Showing posts with label pantang. Show all posts
Showing posts with label pantang. Show all posts

Tq Mar & Tantan!

Tq to Mar n Tantan kerana sudi melawat diri ini dan baby.. hehehe...

Mar kebetulan cuti raya cina balik Bota. Tantan dah memang umah dia kat Manjung nun, balik umah mil kat Beruas, lajak sekali ke Kg.Gajah ni... 

Tq Tq!

Terharu ai tau...

Maaf la x dapat nak hidang makanan best2, kuih Ibu buat je pengganti buat alas perut... dan air sirap... gulp gulp je aku nengok ayor sirap tu tau... hahaha.. kan cuaca tengah membahang panas sekarang ni... Deme datang masa cuti raya cina hari tu...

Maaf jugak kalau layanan tak bape best. Kelam kabut sikit ngan Enady nak balik Putrajaya dah...



Si Ayana ni suka baby tau... Tantan, apalagas??? kasik cargas... kahkahkah.. jangan kang tiba-tiba, no.4 is on the way... =p


Suka senyum la si ayana ni... :)


Alolololo ayana nananananana... :)


Yeayyy! Geng mak anak 3...Marziey, aku n Kaktan :)

Tq again guysss...

Tan, ni 4 tahun lepas ko datang umah aku n first time jumpa... Tak sangka Iman pakai baju yang sama ngan Zara masa ko datang dulu.. kahkahkah... =p ate baju recycle kan... kkekeke...

Ni ada video untuk tips2 breastfeeding. Selamat menonton,,:)




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Set Berpantang Yang Aku Amalkan



Semestinya Set Berpantang Shaklee... :)

Dari awal ngandung lagi memang dah set dah, nak guna set pantang Shaklee kali ni... Masa lahirkan Dani n Zara dulu, aku guna set pantang Cap Menara je... Beli kat bidan urut.. Hasilnya, seminggu je aku berupaya menelannya... sebab risau baby cirit birit n baby tak baik kuning lagi sepenuhnya.. so jamu-jamu letak tepi dulu lah...

Sebenarnya, masa aku habis beurut ari tu, Bidan Opah Leha ade gak promot beli set pantang Cap Menara tu, tapi aku bgtau la, dah beli dah.. hihi...

Aku memang ikut time nak makan set pantang Shaklee ni...Sebab nak rasa dia punya effect betul2... Wow sangat ke kan? Dah beli mahal2 tu, kenalah habiskan. Eh, mahal ke? Apelah sangat nilai harga vitamin tu kan, dengan harga diri sendiri ni... Kalau rasa tak mampu nak beli sekali segedebuk, beli la sikit2, dari awal pregnant lagi aku dah kumpul, sebulan beli satu2... 

Bangun pagi2 telan zinc complex dulu masa perut tgh kosong lagi. Kenapa kena makan zinc time perut kosong, klik sini... sejam atau setengah jam kemudian baru aku breakfast. Lepas breakfast, makan Vitalea, B complex ngan Vitamin C sebijik- sebijik... setel.. kul 12 tengahri lunch pulak, lepas lunch amik lecithin ngan alfafa... Alfafa tu tak berani lagi aku nak makan 2-3 bijik. sebabnya... Si Iman ni tak kuat menyusu sangat, everytime dia menyusu mesti tersedak2... Pastu susu badan banyak, dia plak asyikla tido je... sudahnya nens aku membengkak... Alamat kalau nens bengkak, seram sejuk satu badan nak demam. Hampir2 nak demam dah hari tu. cepat2 telan panadol. Nutriferon ku belum sampai... T_T Cenggitu haaa kesan makan Alfafa... so, aku makan sebijik jelah cukup untuk buang toksin2 dalam badan ni, di samping nak ngangkut lemak2 yang dah dilupuskan oleh Cik Lecithin itu tadi.. hehe...

Dinner plak, tak makan nasi pun, cukupla kopi secawan atau bercawan2 cicah ngan biskut. Sebab kenyang lagi dengan makan siang tu dan makan vitamin2 tu... Serius la, makan vitamin2 tu perut jadik kenyang... Tak caya? cuba try.. :) kul 7 malam cam tu la... selang 2 jam baru aku makan Ostematrix 4 biji sebelum tido. 

