Friday, November 13, 2015

Sukan Tahunan Tadika Islam Al-Hidayah, MAIWP

4 November ari tu, tadika Dani buat sukan tahunan. Rupanya dah lambat yer buat sukan ni. Selalu MAIWP buat awal tahun kata parents yang ada kat situ hari tu.

Sukan ni buat kat Dewan MZ Cafe, Kg Ayer Hitam, Bangi. Kat Area Putrajaya Gate One tu. Not bad la... Bawah bumbung kan, open air. Selesa sikit anak-anak nak bersukan. Yang tak selesanya, simen dia berhabuk. Budak-budak lak suka beno main habuk2 tu... Takpela, maybe sebab dewan tu baru lagi kan.

Aku sebagai mak, excited okey bila ada sukan-sukan sekolah anak ni. Kate first time kan... Mintak cuti, bos macam tak bagi.. haiihh orang penting betul kat opis.. *konon. =p. So, bos bagi time off je 4 jam. Habis dah 4 jam aku untuk bulan November ni. Harap-harap xde apa la urusan yang memerlukan aku amik time off lagi. Mujur g klinik time off tu tak kira sebab ada time slip. Eh, melalut dah...

Dani, macam biasa la. Excited gak dia. Senang je dia bangun pagi2 tu. Adik dia je yang selalu liat nak bangun pagi... 


Anak mama. Hensem boy. :)


Dewan MZ Cafe, Kg. Ayer Hitam, Bangi.


Kawan-kawan Dani naik bas Nadi Putra tu. Tapi Dani aku hantar sendiri sebab dah alang-alang lalu depan ofis kan... Biarlah mama hantar awak nak... Tapi kesian pulak bila tengok ramai kawan-kawan dia turun dari bas bersorak panggil nama dia, Dani Dani Dani... Hahaha... Next time yer, mama bagi awak naik bas ngan kengkawan.


Pagi, dorang breakfast dulu. Makan mihun goreng.




Sementara dorang makan, aku pun g isi perut jap kat MZ Cafe sebelah dewan tu je. Terjumpa plak budak emcem ni... Hai amsyar... Anak si Zaza... Kakak Amsyar satu tadika gak ngan Dani tapi Iman kat IPD Putrajaya. Dani kat Presint 9.


Kalau tak silap, Tadika MAIWP kat Presint 16 kot yang tak cukup orang. So, Tadika Dani bahagi dua ngan tadika IPD. Tu yang campur ngan baju kaler merah tu.


Tengah tunggu turn nak start game. Game Dani last sekali. Jenuh la mama tunggu... Dah berlengas-lengas dah...

Dani main game Waiter Tuang Air... hahaha.. Sorang pelajar satu game je.


Ok go Dani!


Aku kabo, isi air penuh... Tak penuh gak... hihi


Pastu tuang air dalam tong tu... Jadiklah dapat no.3. Dapat hadiah kaler pensil ngan tuala mandi.. :)



Selfie sikit abam Dani!


Alhamdulillah, rumah hijau menang... Rumah Hijau menang no 1, Rumah merah menang no.2. So, Tadika Dani dapat sikit hadiah No.1 dan sikit hadiah No.2 sebab share budak2 tadi kan...



Time makan tengahari. Nasi putih ngan ayam masak kicap. Aku pun dapat cikgu bagi.. Mekasih Cikgu. Maybe ramai budak2 dah balik ikut parents.


Aku mula-mula ingat nak suh Dani stay kat sekolah je petang tu, memandangkan papanya outstation, aku plak malas nak menghala ke Presint 9 nun, so aku hangkut je Dani g opis. Tunggu la mama balik.

Sekian, cerita sukan sekolah Dani... Tq cikgu-cikgu yang sangat supportive. Jumpa lagi tahun depan. :)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments: