Skip to main content

Celebrate Birthday Yang Ke 31 Tahun

Aku rasa birthday tahun ni banyak husband g bawak makannnn je.. hahaha.. Hari tu kat Johnny, Alamanda. Ingatkan, tak jadi... Jadik rupanya.. lepas Maghrib terus Enady ajak siap2.

Seperti tahun-tahun sebelum, no suprise birthday gift.. hahaha!

Sebab Enady ni tak reti. Kalau aku mintak pun, lain tahun baru dapat. haha... xde lah, kadang-kadang saje ngusik dia... Nak iphone boleh? kikiki... Tak makan la kami berbulan-bulan kang. Apela sangat ada pada iphone kan... kehkehkeh.. Tapi kalau dapat senyum lebar la aku.. Bila nak dapat durian runtuh ni pa? =p Ok, doa banyak2 semoga dimurahkan rezeki. 

Habis cerita Johnny. Ingat dah habis lah kan.. dapat makan steamboat tu pun dah bersyukur kot. Sekali dia suh siap2... nak bawak g makan kek.. Lorrr, dah dahlah tu... Dah la perut makyong ni mana la boleh sumbat banyak2 serentak. Kek je pun katanya.. Oklah. orang nak belanja, kita tadahkan aje... hehehe...


My faveret cake kalau g Secret Recipe ni. Choc Cheese Bluberry...


Anak-anak ingat bufday dorang. Hahaha... Pastu Enady bgtau bufday mama... Terus Zara nyanyi kuat-kuat satu restoran tu dengar.. Mujurla tak ramai orang 3-4 meja je...

Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to you Mama..
Happy birthday to you...

Alololololo... Tq sayang. Pastu dapat kiss... So sweet! Terharu mama tau...



Abang Dani tak amik port sangat benda2 sweet gini.. boy kan.. hahaha... dia dah dapat Mine Craft tu memang lupa segala. And yang jadik mangsa tukang buat, Papanye lah...:)



Kakak Zara sangat memberi kerjasama kalau bab bergambar.. Ikut gen sapelah tu kan.. =p


One happy family. Tq pa...


Pastu sibuk Kakak nak suapkan mama...


Dah kenyang, marilah pulang. Abang tak nak bergambar, haa tolong tangkapkan gambar... :)


Semoga Allah merahmati aku dan keluarga. Diam-diam tak diam dah 31 tahun dah aku hidup... InshaAllah akan terus membahagiakan orang-orang yang tersayang dan juga orang lain... 


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…