Tadika ohh tadika



satu entry tak sah kalau xde gambar..:)

Alkisah hari ini, sedang survey2 tadika untuk si abang Zara ni... actually dah register kat Cendiakawan kat Presint 18 nun... cuma belum dapat detail lagi payment untuk register... bajet dua belah tangan jugak ni untuk register sahaja... monthly rm320...

Tiba2 tadi terservey tadika lain plak... Nak carik yang macam tadika Pasti. Terjumpa Tadika Amaniah kat dalam IPD Putrajaya tu. Dah call, katenye 1 Julai baru bukak untuk pendaftaran. Yuran register RM203.00. Monthly plak RM20. kalau nak daycare tambah RM130.00. (Macam best gak yang ni.. hehe) Tapi nak menempuh ke Presint 7 nun.. banyaknye trafik light pagi2 kan... dan lagi satu, cuti sekolah tutup yer tadika ni.. satu lagi masalah pulak tu...(hidup mmg sentiasa ada masalah, tapi semuanya atas kebijaksanaan kita lah yg nak mengatasinya...=p)  

Tapi mujur taska kat opis ni ade transit RM15 sehari. kalau cuti lama, konfem la Aki n Nenek ajak balik kampung kan..:)

Dua tadika ni terpahat dalam hati ni.. Haha, kita tengok nanti mane yang akan menjadi pilihan...:)

Abang abanggg.. tgk mama awak ni, belum sekolah lagi dah pening nak carik sekolah kan... hehe.. Mama nak yang terbaik untuk abang dan adik mengikut kemampuan mama dan papa korang ni... :)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania
3 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Tanda-tanda nak bersalin

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP