Wednesday, December 7, 2016

Selamat Hari Konvokesyen Abang Dani!

Tamat sudah Dani sekolah di Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9, Putrajaya. 2 tahun bersekolah kat situ, banyak yang Dani belajar. Sangat banyak improvement Dani. Dari tak kenal huruf Jawi, sekarang dah boleh membaca jawi. Dari tak pandai tambah tolak, sekarang dah pandai. Dari tak pandai membaca, dah lancar membaca. Dari tak tau bahasa Inggeris, dah kenal papaya, pineapple, car, book, is, i, am, word yang simple2 n banyak lagi yang Dani akan kena belajar. 


Kiri Cikgu Zuraini, kanan Puan Siti Abidah, Pengetua Sekolah. Dani kat belakang, dua dari kanan.

Banyak jasa cikgu-cikgu dan ustazah kat Tadika Al-Hidayah. Terima kasih sangat2 Cikgu Sapiah, Cikgu Zuraini, Cikgu Abidah, dan lain-lain. Tak bape ingat sangat sebab yang hantar amik Dani hari2, papa dia. So Enady je yang selalu jumpa cikgu2 ni.

So, 8 November 2016 ari tu, majlis Konvokesyen Tadika MAIWP kat Masjid Persekutuan, Jalan Duta.

Agak jauh jugak kan... Eh jauh tu tidak la sangat, jem pagi2 tu yang agak emm emmm sket.. haha... Aku dh pesan kat Enady, 2 tahun Hari Sukan Sekolah Dani, dia xdpt datang. Ni Hari Konvo Dani ni pls lah datang.. sian anak nun... 

Oklah, kami berdua amik time off. Pagi2 dah redah jem ke KL. Ikut waze kate jalan jem kat mane ke, so dia potong jalan ikut Cheras kat MRR2 sana... Gerak kul 8 lebih. Kul 9.30 baru sampai... 

Carik-carik Dani... nampak cikgu Zuraini kelam kabut kee hulu ke hilir bawak 12 orang pelajar ni termasuk Dani. Aku follow je lah. Dani terkejut mama datang.. Dia berlari seamba depan aku tak nampak. Sekai jerit baru dia, Eh mama!!.. Masa ni terharu sangat sebab dia peluk kejap pastu sambung balik ikut Cikgu. Mesti dia ingat aku tak datang kot. Sebab xde janji apa2 pun pagi tu masa hantar dia g sekolah. Cuma bagitau dia jela, abang ada konvo ari ni kat KL, kena naik bas ngan kawan2, so jaga diri, jangan nakal. Dani okkan je... :)

Aku follow Cikgu. Tanya kenapa kelam kabut ni... Cikgu cakap, dah nak kena amik hadiah kat depan... Aku baru perasan kat baju Dani ada tag nama dan Tokoh Pelajar.
Tokoh Pelajar???

Bergenang air mata mak...hahaha, perasaan normal kot kan... Tak sangka. Kita je tau anak kita macam mana. Aku cuma berharap Dani pandai baca mengira, mengeja dan belajar berkawan bila pegi Tadika... Tak de harap yang lain. Tapi Allah sebaik-baik perancang. Dia bagi lebih supaya aku lebih bersyukur. Ya Allah, Anugerah Tokoh Pelajar abang Dani dapat.,. 

Aku peluk Dani kuat2 masa tu. Terima kasih Allah, Terima kasih Cikgu-cikgu.

Permulaan yang baik untuk abang Dani. Tapi abang kena ingat, Jauh lagi perjalanan abang, dan banyak lagi yang abang kena tempuhi. Abang kena kuat dan tabah okey!

Enady g toilet masa tu. Balik dari toilet, aku bagitau Enady. Hahaha, gelak kami dua orang. Speechless... Enady dok sebut2 sampai la sekarang... Betapa seronok hati kami. Mulalah terkenang zaman dulu2, macam ni rupanya perasaan Ibu dan ayah bila dapat apa2 result pencapaian. Ingat lagi, aku dapat masauk UiTM pun ibu masak pulut pastu sedekah kat jiran2... :) Maafkan Along ye Ibu, tak dapat bagi result yang hebat2 untuk Ibu dan Ayah.



Muhammad Dani Emir nama diberi.


Kawan-kawan sekolah yang turut dapat Anugerah lain. Selain Anugerah Tokoh Pelajar, ada Anugerah Cemerlang Kurikulum dan Anugerah Pintar Al-Quran.


Suasana kat dewan masa tu... Merahhhh je nampak satu dewan.








Dani dan Azmina. Tokoh pelajar Lelaki dan Perempuan.



Tiada apa yang mama papa harapkan. Semoga Dani dan adik2 yang lain terus cemerlang hingga ke akhirnya. Jadi anak yang baik, yang soleh, yang boleh jaga keluarga... :)

Lepas ni Izzara pulak yang akan meneruskan legasi abang Dani kat sekolah yang sama. Abang Dani dah darjah 1 tahun depan... 

Mama papa dan adik2 sayang abang tau.






1 comment:

antalya said...

tahniah ana dan suami. moga anak2 sentiasa cemerlang dan jadi yg terbaik. faham camne perasaan terharu tu bila anak dpt award