Showing posts with label Tadika Al-Hidayah. Show all posts
Showing posts with label Tadika Al-Hidayah. Show all posts

Zara Konvo!

Zara dah menamatkan zaman tadika 6 tahun dengan jayanya di Tadika Islam Maiwp Al-Hidayah, Presint 9.

Tahniah kakak Zara!!

Now dah darjah 1 dah dia. Saje mama peram lama-lama cerita ni hahaha.. padahal ---------- =p


sweet gambar ni. :)

Aku apply cuti la sebab cuti terlebih2 pun. Papa dia, amik time off je sebab cuti dah nak habis... hihi


Zara dan kawan-kawan..
















Konvo kat Dewan Perbadanan Putrajaya. Abang dia dulu kat Masjid Wilayah, Kuala Lmpur.

Selesai zaman tadika. Terima kasih kepada semua ustazah-ustazah yang mengajar Zara dari 5 tahun hingga 6 tahun. Semoga ilmu yang dipelajari dapat membimbing Zara hingga menjadi orang yang berguna kepada ibu dan ayah, agama, bangsa dan negara. :)




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Alam Persekolahan 2017

Alhamdulillah, terasa sekejap nya anak2 membesar bila dorang masuk alam persekolahan. Dani dah Darjah 1. Zara dah 5 tahun, Tadika. Dani tu, mcm baru je terasa ngandung kan dia, tup tup sekolah dah awak ye abang... :)

Maafkan lah mama ye, Dah masuk bulan 3 baru nak update cerita anak sekolah... =p

Sempena anak masuk sekolah. Seminggu deret tu aku ngan Enady amik cuti. Haha.. kemain excited ye... Haruslah kan.. masa ni lah nak ajar dorang mcm-mcm. New experience. 


Dani xde banyak sangat hal nya. Pandai je bawak diri. Tambah-tambah kawan-kawan masa sekolah tadika dulu ramai. Tu sebelah dia tu kawan satu sekolah tadika.



Posing di awal pagi hari pertama Darjah 1. Simpan gambar ni buat kenang-kenangan...:)

Lepas setel hal Dani, hantar Zara pulak kat sekolah dia.



Pun tak de masalah. Seronok nak pergi sekolah hari-hari. Jumpa kawan baru katanya...Baik-baiklah berkawan ye kakak...



Lepas hantar Zara, pegi balik sekolah Dani untuk tengok dia macam mana keadaan kat kantin. Ada cerita di sebaliknya. Kitorang lepas hantar Zara, g breakfast jap. pastu tak sempat la nak sampai kat sekolah Dani pukul 9.15 pagi. Time waktu rehat Dani. Sekali tgk Dani tengah makan haa... sape lak bagi dia duit ni??? 

Bila tanya Dani, dia cakap ada kawan bagi. Tak ingat lak dia, kawan yang mana satu. Alahai, terima kasih banyak-banyak la sape yang bagi Dani duit belanja. Kitorang lupa nak tinggalkan duit kat Dani. Sebab ingat nak ajar dia kat kantin... tapi tak sempat nak sampai tepat pada waktu rehat tu.






budak tecik ni, haruslah ikut. Tak byk ragam jugak dia ni...


Setel hal sekolah Dani. Kul 12 tengahari g amik Zara pulak... Cam tu lah tudung nya bila setengah hari. Dah terkeluar2 anak rambut... oklah tu kakak.. hihi..



Besoknya mama cuti kan, so mama masakla n bagi uolls bawak bekal.. bento.. Kat sekolah Zara dah ada makan. so bawak simple2 je.. Dani tinggal beli air je.



Petang KAFA plak.. Hahaha, mengah mak menaip. Tengok dorang je dah mengah,.. Sian.. kul 1.15 petang balik sekolah pagi. Kul 2.15 petang dah masuk sekolah KAFA pulak.. semput.

Terima kasih papa Dani n Zara tolong amik hantar anak2. Mama hangkut Iman je hari2. Sebab Opis mama jauh sikit nak ulang alik. Opis papa dekat.. hihi....

Sekian, cerita anak2 di minggu pertama sekolah.


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Selamat Hari Konvokesyen Abang Dani!

