Makin mencabar + Pantang Day 24

Hai peeps!

Dah hari ke-24 hari ni. Malam baru dapat update. Siang hari kebusyan menguruskan anak-anak dan hal2 lain.. Now Dani still around. main-main, tengok tv sambil pegang his bottle n car. Benda wajib ada kat tangan. Baby Zara, her makYang tengah tidokan.. Habis 2oz susu dia minum tadi.. Nak tido dah tu.. kekenyangan..

Siang tadi kul 2petang, sepatutnya aku ada appointment untuk check lump bawah ketiak ni. But, dah sampai klinik, nurse bilang doctor takde. Postpone ke hari Khamis ni, insyallah. Maka merayaplah kami berdua *ngan KakYang, ke sekitar Pekan Kg. Gajah. First time lepas pantang aku bawak keta. Ibu siap tanya, boleh ke bawak kereta tu? Haha.. Bawak jelah. boleh je.. But tak berani sangat nak jalan luas2 sangat.. Still kepit okay. takut tertetas..=p Pegi kedai majalah nak cari Pa & Ma, tapi takde. so, grab Kosmo. Then g kedai runcit, beli groceries sket. then balik.. Susu siap2 perah dah untuk Zara in case kalau dia menangis masa aku takde. But Ibu kata, dia tak menangis pun..budak baik.

oh ye, cerita pasal makin mencabar ni bukan apa pun. Apa lagi kalau tak si abang Zara ni. Asyiklah nak peluk2 Zara, sampai adik dia naik rimas.. haha.. Adik dia kalau rimas, menangis jelah yg dia tau.. Dan tak nampak pun yang Dani menjeles ngan Zara. Teringat entry Hannah Johary. Myeisha samalah ngan Dani hannah, suka ngan adik dia.. Teringat Yun Nasir juga. Mya pun takde nak menjeles bagai kan.. tanggapan yang anak sulung akan jeles tu mula2 je, dah lama sayang sangat ngan adik dia nanti..:)

Boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni.. Pantang betul adik dia di letak kat bawah.. mesti nak baring juga sebelah adiknya..



adik rimas..nak start nangis tu.

Pastu kan, bila adik dia tak dok dalam playpen, dia pulak nak take over. Siap baring minum air.. Siap bawak bebear dia juga.. Boom boom.. dia cakap. maknanya nak baring dalam tu..:)

Peace!


Takmo turun-turun. Last2 kitorang semua g dapur tinggalkan dia sensorang dalam tu.. haha, menangis-nangis mintak turun.. Tur tur tur.. dia cakap.. haha, cakap perkataan tak habis. Nak pandai cakap dah ye, pelan2 ye Dani, mama tak paksa..

20 hari lagi nak habis pantang.. Yeay!

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...