Wednesday, June 8, 2016

Dani First Day Puasa

Alhamdulillah... Dani dah 6 tahun, tahun ni... Bulan Ramadhan pun dah mula. So, its time to nak ajar dia what is puasa...

Maybe kat sekolah dia dah belajar, aku takyah nak terang banyak pasal puasa. Yang Dani tau, takleh makan takleh minum dari pukul 5.45 pagi sampai la kul 7.24 malam. Luckily, papa dia baru je belikan dia jam. Memang tepat pada masanya... 

Excited dia nak bangun sahur. Dani memang dah biasa bangun awal. Aku selalu bangun pukul 4 pagi buat sandwich yang orang order, nanti dia pun ikut bangun temankan aku.. bukak tv atau main lego dia, suh tido xnak pulak dia...Harap kat sekolah tak mengantuklah nak...

First day sahur, takde masalah la nak kejut dia.. dia dengan rela hati mangkit soq.. hidang pulak lauk kegemaran dia, rendang... syokla dia makan..


Nasi sepinggan, susu sebotol.

selesai sahur. Then, memandangkan cuti sekolah lagi, maka dia ikut la aku g ofis. Pagi-pagi kat ofis, aku bagi dia buku kerja bahasa melayu ngan maths aku beli masa kat BBW tahun lepas. Semangat dia buat homework.. sampai habisla 2 buku tu satu hari.

Kul 11 pagi, teman aku g pam susu untuk Iman. Tengah tunggu aku, dia pun tertido... Sampaila kul 3 petang baru dia terbangun... Syok kot tido dalam aircond kan...

Kul 4.30 petang balik umah. Amik Iman dulu kat taska.

Sampai rumah, aku kelentung kelentang masak kat dapur. Dani dah start terasa haus dan lapar... Merengek gak dia nak minum. Aku cakap, sabarla, sikit je lagi.. Aku bukak lappy bagi dia tengok Angry bird The Movie. Dah nak dekat kul 7 malam, aku ajak dia mandi. Aku pun dah siap masak semua.. Iman sangat memberikan kerjasama... Main je dia golek2 kat depan hall tv tu...gud girl Iman.


Ok! Its time!!! Selamat berbuka puasa Dani... :) Dia yang request nak nugget. Papa dia beli, Makyang pun beli yang belum masak tu... Reward la sebab dia berjaya puasa hari pertama..



Ngadap Youtube jap sebelum tertido...

Hari kedua, bangun sahur.... Kat opis ada staff bawak anak dia jugak, son dia main tak hingat dunia.. lari sana sini. Tapi pelik la tak de pulak dia mintak nak minum. Kat rumah dah pukul 6.15 petang, barula merengek2 nak minum. Aku tahanla jap, sambil2 nyusu Iman aku dengar bunyi peti ais bukak tutup.. Hahaha, sah la dia dah buka... sayangnye lahai.. sikit lagi kan...

Tapi takpela, nak buat camne... budak2 xleh nak paksa sangat time umur sekarang ni. Solat tu yang kena paksa... Solat penuh, inshaAllah puasa pun penuh nanti... Kita doakan ok..:)

Hari ketiga hari ni... Dia tak sahur, kesian lak.. pagi2 dah belasah susu satu botol, karipap satu. So dia tak puasa hari ni. Tapi, dia tak nak makan plak ni... dia kata dia puasa.. adehhh, dah salah paham ni bang oi... hihi... Kang balik kang aku explain lagi. La ni, nak g pam susu jap... 

OK bai.




No comments: