Dah hari raya ke 7 baru sempat nak update blog untuk hari raya..
Busy ngan macam-macam hal..
Sibuk nak raya, anak masuk wad, setup bisnes baru..
Alhamdulillah, aku masih kuat semangat untuk mengharunginya..
Dah, jom bercerita pasal raya pertama aku..:)
Raya tahun ni ada best dan ada yang tak best.
Best sebab beraya dengan dua orang ahli baru iaitu anak kedua aku, Zara dan adik ipar pertama..hehe, Fyqa.. Wife Ijai. Bestlah sebab bertambah orang kat dapur.. Haha.. Tolong Ibu buat preparation untuk raya. Memang rajin si Fyqa ni..
Yang tak best, Enady takde. Huhu.. Sedihnya pagi raya takde suami di sisi.. Dah, takmo citer sedih2..
Pagi raya tu semua excited. Dani ngan Zara pun bangun awal. Aku siapkan Zara dulu, Then baru Dani. Mood Dani ok pagi2 tu. Ceria je.. Tapi mood dia bertukar bila demam panas tiba-tiba. Kalutlah aku tampalkan cool fever ngan bagi ubat demam. Alahai, tak best betul raya-raya ni Dani demam. Raya tahun lepas pun sama. Hari Raya kedua dah tercongok kat emergency Hospitak Teluk Intan nun.
Lepas orang lelaki balik sembahyang raya, maka bermulalah sesi bersalam-salaman. Tradisi keluarga kami. Tiap2 tahun wajib buat..:)
Aku kan anak sulung, maka gambar besarlah sikit. Hehe.. Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki lebih, boleh bagi Ibu ngan Ayah duit raya.. Terimalah duit raya dari Along yang tak seberapa ni ye Ibu Ayah..
Diikuti Ijai, Anep, Kakyang, Ika dan menantu Fyqa. Ayah siap tanya, eh tak cukup lagi sorang.. hooo, menantu lagi sorang tak dapat balik.. keje.. Ish, ayah ni, ak dah sedih dah.. tsk tsk..
Sesi salam adik beradik pulak.. Gambar Kakyang ngan Ika dah takde.. Lupa nak snap.. hehe..
Turn Dani pulak bersalam-salaman. Tahun lepas dia tak reti lagi nak bersalam-salam. Tahun ni dah pandai dah. Mood dia kan ke laut pagi tu. Suruh salam takmo. Mengamuk-ngamuk. Pastu dia tengok semua orang salam, barulah dia nak salam ngan semorang.. Dani Dani.. mujurlah dia demam, maka dimaafkanlah bila dia buat perangai macam tu. Semput aku tahan napas kemarahan..
Sesi bergambar pulak..:)
Tak lengkap. Tak cukup sorang. Enady takde.
With Andy. Nun hujung sebelah Ibu tu. Andy tu housemate Anep. Sarawakian. Tak sambut raya. Dia sambut Krismas. Handsome kan. Hehe.. Jangan memain.. Bakal nurse tu. Final sem kat Segi College. amik course Nursing..:)
Tengah syok-syok bergambar, Dani ngamuk-ngamuk lagi. Habis kamera aku dibalingnya. Uwaaaa.. Habis rosak kamera mama nak oi.. Terpaksa masuk klinik lah kamera tu.. dah hilang mood nak beraya.. Sadis..
Tragedi hari raya pertama : Kamera kesayangan rosak. Meleleh ayaq mata uolls... T_T
2 comments:
cantik ar tema kaler pepel nih..thn dpn nk wat pepel lah
@antalya dah kali kedua kitorang repeat kaler ni..:)
Post a Comment