Skip to main content

Tadika MAIWP Putrajaya


Al kisahnya sambungan dari kisah hari tu.. http://honeysour00.blogspot.com/2014/05/tadika-ohh-tadika.html,  makanya gigihla mama ko ni Dani pegi ke IPD nun...Sebab nak register yang tadika Amaniah tu dulu.

Kecewa sungguh.. sebab nama dah KIV... dah penuhh.. KIV tu belum tentu dapat... sobs!

Mujurla Puan tu suggest kan tadika lain yang bawah MAIWP...

Maka pergila aku ngan Ida ke Presint 9 plak.. Tadika Al-Hidayah. Amik borang 1 September nanti. Ada transit. Yuran RM170 sampai petang.

Lepas tu singgah pulak ke Tadika under MAIWP lagi kat Presint 9 Fasa 2. Pun penuh untuk 5 tahun... Sobsss...Sebelah tadika tu ada Tadika KEMAS. Sampai tengahari je kul 1200. Amik jelah borang buat syarat nak isi.. kot2 tak dapat sekolah mana-mana nanti...

Singgah lagi Tadika KEMAS Presint 9 kat depan Food Court Sri Teja. Amik jugak borang nak isi buat syarat...

Lepas tu singgah lagi ke Tadika Ar-Rahman, Presint 16. Under MAIWP jugak. Open for registration 1 Sept gak. Tapi 5 tahun xde transit. 6 tahun je sebab ada Kafa dengan Kelas Al-Quran.

Then, ke Tadika YADIM pulak. Tadika ni MAIWP dah amik alih. So, nama dia Tadika Ar-Raudhah, Presint 16. 1 September jugak baru open borang. Transit 6 tahun je jugak... 5 tahun takde.

Baru bulan 7 ni Dani oi, tapi mama ko dah pening nak carik sekolah. Last-last balik lah ke opis. Sampai opis, singgah jap kat Taska Bijak Cerdik dalam opis ni... nak booking nama untuk Zara tahun depan. Senang banyak mama nak oi, kalau Zara dah stay kat Taska BC ni...

Kita tunggu lagi bulan 9 yer untuk amik borang. Harap-harap ada la rezeki Dani nak sekolah Tadika Islam. tadi masa dok survey2 tadika tu, dengar budak2 tu dok baca doa2 pun dah rasa seronoknya kalau Dani dah belajar macam tu..


Nah belanja gambar Dani n Zara.. Dani dengan rambut barunya...Hensem tak? Paklang dia kata macam Ben10 yang kat baju dia tu.. haha..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
4 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…