Skip to main content

Hari Pertama Sekolah

Teringat tahun lepas, Dani baru nak masuk sekolah Tadika ni... Menangis2 dia... 


Tahun ni bangun pagi penuh ceria...

Mau tak ceria, semua baru kan.. kecuali beg n baju sekolah tu.. hehe.. Eh, kira baru jugakla sebab baru beli tahun lepas nak dekat cuti sekolah. sebab mama dia bijak sangat rendam baju ngan clorox sekali hambek ko, bertompok2 baju.

Pensil baru, pensil box baru, pembaris baru, pemadam baru, kaler baru... Semuanya baru lah...memang la excited kan.. bukan Dani je, semua kot kalau dapat benda baru, semangat dia lain macam. Tunggu tahun depan darjah 1.. huhu...



Dapat name tag lagi masa daftar ari tu...


Kitorang semua tak g keje n kakak x g sekolah tau abang, nak hantar abang ni masuk sekolah... Tahun depan camnelah, Dani darjah 1, Zara tadika. ngan baby lagi... kena salah sorang pegi lah jawabnya.. Enady g hantar Dani, aku g hantar Zara...hari first sekolah tu la... Tapi teringin gak nak hantar Dani g sekolah darjah 1.. nak tengok dia camne...




Hahaha, dalam kereta kan, masa dah sampai sekolah tu, Dani dah nampak macam moody dah... Dia pertikai kenapa aku ngan Enady tak pegi work, n Zara tak pegi sekolah. Kenapa dia sorang je yang kena pegi sekolah??? Why mama Why??? hahaha... Dah nak cebik2 dah...

SEkali sampai kat pintu, mujurlah akwan-kawan dia panggil, Dani Dani... terus tak jadik cebik.. kahkahkah... Terus g beratur depan sekali nyanyi lagi Asmaul Husna...

Senang hati dah kami nak tinggalkan dia... Pandai bawak diri.. hehehe, senior kan... :)

Tunggu tahun depan plak, kembali menjadi junior. 



Zara.. hihihi, kepenatan dia ikut mama papa g sana sini lepas hantar abang tu... Sementara nak amik Dani yang balik kul 12 tu, banyakla halnye ke sana ke mari...Kate dah cuti kan, setelkan la hal2 yang patut tu... Dua hari sekolah Dani halfday, hari Rabu baru fullday...

Sekian cerita di hari pertama sekolah Dani...

Jumpa tahun depan di Hari Pertama Dani darjah 1... Sekejap je dah besar anak-anak ni...




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
1 comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…