Dah hari ke-22 dah hari ni. Hasilnyaaaaa...

Memang wow lah!

Terlalu banyak effectnya kat badan sendiri ni.

1. Luka cepat baik. 10 hari luka dah bercantum. Benang je lom tanggal2 ni... Tq Zinc Complex.

2. Badan xpenat. Seriously, aku xstress langsung berpantang kali ni.. stress sebab anak2 bergaduh ada... haahaha.. tp bukan sebab badan penat. Fungsinya Vitalea n B Complex. :) 


3. Baby alhamdulillah, malam2 xmeragam...lena betul dia tido.. malam2 sekali 2 je bangun untuk menyusu dan baby poopoo... Ibu aku pun cakap, xdengar langsung dia menangis malam2... compare ngan sebelum2 ni.. mak aihhh... letih bdn asyik bangun tgh malam... bila badan penat, mulala rasa nak emo satu badan kan... means, baby kenyang menyusu... aku makan vitamin n khasiat dia dapat kat baby jugak melalui susu ibu yang baby minum. 

4. Tiada langsung sembelit... fuhhhh.. tu adalah salah satu perkara yg agak ngeri jugak tu... dh 19 hari berpantang hari ni, hari2 aku membuang dgn senang hati. Tq ostematrix!

5. Tiada bengkak susu. Susu badan alhamdulillah... agak meriah juga. Sampai baby Iman tersedak2 la... flow susu tu laju... tq Lecithin n Alfafa ♡♡ 


6. 3 4 orang yang datang visit baby dok tanya, ni orang pantang ke tak pantang ni...hahaha... pantang laa... xkan xpantang, badan nak pakai lama kot...:) badan rasa sihat kuat dan cergas n kulit muka xkusam... Vit C punya penangan... 


7. Perut tak rasa nak makan sangat. Kawan2 pun x percaya yg aku makan nasi sekali je sehari... hehehe... betul la... so ini akan jadikkan asbab berat badan aku maybe akan berkurang... sebab apa aku kata maybe, sebab aku xtimbang lagi..hehehe..tapi badan ringan la... :) 


7 effect ni aku dapat bila aku makan set berpantang Shaklee... best betul ..:)


Nak dapatkan set berpantang n breastfeeding ni? Atau nak order produk Shaklee, jangan segan2 whatsapp...:) walaupun kaktang ni cuti berpantang, kedai shaklee still bukak ya...


 Ana 018-2244135


Ni ada video untuk tips2 breastfeeding. Selamat menonton,,:)





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Berurut + Cukur Rambut

Alhamdulillah, hari ketujuh hari tu, selesai aku berurut ngan Bidan Opah Leha... Cadangnya nak amik Bidan Opah Nuk gak macam masa pantang kan Dani ngan Zara, sekali Opah Nuk operate mata.. xbape sihat nak ngurut... huhu... tak bestnya Opah Nuk tak ngurut... kecik2 dia pun kuat betul kudrat dia tau... Second choice, ngurut ngan Opah Haji Leha. Dia duk kat Kg.Gajah nun...

Ni entry yang lepas2 masa cukur rambut Dani ngan Zara...





Gambar Before rambut Iman kena gondol..=p Rambut dia lebat jugak... Terasa sayang, tapi buang jelah kan... rambut dari dalam perut orang tua-tua kata tak elok...


Mula-mula senyap je dia... sekali dia dah terasa kot ketajaman pisau cukur tu... menangis lah dia...


Beria awak kerut dahi ye Iman.. hihi..


Pastu Opah Leha suh aku susukan dia sambil Opah cukur rambutnya... Haaa, baru diam...



Agaknya kalau Iman leh cakap, mesti dia cakap... Tolongg  tolonggg jangan botakkan kepala aku la... kahkahkah...


Akhirnyaaaa, Iman dah gondol... Comel gak botak.. hihi, macam shaolin soccer...


