Alam Persekolahan 2017

Alhamdulillah, terasa sekejap nya anak2 membesar bila dorang masuk alam persekolahan. Dani dah Darjah 1. Zara dah 5 tahun, Tadika. Dani tu, mcm baru je terasa ngandung kan dia, tup tup sekolah dah awak ye abang... :)

Maafkan lah mama ye, Dah masuk bulan 3 baru nak update cerita anak sekolah... =p

Sempena anak masuk sekolah. Seminggu deret tu aku ngan Enady amik cuti. Haha.. kemain excited ye... Haruslah kan.. masa ni lah nak ajar dorang mcm-mcm. New experience. 


Dani xde banyak sangat hal nya. Pandai je bawak diri. Tambah-tambah kawan-kawan masa sekolah tadika dulu ramai. Tu sebelah dia tu kawan satu sekolah tadika.



Posing di awal pagi hari pertama Darjah 1. Simpan gambar ni buat kenang-kenangan...:)

Lepas setel hal Dani, hantar Zara pulak kat sekolah dia.



Pun tak de masalah. Seronok nak pergi sekolah hari-hari. Jumpa kawan baru katanya...Baik-baiklah berkawan ye kakak...



Lepas hantar Zara, pegi balik sekolah Dani untuk tengok dia macam mana keadaan kat kantin. Ada cerita di sebaliknya. Kitorang lepas hantar Zara, g breakfast jap. pastu tak sempat la nak sampai kat sekolah Dani pukul 9.15 pagi. Time waktu rehat Dani. Sekali tgk Dani tengah makan haa... sape lak bagi dia duit ni??? 

Bila tanya Dani, dia cakap ada kawan bagi. Tak ingat lak dia, kawan yang mana satu. Alahai, terima kasih banyak-banyak la sape yang bagi Dani duit belanja. Kitorang lupa nak tinggalkan duit kat Dani. Sebab ingat nak ajar dia kat kantin... tapi tak sempat nak sampai tepat pada waktu rehat tu.






budak tecik ni, haruslah ikut. Tak byk ragam jugak dia ni...


Setel hal sekolah Dani. Kul 12 tengahari g amik Zara pulak... Cam tu lah tudung nya bila setengah hari. Dah terkeluar2 anak rambut... oklah tu kakak.. hihi..



Besoknya mama cuti kan, so mama masakla n bagi uolls bawak bekal.. bento.. Kat sekolah Zara dah ada makan. so bawak simple2 je.. Dani tinggal beli air je.



Petang KAFA plak.. Hahaha, mengah mak menaip. Tengok dorang je dah mengah,.. Sian.. kul 1.15 petang balik sekolah pagi. Kul 2.15 petang dah masuk sekolah KAFA pulak.. semput.

Terima kasih papa Dani n Zara tolong amik hantar anak2. Mama hangkut Iman je hari2. Sebab Opis mama jauh sikit nak ulang alik. Opis papa dekat.. hihi....

Sekian, cerita anak2 di minggu pertama sekolah.


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Tanda-tanda nak bersalin

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP