat perangai macam tu. Semput aku tahan napas kemarahan..

Sesi bergambar pulak..:)


Tak lengkap. Tak cukup sorang. Enady takde.


With Andy. Nun hujung sebelah Ibu tu. Andy tu housemate Anep. Sarawakian. Tak sambut raya. Dia sambut Krismas. Handsome kan. Hehe.. Jangan memain.. Bakal nurse tu. Final sem kat Segi College. amik course Nursing..:)









Tengah syok-syok bergambar, Dani ngamuk-ngamuk lagi. Habis kamera aku dibalingnya. Uwaaaa.. Habis rosak kamera mama nak oi.. Terpaksa masuk klinik lah kamera tu.. dah hilang mood nak beraya.. Sadis..

Tragedi hari raya pertama : Kamera kesayangan rosak. Meleleh ayaq mata uolls... T_T



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Selamat Tahun Baru Cina + Balik Jengka

Selamat bercuti yer uolls..
Jaga diri baik2..:)

Aku akan pulang bercuti di kampung mertua.
Mana lagi kalau bukan di Jengka 17, Pahang.
Balik Subuh Ahad kot..
Esok husband masih lagi bekerja..
Jom, sape balik Jengka, kita jumpa..:)

Buat yang meraikannya,
Selamat Tahun Baru Cina!


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

9 Maklumat Penting Sistem SPBA 2012

Berikut ialah beberapa maklumat penting yang dikongsikan kepada umum dari sumber yang mengatakan bahawa ianya didapati daripada ceramah seorang pengarah di HKL tentang beberapa maklumat penting dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA 2012 :
1. SBPA akan start Jan 2012. Bermula 16/12/2011 hingga 30/12/2011 tempoh untuk sign borang SBPA. setuju ke tak setuju kena sign jugak.
2. Bagi pegawai bersara selepas 1/01/2012 tidak ditawarkan SBPA.
3. Tiada lagi istilah kumpulan sokongan 1 atau kumpulan sokongan 2. Hanya akan ada 4 peringkat kumpulan kerja dalam kerajaan. (1. premier) (2. pengurusan tertinggi) (3. pengurusan profesional) (4. kumpulan pelaksana)
4. Kumpulan sokongan sekarang ini akan duduk di dalam kumpulan pelaksana.
5. Perlantikan individu ke dalam setiap kumpulan akan dinilai berdasarkan keupayaan. mekanisme/cara penilaian baru akan digunakan untuk menilai calon yang layak. memberikan peluang yang luas kepada semua penjawat awam. perlantikan lateral entry juga akan dilaksanakan.
6. Exit policy yang lebih mudah. anda boleh keluar dari sektor kerajaan ke swasta atau kembali semula ke sektor kerajaan selepas berkhidmat untuk sektor swasta. Tapi ada beberapa syarat yang perlu di patuhi seperti prestasi melebihi 70% dan tiada tindakan tatatertib. ada 2 jenis exit policy 1. PDKPA (Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam) dan 2. PDKA (Persaraan Demi Kepentingan Awam)
7. Dalam SBPA sistem penilaian akan dilakukan secara 360 darjah. Maksudnya, anda bukan sahaja dinilai oleh bos anda, bahkan orang di sekeliling. Sebabnya nak tengok keberkesanan kerja yang anda lakukan. Erti kata lain, nak tengok kerjasama anda dengan orang lain.
8. Pergerakan gaji akan bergantung kepada prestasi kerja anda. Contohnya markah yang melebihi 95 akan mendapat kenaikan gaji 15%. markah diantara 75-84 akan mendapat kenaikan 5% sahaja. Tiada lagi tangga gaji menegak melintang patah membujur lalu macam sekarang, hanya akan ada gaji minima dan maksima
9. Ada beberapa pilihan yang akan diberikan kepada anda untuk menerima atau menolak SBPA ini
  1. menerima SBPA dan persaraan 60 tahun
  2. menerima SBPA dan menolak persaraan 60 tahun
  3. menolak SBPA dan menerima persaraan 60 tahun
  4. menolak semuanya dan kekal dengan persaraan 55/56/58


Sumber :  http://www.decrewz.com/9-maklumat-penting-sistem-spba-2012/#

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Gaji bagi SBPA 2012

Ni adalah rumors ye, belum muktamad lagi gajinya..:)

skim SBPA yanga baharu menyaksikan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan dilanjutkan sehingga usia 60 tahun. 
berbanding Skim Saraan Malaysia (SSM), penjawat awam yang dilantik selepas 1991 diwajibkan berkhidmat sehingga berusia 58 tahun, tetapi dalam SBPA pula syarat itu dimansuhkan yang mana semua penjawat awam boleh membuat pencen pilihan masing-masing. 
selain menikmati gaji baharu, cara bekerja turut berubah dan perubahan itu selari dengan kehendak semasa sebagai pelaksana dasar kerajaan.-ceupacs


berikut adalah gaji SBPA bagi:-
Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180

***********************************************************************************************************
N11 
850 930 1010 1090 1170 1250 1330 1410 1490 1570 1650 1730 1810 1890 1970 2050 2130 2210 2290 2370 2450
N17
955 1050 1145 1240 1335 1430 1525 1620 1715 1810 1905 2000 2095 2190 2285 2380 2475 2570 2665 2760 2855
N22 
1920 2035 2150 2265 2380 2495 2610 2725 2840 2955 3070 3185 3300 3415 3530 
N27
1410 1555 1700 1845 1990 2135 2280 2425 2570 2715 2860 3005 3150 3295 3440 3585 3730 3875 4020 4165 
N36
3035 3215 3395 3575 3755 3935 4115 4295 4475 4655 4835 5015 5195 5375 5555

Sumber : http://shares-something.blogspot.com/2011/12/sbpa.html

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...