Rambut Iman cepat tumbuh... dah nak dekat dua minggu botak ni tumbuh rambut dah dalam setengah cm. Cepat kan... :)


Haiyarkkkk! Meh sini lawan kungfu ngan Iman... =p

Oh ya, rambut Iman yang dah kena cukur tadi Opah Leha suh tanam kat pangkal pokok pisang...



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Tanda - tanda hampir nak bersalin


Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Bila Perlu ke Hospital??

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

 Semoga dapat dijadikan rujukan kepada ibu-ibu mengandung di luar sana...

Selingan :

Set berpantang dengan Shaklee.

Dapatkan harga terbaik dari saya..

Your Amazing Shaklee Distributor,
Nurliyana
Hp |  0182244135
anacomey_84@yahoo.com
FB Page : Dani Dania Store

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Mengantuk sangatlah tu

Ko tengok abang ko ni Zara...
Ish ish ish..
Mama tengah masak, diam-diam dia rupanya dah lena kat situ...




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Nak tido atas riba jugak!


Akai panjang wooo minah ni.
Takmau tido bila diletak atas tilam.


Bila diriba baru dia nak tido.
Riba sambil goyang-goyang tau!
Macam buai...
Amboi!


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Bangun awal





Pukul 5.30 pagi.

Awal terbangun. Eh! Terbangun. =p Selalu kul 7 lebih baru aku bangun. Hari ke- 34 berpantang. Countdown lagi 10 hari nak habis..:)

Malam tadi tido awal sebab anak dara ni lah. Susah mau tido malam sekarang. Lepas Maghrib je start dah ek ek ek dia. Nak berdukung, dipeluk. Huhu, macam tulah setiap hari sekarang. Aku ajak tido, menyusukan dia, dia takmo. Melalak-lalak taknak menyusu. Tepuk-tepuk pun tak jalan. Aku dukung dia, jalan-jalan ke hulu ke hilir, menari-nari bagai, baru dia tido. Cesss, nak mama ko menari2 baru ko nak tido ye anak.

Bila dah tido, letak dia atas tilam, tup! berjaga pulak mata dia. Bulat! adei dei, Tau pulak rasa kena letak. Terus aku susukan dia. Alhamdulillah dia sambung tido balik. Dengan aku aku sekali tertido.

Tu yang terbangun pukul 5.30 pagi tu. Bangun-bangun rasa breast bengkak sebelah. Keras. Baju start basah dah. Aku mengantuk sangat malam tadi. Tak sedar aku menyusukan Zara sebelah je. Hah! Merasalah bengkak susu sekejap. Bangun terus pam. Dapatla 4oz. Syukur alhamdulillah..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

25


Baby Zara di hari ke-25..




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Makin mencabar + Pantang Day 24

Hai peeps!

Dah hari ke-24 hari ni. Malam baru dapat update. Siang hari kebusyan menguruskan anak-anak dan hal2 lain.. Now Dani still around. main-main, tengok tv sambil pegang his bottle n car. Benda wajib ada kat tangan. Baby Zara, her makYang tengah tidokan.. Habis 2oz susu dia minum tadi.. Nak tido dah tu.. kekenyangan..

Siang tadi kul 2petang, sepatutnya aku ada appointment untuk check lump bawah ketiak ni. But, dah sampai klinik, nurse bilang doctor takde. Postpone ke hari Khamis ni, insyallah. Maka merayaplah kami berdua *ngan KakYang, ke sekitar Pekan Kg. Gajah. First time lepas pantang aku bawak keta. Ibu siap tanya, boleh ke bawak kereta tu? Haha.. Bawak jelah. boleh je.. But tak berani sangat nak jalan luas2 sangat.. Still kepit okay. takut tertetas..=p Pegi kedai majalah nak cari Pa & Ma, tapi takde. so, grab Kosmo. Then g kedai runcit, beli groceries sket. then balik.. Susu siap2 perah dah untuk Zara in case kalau dia menangis masa aku takde. But Ibu kata, dia tak menangis pun..budak baik.

oh ye, cerita pasal makin mencabar ni bukan apa pun. Apa lagi kalau tak si abang Zara ni. Asyiklah nak peluk2 Zara, sampai adik dia naik rimas.. haha.. Adik dia kalau rimas, menangis jelah yg dia tau.. Dan tak nampak pun yang Dani menjeles ngan Zara. Teringat entry Hannah Johary. Myeisha samalah ngan Dani hannah, suka ngan adik dia.. Teringat Yun Nasir juga. Mya pun takde nak menjeles bagai kan.. tanggapan yang anak sulung akan jeles tu mula2 je, dah lama sayang sangat ngan adik dia nanti..:)

Boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni.. Pantang betul adik dia di letak kat bawah.. mesti nak baring juga sebelah adiknya..



adik rimas..nak start nangis tu.