Tamat sudah Dani sekolah di Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9, Putrajaya. 2 tahun bersekolah kat situ, banyak yang Dani belajar. Sangat banyak improvement Dani. Dari tak kenal huruf Jawi, sekarang dah boleh membaca jawi. Dari tak pandai tambah tolak, sekarang dah pandai. Dari tak pandai membaca, dah lancar membaca. Dari tak tau bahasa Inggeris, dah kenal papaya, pineapple, car, book, is, i, am, word yang simple2 n banyak lagi yang Dani akan kena belajar. 


Kiri Cikgu Zuraini, kanan Puan Siti Abidah, Pengetua Sekolah. Dani kat belakang, dua dari kanan.

Banyak jasa cikgu-cikgu dan ustazah kat Tadika Al-Hidayah. Terima kasih sangat2 Cikgu Sapiah, Cikgu Zuraini, Cikgu Abidah, dan lain-lain. Tak bape ingat sangat sebab yang hantar amik Dani hari2, papa dia. So Enady je yang selalu jumpa cikgu2 ni.

So, 8 November 2016 ari tu, majlis Konvokesyen Tadika MAIWP kat Masjid Persekutuan, Jalan Duta.

Agak jauh jugak kan... Eh jauh tu tidak la sangat, jem pagi2 tu yang agak emm emmm sket.. haha... Aku dh pesan kat Enady, 2 tahun Hari Sukan Sekolah Dani, dia xdpt datang. Ni Hari Konvo Dani ni pls lah datang.. sian anak nun... 

Oklah, kami berdua amik time off. Pagi2 dah redah jem ke KL. Ikut waze kate jalan jem kat mane ke, so dia potong jalan ikut Cheras kat MRR2 sana... Gerak kul 8 lebih. Kul 9.30 baru sampai... 

Carik-carik Dani... nampak cikgu Zuraini kelam kabut kee hulu ke hilir bawak 12 orang pelajar ni termasuk Dani. Aku follow je lah. Dani terkejut mama datang.. Dia berlari seamba depan aku tak nampak. Sekai jerit baru dia, Eh mama!!.. Masa ni terharu sangat sebab dia peluk kejap pastu sambung balik ikut Cikgu. Mesti dia ingat aku tak datang kot. Sebab xde janji apa2 pun pagi tu masa hantar dia g sekolah. Cuma bagitau dia jela, abang ada konvo ari ni kat KL, kena naik bas ngan kawan2, so jaga diri, jangan nakal. Dani okkan je... :)

Aku follow Cikgu. Tanya kenapa kelam kabut ni... Cikgu cakap, dah nak kena amik hadiah kat depan... Aku baru perasan kat baju Dani ada tag nama dan Tokoh Pelajar.
Tokoh Pelajar???

Bergenang air mata mak...hahaha, perasaan normal kot kan... Tak sangka. Kita je tau anak kita macam mana. Aku cuma berharap Dani pandai baca mengira, mengeja dan belajar berkawan bila pegi Tadika... Tak de harap yang lain. Tapi Allah sebaik-baik perancang. Dia bagi lebih supaya aku lebih bersyukur. Ya Allah, Anugerah Tokoh Pelajar abang Dani dapat.,. 

Aku peluk Dani kuat2 masa tu. Terima kasih Allah, Terima kasih Cikgu-cikgu.

Permulaan yang baik untuk abang Dani. Tapi abang kena ingat, Jauh lagi perjalanan abang, dan banyak lagi yang abang kena tempuhi. Abang kena kuat dan tabah okey!

Enady g toilet masa tu. Balik dari toilet, aku bagitau Enady. Hahaha, gelak kami dua orang. Speechless... Enady dok sebut2 sampai la sekarang... Betapa seronok hati kami. Mulalah terkenang zaman dulu2, macam ni rupanya perasaan Ibu dan ayah bila dapat apa2 result pencapaian. Ingat lagi, aku dapat masauk UiTM pun ibu masak pulut pastu sedekah kat jiran2... :) Maafkan Along ye Ibu, tak dapat bagi result yang hebat2 untuk Ibu dan Ayah.



Muhammad Dani Emir nama diberi.


Kawan-kawan sekolah yang turut dapat Anugerah lain. Selain Anugerah Tokoh Pelajar, ada Anugerah Cemerlang Kurikulum dan Anugerah Pintar Al-Quran.


