Tadika Islam MAIWP Al-Hidayah, Presint 9

Kisah mencari Tadika Dani ni banyak episod rupanya...haha...


1 Sept cuti kan.. cuti ganti Hari Merdeka. So amik borang kat Tadika Al-Hidayah tu automatik pada 2 Sept la... Banyak kali aku remind Enady suh datang Subuh2 buta ke tadika tu untuk amik borang. Takmo lambat2 sebab Tadika ni terbuka untuk semua golongan. First come first serve. Belajar dari pengalaman tak dapat borang kat IPD nun, makanya Enady la yang pegi pagi2... Pukul 6.50 pagi kot dah tercongok kat Tadika tu.. hahaha, Tq papa.. 

Then, dapatla borang. tu pun borang tu tertulis no.50 okay... tu datang pagi2 tu... yang had borang no.1 tu dia datang pukul berapa kan? hahaha, tetiba aku jadi curious, Enady ni datang pukul berapa ni? Hahaha.. Eh tapi betul la, kul 7.30 pagi dia call aku.. aku dah gerak g opis mase tu. Dia cakap dah setel amik borang...

Biasalah kan, bila ayah-ayah yang amik borang ni.... takdela bertanya macam-macam kat Ustazah tu... *gelengkepala*

Dah aku tak tau nak pulangkan borang bila...kena attach apa.. bla bla bla.. Jawapan Enady senang je bila aku tanya... "Mama call la Ustazah tu" Aku pun cam... Eiiii geramnya!

Oklah aku pun ingat nak call la Ustazah tu... Tapi bulan 9 aku kursus banyak. Ada 6 kursus kena running. Tak menang tangan. Memang aku fokus betul2 kat unit aku sebab aku newbie kan kat Inspen ni... xsempat nak belajar satu2...

Aku dari sehari ke sari nak call, asyik terlupa. pastu aku tgk borang, kat bawah tu ada tulis "Borang ini hendaklah dikembalikan 2 minggu lpas pendaftaran". Aku pun expect masuk sekolah nantila baru hantar borang. Tapi aku dah terdetik, eh cemane nk tau kita dapat sekolah ni? camne dia nk anto surat kalau aku tak pulangkan borang ni..? Persoalan itu berlalu begitu sahaja.. sampai la sebulan...

Lepas dah habis bulan September, maknanya dh habisla jugak 6 kursus. Baru aku ade peluang nak tengok balik tadika ni.. Nak call Ustazah ni.. 

Aku call...

tanya, borang ni nak pulangkan bila Ustazah?

Ustazah tu terkejut : "Eh borang ape puannnn?"

"Borang tadika la.. nak register..."

"Dah tutuplah puan. Sebulan dah tutupnya. Lepas amik borang ari tu, terus kena pulangkan borang secepat yang mungkin."

Terkedu terkelu terbisu aku...Laaaaaaaaaaa... aduhaiiii...

Salah sendiri tak alert...

Frust memang frust.... Sebab tadika impian aku tu. nak tengok Dani jadi hafiz satu hari. Insha Allah... Tapi bila tanya Dani, dia nak jadi polis... ")

Bila dah frust menonggeng tu, aku mulakan pencarian tadika lain pulak...

Fikir punya fikir, aku pilih Tadika KEMAS kat Taman Ayer Hitam, Kat belakang Inspen ni. 29hb ari tu aku pegila terjah Pasaraya Hari2 kat Serdang nun nak beli kelengkapan sekolah Dani... Dah beli dah bayar. Masa nak balik... Dapat satu whatsapp daripada Ustazah Tadika MAIWP tu....

Terus berbunga2 hati aku ni, terus bagitau Enady yang Dani dapat tadika maiwp ni...

Ya Allah, x sangka dapat jugak akhirnya Tadika Idaman mama dia ni... Alhamdulillah alhamdulillah... Perancangan Allah tu yang terbaikkan.. :) Terima kasih Ya Allah...

31hb kena buat pendaftaran dan pembayaran.. So, kul 9 pagi kami dah sampai kat tadika...  


Ni lah baju uniform Dani nanti...lelaki lengan pendek..



Beratur tunggu turn...


Alhamdulillah, selesai pendaftaran dan pembayaran. Sekolah start 12hb Januari. Kelas petang, KAFA start 19hb. So minggu depan separuh hari jelah dulu. Sementara ni Dani transit kat taska Bijak Cerdik Inspen ngan adik dia. 

Bayaran kelas pagi RM20.00
Bayaran transit RM70.00
Bayaran kelas KAFA petang RM70.00
Total sebulan RM160.00

Transit tu dah bersekali ngan makan minum murid2...

Tadika MAIWP ni first come first serve. Jadi memang kena awal amik borang. Sape yang nak hntar sini, dapat tau je borang nak keluar, hah cecepatla datang amik borang...

Ok Dani sayang, belajar pandai2 ok... mama papa adik sayang abang.. :)



3 comments:

Unknown said...

salam. nak tanya,ada no tadika ni x?thanks ye

Norah said...

Biasa bulan berapa buka permohonan taska mawip nie?

Norah said...

Biasa bulan berapa buka permohonan taska mawip nie?

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...