Pastu kan, bila adik dia tak dok dalam playpen, dia pulak nak take over. Siap baring minum air.. Siap bawak bebear dia juga.. Boom boom.. dia cakap. maknanya nak baring dalam tu..:)

Peace!


Takmo turun-turun. Last2 kitorang semua g dapur tinggalkan dia sensorang dalam tu.. haha, menangis-nangis mintak turun.. Tur tur tur.. dia cakap.. haha, cakap perkataan tak habis. Nak pandai cakap dah ye, pelan2 ye Dani, mama tak paksa..

20 hari lagi nak habis pantang.. Yeay!

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

21 hari

Zara hari ini..

Sekejap je dah 21 hari.. 
Tinggal lagi separuh daripada 44 hari..:)
Semalam nurse datang rumah untuk check up mama dan baby 20 hari.
Alhamdulillah, Baby Zara dah 4 kg berat dia..
Dah sebulan nanti taktau lak berapa kg..
Breastfeed sepenuhnya..:)
Syukur alhamdulillah..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Ayam panggang blackpepper


Takde sape pun yang tanya resepi lauk orang pantang ni, tapi saja je nak letak jugak..heee..

Bawang besar sebijik
Bawang putih 3-4 bijik
Halia agak2 dalam 1 inci
Lada hitam yang ditumbuk dalam 2 sudu besar
Secukup garam dan gula

Tumbuk semua bahan2 tu, pastu gaulkan dgn ayam, perap kejap.. Pastu panggang.. siapp.. Eh lupa, taruk minyak sikit je..

Tapi aku tak pakai panggang yang kena hidupkan api pastu bakar tempurung sampai jadi bara tu. hehe. moden sikit.. kita pakai grill nonstick je..cepat dan mudah..:)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Berjalan vs merangkak

Hehe.. cerita ni aku dah cerita kat Twitter.. Tapi nak jugak up kan kat sini..:)

Ibu sembang-sembang ngan aku pagi tadi..

Ibu : Long, semalam Ibu sembang2 la ngan CikMizah.. CikMizah cerita la, anak dia Shidayu tanya kat CikMizah, "mak, nape Kak Nana tu dalam pantang berjalan sana berjalan sini, mak".. Nak tau CikMizah jawab apa, "Ate Long, takkan nak merangkak kottt"

Lepas tu terus aku gelak giler terbahak-bahak.. haha.. over kami dua beranak gelak sakan..

Aku tanya balik Ibu..

"Bu, apsal dia tanya macam tu?"

"Ntahh, agaknya dulu-dulu dia tengok MakYang (mak sedara) dia bersalin asyik terbaring jee kot.."

"Haha. leh lak CikMizah tu terpikir nak jawab macam tu ye bu..hahahaha.."

Sambung gelak lah kitorang lepas tu..:) Habis cerita nya kat situ..

Tapi, bila diingat-ingat balik, asyik nak tergelak je.. dorang ada datang umah masa aku balik pantang hari tu. masa tu aku baru lepas mandikan Dani..Dani tu kalau tak berkejar time nak pakai baju memang tak sah la.. terpaksa la aku berlari secara sopan..Agaknya masa tulah dia perhati..:)

Masa pantang anak first dulu, memang takut-takut aku nak bergerak..jalan pun slow je.. tu pasal luka bawah tu baik cepat kot.. seminggu lebih dah baik.. pantang yang second ni, huishh, tak terkejor aku dibuatnya.. kelam kabut sikit mula2, dengan Dani nak kacau adik dia, nak itu nak ini.. adoii la.. sudahnya, dah nak masuk 3 minggu luka tak baik2 lagi. But dah nak nampak macam nak baik dah.. jalan pun still berhati2 lagi..Dulu, time macam ni, aku dah bersila dah..=p skrg tak berani lagi.. takuit wooo.. takut tertetasss..

dah, tu je nak cerita.. nak sambung gelak.. boleh?.. =p


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Berpantang 19 hari


Hari ni hari ke-19..