Suasana kat dewan masa tu... Merahhhh je nampak satu dewan.








Dani dan Azmina. Tokoh pelajar Lelaki dan Perempuan.



Tiada apa yang mama papa harapkan. Semoga Dani dan adik2 yang lain terus cemerlang hingga ke akhirnya. Jadi anak yang baik, yang soleh, yang boleh jaga keluarga... :)

Lepas ni Izzara pulak yang akan meneruskan legasi abang Dani kat sekolah yang sama. Abang Dani dah darjah 1 tahun depan... 

Mama papa dan adik2 sayang abang tau.






Sukan Tahunan Tadika Al-Hidayah MAIWP

Tahun ni awal pulak MAIWP buat hari sukan. Dahla seluar hijau tu Dani hilangkan, mujurla sempat cikgu dia bagi dia sepasang baju sukan untuk tahun ni. 

21 April ari tu Hari Sukan nya. Buat kat Pusat Kejiranan Presint 11. Oklah sikit, indoor. sempit sikit la but better then tahun lepas buat kat Dewan MZ Cafe kat Kg. Ayer Hitam nun, dewannya open, berhabuk... habis sukan, budak2 main habuk ke pasir ntah tu... not good.



Tahun ni, aku saje bagi Dani naik bas ngan kengkawan dia.. Padahal boleh je kan aku hantar pagi tu. sebab kat Presint 11 je pun. dekat je. Bagi can dia naik basla.. merasa.. :)



Dah sampai lobi.


Keadaan dalam dewan. Bising sikit dengan hiruk pikuk suara anak2..






Dani masuk acara lari berhalangan... Oklah tahun ni dapat tempat pertama. Dani pulak yang lari dulu... hehe... Maybe melepaskan rajuk dia ngan aku.. hahaha, sebelum tu dia dari bawah mintak minum air. Aku takkan la nak turun naik turun naik.. sebab tempat duduk mmg crowded.. Kang marah lak orang kang kuar masuk kuar masuk kan... aku suh dia lari dulu, pastu dah habis aku turun la bagi air, bawak balik sekali.. sebab sekolah petang xde.



Dating ngan acik Zaza. Anak dia Imaan sekolah tadika kat IPD nun. 

Habis dah sukan tahun ni. Tahun depan Zara pulak... InshaAllah sekolah yang sama ngan abang dia ni...


Hari Pertama Sekolah

Teringat tahun lepas, Dani baru nak masuk sekolah Tadika ni... Menangis2 dia... 


Tahun ni bangun pagi penuh ceria...

Mau tak ceria, semua baru kan.. kecuali beg n baju sekolah tu.. hehe.. Eh, kira baru jugakla sebab baru beli tahun lepas nak dekat cuti sekolah. sebab mama dia bijak sangat rendam baju ngan clorox sekali hambek ko, bertompok2 baju.

Pensil baru, pensil box baru, pembaris baru, pemadam baru, kaler baru... Semuanya baru lah...memang la excited kan.. bukan Dani je, semua kot kalau dapat benda baru, semangat dia lain macam. Tunggu tahun depan darjah 1.. huhu...



Dapat name tag lagi masa daftar ari tu...


Kitorang semua tak g keje n kakak x g sekolah tau abang, nak hantar abang ni masuk sekolah... Tahun depan camnelah, Dani darjah 1, Zara tadika. ngan baby lagi... kena salah sorang pegi lah jawabnya.. Enady g hantar Dani, aku g hantar Zara...hari first sekolah tu la... Tapi teringin gak nak hantar Dani g sekolah darjah 1.. nak tengok dia camne...




Hahaha, dalam kereta kan, masa dah sampai sekolah tu, Dani dah nampak macam moody dah... Dia pertikai kenapa aku ngan Enady tak pegi work, n Zara tak pegi sekolah. Kenapa dia sorang je yang kena pegi sekolah??? Why mama Why??? hahaha... Dah nak cebik2 dah...

SEkali sampai kat pintu, mujurlah akwan-kawan dia panggil, Dani Dani... terus tak jadik cebik.. kahkahkah... Terus g beratur depan sekali nyanyi lagi Asmaul Husna...

Senang hati dah kami nak tinggalkan dia... Pandai bawak diri.. hehehe, senior kan... :)

Tunggu tahun depan plak, kembali menjadi junior. 



