Skip to main content

Jalan-jalan Cari Makan Kuantan

Plan asal, dah lama plan ni... lepas siap makan kenduri bagai tu, ingat nak stay kat Kuantan la, tido satu malam, saje jalan-jalan cari makan dah alang2 sampai Kuantan tu kan... sekali tak cukup kereta nak bawak mak ngan abah balik ke Jengka semula. Sebab satu kereta tu ada hal ngan family mertua dia. Oklah, kita tukar plan. Balik dulu hantar mak n abah... then esoknya kita g Kuantan semula. Xde hal lah... :)

So pagi2 tu siap2 la bawak baju sikit2 nak tido satu malam je kat Kuantan. Pagi tak pagi, kul 9 gak bertolak nya.. haha... sampai Kuantan kul 11 lebih, otw ke Kuantan tu, tak tau nape Iman menangis2 dalam kereta.. semua tak kena, itu tak kena ini tak kena, menyusu pun xnk... dah sapu minyak kat perut tak jalan. Hampi2 la nak patah balik tak jadi la nak holiday bagai kalau dah anak macam tu kan.. Kecik lagi plak tu...

Xpe, Enady kata kita singgah umah adik Udin dulu kat Padang Jaya bagi dia baring rehat-rehat jap. Alhamdulillah, ok... Sakit perut aku rasa... Tak pernah-pernah macam tu sebelum ni, haruslah cuak kan... 

Langkah kanan, makan dulu lunch kat umah adik Udin,. hehe.. muka tak malu, semalam dh dtg masa kenduri, esoknya dtg lagi... hihi..

Lepas makin, baru gerak carik hotel.. Haha, main terjah je datang Kuantan ni, hotel tak de book pun. Survey2 punya servey, dapatla Hotel Classic kat tepi waterfront tu je. RM100 satu malam include breakfast for 2. Oklah kan, bukan nak lepak bilik sangat, nak tido je pun.

Check in dulu, then g makan kat satar kat Warung Poksu Moksu... Femes kedai ni according to Na la.. Tapi memang sedap pun... Aaaaaa, aku dah terbayang2 teringat2 kelazatan satar dia. huhu... 


Adik Udin yang tolong orderkan. Kitorang duduk je... Memang faveret Dani la otak-otak tu.. Aku tak hadap benda lain dah.. memang satar ngan ikan celup tepung je aku aim.


Dapnya satarrr.. bila nak repeat ni...


Udang celup tepung punn ada...


ICT. Ikan celup tepung... =p


Satarrrr sedap.


Jemput makannn... ngan pengantin baru.


Gambar macam ni haruslah ada kan... :)


Gambar macam ni pun wajib ada.. hahaha.. Tido lak Iman... Memang tenang je aku makan sepanjang2 tu...


Licinnn...


Lepas dah habis makan... carik pantai best nak lepak... Tanya la kat orang Kuantan lagi.. hehe, Na kabo kat Tanjung Sepat pun best pantai dia...


Memang best laaaaa... cantikknya pantaiii.. angin sepoi2 bahasa... rugi lak tak bawak tikar, kalau tak, boleh Iman golek2 atas tikar tu...



Aku dah pesan kat budak2 ni, main air je. jangan nak mandi2 sebab xbawak baju... Sekali haaaaa, memang mandi 1 badan terus... berbogel je balik tu.. adeihh.. budak jarang jumpa pantai, camnilah kot. =p



Kemain korang yer.. mase ni aku dok je tepi pantai sebab jaga Iman..







Adik ipar baru, volunteer pegangkan Iman, so, bolehla aku berjalan-jalan di persisiran pantai... hahaha...

Dah setel kat pantai... Zara siap request nak pegi lagi... InshaAllah ye kakak... :)

Malam, lepas maghrib, memang plan nak jalan-jalan amik angin kat taman sebelah hotel ni... Adik Udin kata taman baru... budak-budak ni seronokla... 



Cantik plak belalai gajah ni...




Iman ni, memang timing tido dia... rugi lak tak bawak stroller, kalau tak, senang dah nak sorong je ke mana-mana...


Lepas lepak taman tu sekejap, then nak g makan. Adik Udin bawak g makan chicken chop RM5 kat Teluk Cempedak. Tak berapa sedap la.. dah sejuk... kuah lak banjir haaa.. berbaoi la dgn harga...


Balik dari Teluk Cempedak ingat nak singgah Kula Cakes, tapi dah tutup... huhu, melepassss.. Sampai hotel bebudak ni kepenatan... tido terus... berlima kami tido atas katil tu... hahaha.. lain kali tido hotel dah kena carik bilik yang ada katil 2... tak muat dah.. hihi...


Ada breakfast free.. jom mamam... muka tak mandi lagi.. hahaha...



Time to check out... :)



Sebelum balik, singgah dulu Warung Poksu & Moksu ni nak tapau satar sedapppp dap dap... beli untuk mak ngan abah..


Bye Kuantan! Jumpa lagi nanti... tak puas jalan. Nak singgah jumpa Nano Nor pun xdan...



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…