Haha, asyiklah menghitung hari bila berpantang ni kan..

Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik. Cuma emosi 2-3 hari ni kacau sikit.. Adelah sebab-sebabnya. But jangan risau, still boleh kontrol even aku dok merapu kat Twitter tu.. Kejap tu je aku marah2 nye pun, lepas tu tegur je cam biasa.. Haha, emosi org tgh pantang ni mmg swing swing kan..

ok dah, entry pendek je..Zara dah ter'ek ek ek tu minta susu..:)

baby zara di hari ke-19

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Nak tiru mama

Hahahaha
Gelak dulu eyhh..=p

Budak ni kan, asal aku nak pakai stokin je mesti dia nak pakai jugak..
Nak berpantang jugak ke Dani?
=p

Makin besar, makin lain lak muka dia..

Sakan nenek gelak kat belakang tu..haha

habis satu rumah dia lari pakai stokin tu..
Lepas tu jatuhla bedebab!
Hahaha..
Mama gelakkan ajelah ye..
Nasiblaaa..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Kesayangan MakYang

Mak Yang Dani baru habis buat Law Foundation
Nun kat UiTM Sg. Petani nun..
Laa ni dia tgh enjoy sakan selama 6 bulan..
bulan 9 kang baru masuk balik..
kalau dapat tawaran dari UiTM la..

hahaha.. kena gigit..=p

Nak sambung keje kat McD Alamanda tapi Ibu tak bagi.. 
kihkih..
Ibu cakap tunggu lepas kenduri Ijai, baru leh keje..
Ye jugak kan, sebulan lagi..
Maknanya sebulan la dia akan gemuk..
haha.. larikkkss..
Hujung bulan ni Ijai dah nak kawen..
Keje banyak oo kat umah ni..
Tak terdaya Ibu nak buat sensorang..
Mana dengan aku pantangnya lagi..
Nak jahit langsir lagi..
Baju orang tempah lagi..
mandikan Zara lagi..
Sian Ibu woo..Tu yang mane terdaya aku buat sendiri, aku buat..


At least bila ada KakYang ni, ringanlah sikit..
Tugas memasak memang aku take over dah..
masak yang simple2 lah..
kalau zara menangis, aku suh kakyang pegang jap..
Ibu busy jahit langsir..
Selagi tak siap, selagi tu Ibu tak senang duduk dibuatnya..

Dan
Bila MakYang dia pegang baby Zara..
siaplah Dani..
Menangis-nangis tak bagi MakYang dia dukung Zara..
Macam dalam gambar di atas..=p

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Nurse datang rumah


Untuk pengetahuan korang, kalau kat kampung, kalau ada kelahiran..
Memang kena report kat klinik kesihatan atau Klinik Desa berdekatan lah..
kalau kat bandar aku tak tau..
Then hari pertama sampai hari kesepuluh, Nurse akan datang rumah..
Buat check up baby dan mama baby..
Lepas hari kesepuluh, hari kedua puluh pulak..
Then sebulan, kena pegi klinik sendiri lah..
Haishh, banyak lemak nak nurse datang umah je kan..
Haha..

Now, hari ke-14.
Eh! dah 2 minggu lah..
Cepatnya masa berlalu..
Aku menghitung hari nak habis pantang..
Makin banyak angka tu, makin risau Ibu..
Hehe..
Ibu risaukan adik aku Ijai tu nak kawen..
Bukan lama lagi dah..
Hujung bulan 4 ni nikah..
Aku di hari ke-42 berpantang, Ijai ngan tunangnya akan disatukan..
Minggu depannya majlis kat sini pulak..
Ibu cakap, aku ni kena pantang 40 hari jelah jawabnya..
Aku tak kisah, as long as badan aku sihat dan luka bawah nun dah baiklah masa tu..
But, pantang ngan suami, wajib sambung ye...hahaha
=p


Ok, berbalik pada cerita nurse datang umah ni..
Nurse ni junior aku masa sekolah dulu..
Sangat baik dan peramah.. sangat lembut juga..
Eh, majoriti nurse ni sopan sopan lembut lembut orangnya kan..
Kalau cantik tu lagi bonus..
Dahla sopan, lemah lembut, cantik pulak tu..
Untung la sapa dapat buat isteri..:)
Upss, Nurse ni nak kawen dah hujung bulan 5 ni..

