Tuesday, October 30, 2012

Aidiladha 2012

Salam Aidiladha 2012..

Huhu.. berhabuk dah blog.. Entry banyak simpan dalam draft. Tapi nak publish tu takde masa.. Anak dah dua. Semua nak berkepit je sekarang ni. Yang sorang nak natik nak natik (nak nasi nak nasi), yang sorang merengek2 nak susu, kadang bukan nak susu pun, nak aku dok sebelah dia je.. Merasa lah sekarang ni dinner kul 9-10 malam yer.. Tunggu enady balik, baru aku leh start bersilat kat dapur.. Masak simple2 je sekarang ni.. takleh nak masak 3-4 lauk dah.. weeekend je lehla masak lebih sket..

Dah lama sangat tak balik Pahang. Raya Haji tadi baru balik. Sian Pak Mak mertua. Kerinduan dah ngan cucu2nya. 4 bulan lebih kot tak balik. Takpelah, dah balik pun kan.. Next time ada rezeki kami balik lagi ye mak abah..

Raya Haji kat Pahang, macam biasa je. Taklah semeriah Raya Puasa. Eh, kat mana-mana pun sama je kan.. Raya Puasa lagi meriah kan.. Sepatutnya, klu dalam Islam, Raya Haji lah sepatutnya yang meriah..:)

Masa cuti mmg habis2 untuk cuti je rehat-rehat kat rumah.. Takde berjalan mana pun. Petang raya tu je g umah kawan Enady, Angah. Kawan aku jugak sebenarnya. Wife dia bersalin 17hb hari tu. Gambar baby takde amik pun sebab masa tu ramai sangat kat umah Angah..

Selain dri itu, apa aku buat? Melayan anak-anak jelah.. Zara takleh langsung berenggang ngan aku. Dah nak balik baru dia berani nak explore umah atuk ngan nenek. Habis dia merangkak satu rumah. Dani pun sama dulu. Dah nak baliik Putrajaya balik, baru ngam ngan atuk n nenek.

Dani pun dah ngam ngan nenek. Siap cakap kat nenek lagi yang dia nk makan.

Tapi Dani sekarang dah besar. Dah pandai main sendiri2.. So, dia bebas main2 keluar masuk rumah turun naik tangga umah atuk. Silap sepupu2 dia tak balik je. Yang ada Aina sorang je. Kalau ada anak-anak akak bali, konfem riuh rendah umah mak abah..:)

Budak yang suka memanjat dan berdiri.

Zara makan rambut abang.




Dah berani2 lepas sebelah tangan.


Bersama kakak sepupu. Anak adik ipar aku. Aina Batrisya 6 tahun.


Ayah Aina, Awie.

Dani tak dapat main lama ngan Aina sebab family adik ipar tu kena rushing g hospital. Tak sempat nak pegi hospital, Aki Awie dah meninggal kat ICU, hospital Temerloh. Takziah buat keluarga Awie. Kena langgar lari pulak tu.. 

Itulah cerita di Aidiladha tahun 2012 ni. Yang pasti, seminggu ni kejenya makan daging jelah kami. Haha.. Kari daging. Daging masak pedas. Tinggal seketul besar lagi daging. Esok2 lah pulak makan daging lagi. Hari ni makan ikan pulak. Aku dah kuarkan ikan td bawak naik atas untuk dinyahfrozen..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

2 comments:

iietamalek said...

salam takziah ana..

JIVEBUMZ said...

hai anak dara nana nie cepat jer sumenya yer..aritu jumpa auntie kecik lagi tido jer kojenya..skg dah pandai berdiri..hebat2