Skip to main content

entry kelmarin





entry kelmarin. tak sempat nak publish semalam...

ingat tak citer ni,.

nilah citer sebenar...

**********************

Mase aku tulis ni dani tengah menyusu. Papa dia yang pegang.. Giliran enady plak yang jaga n tidokan. Aku dah jaga dani tadi. Jaga anak kena gilir2 maaa… kalau tak ,mau pengsan aku buat sorang semua. Lepas setelkan semua kerja-kerja rumah :

masak,
makan,
basuh pinggan,
masukkan baju kotor dani dlm bakul,
isi balik baju dlm beg baju dani tuk esok,
basuh botol susu dani,
naikkan susu dani yang dah beku ke atas ( peti ais aku fridge nye kat bawah),
kuarkan susu yang aku pam kat opis tadi masuk dlm botol susu dani siap-siap,
masukkan ice pack dlm fridge kasik beku,
pam susu..

ok dah..banyaknye..hehe...dah siap semua tu barula aku ade can nak ngadap lappy ini..fuhhh…
Kalau kat opis lak nak tulis memang tak sempat. Banyak keje…keje dah makin menimbun setelah 2 hari aku pegi kursus. Jadiknye aku tulis kat Mic. Word ni n esok (pagi ni) aku pastekan aje kat blog..hehe..ok kan..

Oh ye, cerite yang aku nak share tu takdelah ape sangat… Cuma aku sedih sangat sangat bangatttt.. aku sorang jelah yang sedih kot..hehe..(eh gelak pulak, kate sedih) ok ok..sdih sedihh…

Si kecik aku tu, Dani, dia dah tak nak menyusu badan lagi. Sedih kan. Sape yang belum jadik ibu tu mungkin la rase biasa je bende ni. Tapi bagi aku, mungkin jugak pada ibu-ibu yang lain, rase dah hilang nikmat itu kan… siyes, aku macam tak tentu arah jugak la. Bangun tengah2 malam nk ngepam. Dani kan tak minum through aku punye breast, so, mmg mencurah2 susu aku tu keluar.

Maybe Dani konpius kot antara puting susu botol n aku punye nipple. Jenuh dah aku sua kan breast aku nk nak suh dia isap, tapi nan ado la.. dia akan melalak-lalak, meraung-raung macam kena pukul tu. Dah pujuk jugak..cakap elok-elok n belai rambut dia kan, tak mau jugakkk..adoii la dani… sedih mama macam ni tau.. ngape la tak mo minum ni…

Aku takut susu kering je..adeiii..dan utk pengetahun korang jugak, Dani dah minum susu formula. Sebab susu aku tak cukup utk supply dani punye demand mase aku bekerja. Akhirnya, aku tewas juga… ni sebab preparation mase sebelum bersalin ari tu tak berape sangat.. kalau surf kat internet, aku focus kat pengalaman bersalin je… persediaan utk pam susu mase pantang, aku baca gitu2 je. Asal ado. Hehe. Tu yang aku tak buat stok sangat tu. Kalau ade rezeki, anak kedua nanti aku nekad utk breastfeed sepenuhnya. Mase tu maybe ilmu penuh di dada kan..:)

Dani minum susu formula tak banyak mane. Mase aku kerja aku bekalkan dia susu ibu macam biasa n aku kasik jugak susu formula kat babysitter dani. Standby, takut2 susu tak cukup. Baby boy mmg banyak minum susu. Huissshhh..letih den tau.

Sekarang ni, nak maintain kan susu ibu aku ni supaya tak kering adelah dengan cara kerapkan pam. Dengan tujuan utk kosongkan breast kita tu, n susu baru akan terhasil gituuu..hehe..thanks to Fiza n kak N (geng ibu menyusu) atas advice diorang… diorang yang banyak mmbantu selama ni…

Oklah, dani dah lena, aku pun dah ngantuk. Jadik aku nk stop kat sini dulu. Nak tdo… Gud nite…

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
5 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…