Syada namanya..
Rajin Syada ni..
Masa dia datang melawat, kerap jugak dia check kan luka bawah tu..
sampai naik segan aku.. 
Yelah, aku kenal nursenya kan, lainla kalau aku tak kenal..
nasib dia kata, takpe kak, Syada dah biasa.. jgn malu2..Hehe
Dia pantau.. bagitau aku yang benang ni dah nak tertanggal, luka tu begini begitu..
bagus kan..
masa nurse dtg melawat time aku bersalinkan Dani dulu,
hari pertama je check luka..
Pastu, lantak ko lah..
haha, aku pun dah tak ingat dah sape nursenya..



That's whylah, Dani cukup suka ngan Nurse Syada ni..
Habis dikacaunya..
Dok atas riba lah, main cak cak lah..
Syada nak balik pun dia tak bagi...
Haha..
Habislah..

Jumpa lagi Syada di hari ke- dua puluh..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Berurut + cukur kepala

Alhamdulillah, hari ni sudah hari ke-10 aku berpantang dan lahirnya baby Zara. Eh kejap Nia kejap Zara.. Haha.. Mane2lah.. asal sedap disebut..

Hari terakhir juga berurut pagi tadi.. Sedap rasa badan ni.. Bidan Nuk kata, udah kendur semua2nya.. Haha, lemaklah tu.. Kalau tak, hari pertama urut, keras je semuanya.. =p

Baby Zara pun bercukur hari ni.. Habis dah botak kepalanya.. Dah takde rambut.. Huhu.. sayangnya! Tapi orang tua-tua kata, tak elok simpan rambut dari dalam perut.. Tak taulah sebab apa. Dorang cakap lagi, nanti lepas cukur, lagi lebat rambutnya.. percayalah! Haha, aku redhakan saja.. Ada betulnya jugak. dan aku percaya itu.. Buktinya, masa Dani lahir dulu pun Bidan Nuk ni jugak yang cukurkan kepalanya. Lepas tu naik lebat dan hitam rambut Dani macam sekarang..:)


Zara meronta-ronta masa ni.. terpaksa bagi susu pakai botol.. haus kot..hehe..


Bil dah bagi susu, baru tenang je Bidan Nuk buat keje dia..:)


Abang Dani yang tak reti dok diam..


Kalau tak bercukur kepalanya tu, aku pun tak tau kepala Zara penuh ngan ruam n kerak.. Ada hikmahnya jugak cukur kepala si Zara ni..


Banyakkan rambut Zara.. Nak tanam kat pangkal pokok pisang..


dah siapppp...


Tadaaa! Lagi nampak bulat pipi dia...


Lepas Bidan Nuk cukurkan kepala dia, Bidan Nuk mandikan dia pulak..


Lepas mandi, Bidan Nuk pakaikan benang hitam.. Aku kofius pasal ni.. ada terbaca jugak yang benang hitam ni tak elok dipakai.. Tapi..hurmmm, aku cakap ngan Ibu.. yang taknak pakaikan Zara benang2 ni. Ibu cakap, ikutkan jelah.. Nanti dia tertanggal sendiri dah la.. jangan pakaikan balik.. Baiklah, aku yang menurut printah..:)


Lepas tu, naikkan Zara dalam buai. Bidan cakap, nanti takdelah dia terkejut masa naik buai waktu marhaban nanti..


Dani yang baru lepas mandi.. pelik tengok adik dia dok dalam buai tu..


Tadaaaa! Siap dah.. Saya nak tidooo..:)


Cerita Masa Dani cukur rambut dulu..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...