Zara.. hihihi, kepenatan dia ikut mama papa g sana sini lepas hantar abang tu... Sementara nak amik Dani yang balik kul 12 tu, banyakla halnye ke sana ke mari...Kate dah cuti kan, setelkan la hal2 yang patut tu... Dua hari sekolah Dani halfday, hari Rabu baru fullday...

Sekian cerita di hari pertama sekolah Dani...

Jumpa tahun depan di Hari Pertama Dani darjah 1... Sekejap je dah besar anak-anak ni...




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Sukan Tahunan Tadika Islam Al-Hidayah, MAIWP

4 November ari tu, tadika Dani buat sukan tahunan. Rupanya dah lambat yer buat sukan ni. Selalu MAIWP buat awal tahun kata parents yang ada kat situ hari tu.

Sukan ni buat kat Dewan MZ Cafe, Kg Ayer Hitam, Bangi. Kat Area Putrajaya Gate One tu. Not bad la... Bawah bumbung kan, open air. Selesa sikit anak-anak nak bersukan. Yang tak selesanya, simen dia berhabuk. Budak-budak lak suka beno main habuk2 tu... Takpela, maybe sebab dewan tu baru lagi kan.

Aku sebagai mak, excited okey bila ada sukan-sukan sekolah anak ni. Kate first time kan... Mintak cuti, bos macam tak bagi.. haiihh orang penting betul kat opis.. *konon. =p. So, bos bagi time off je 4 jam. Habis dah 4 jam aku untuk bulan November ni. Harap-harap xde apa la urusan yang memerlukan aku amik time off lagi. Mujur g klinik time off tu tak kira sebab ada time slip. Eh, melalut dah...

Dani, macam biasa la. Excited gak dia. Senang je dia bangun pagi2 tu. Adik dia je yang selalu liat nak bangun pagi... 


Anak mama. Hensem boy. :)


Dewan MZ Cafe, Kg. Ayer Hitam, Bangi.


Kawan-kawan Dani naik bas Nadi Putra tu. Tapi Dani aku hantar sendiri sebab dah alang-alang lalu depan ofis kan... Biarlah mama hantar awak nak... Tapi kesian pulak bila tengok ramai kawan-kawan dia turun dari bas bersorak panggil nama dia, Dani Dani Dani... Hahaha... Next time yer, mama bagi awak naik bas ngan kengkawan.


Pagi, dorang breakfast dulu. Makan mihun goreng.




Sementara dorang makan, aku pun g isi perut jap kat MZ Cafe sebelah dewan tu je. Terjumpa plak budak emcem ni... Hai amsyar... Anak si Zaza... Kakak Amsyar satu tadika gak ngan Dani tapi Iman kat IPD Putrajaya. Dani kat Presint 9.


Kalau tak silap, Tadika MAIWP kat Presint 16 kot yang tak cukup orang. So, Tadika Dani bahagi dua ngan tadika IPD. Tu yang campur ngan baju kaler merah tu.


Tengah tunggu turn nak start game. Game Dani last sekali. Jenuh la mama tunggu... Dah berlengas-lengas dah...

Dani main game Waiter Tuang Air... hahaha.. Sorang pelajar satu game je.


Ok go Dani!


Aku kabo, isi air penuh... Tak penuh gak... hihi


Pastu tuang air dalam tong tu... Jadiklah dapat no.3. Dapat hadiah kaler pensil ngan tuala mandi.. :)



Selfie sikit abam Dani!


Alhamdulillah, rumah hijau menang... Rumah Hijau menang no 1, Rumah merah menang no.2. So, Tadika Dani dapat sikit hadiah No.1 dan sikit hadiah No.2 sebab share budak2 tadi kan...



Time makan tengahari. Nasi putih ngan ayam masak kicap. Aku pun dapat cikgu bagi.. Mekasih Cikgu. Maybe ramai budak2 dah balik ikut parents.


Aku mula-mula ingat nak suh Dani stay kat sekolah je petang tu, memandangkan papanya outstation, aku plak malas nak menghala ke Presint 9 nun, so aku hangkut je Dani g opis. Tunggu la mama balik.

Sekian, cerita sukan sekolah Dani... Tq cikgu-cikgu yang sangat supportive. Jumpa lagi tahun depan. :)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...