Skip to main content

Selamat Pengantin Baru Adik Udin & Eypa

Adik bongsu Enady. Maknanya inshaAllah majlis kawen yang last dalam family mertua saye.. hehe..

Majlis nikahnya pada 19 Mac 2016 yang lepas. Ingat nak update awal-awal ari tu, tapi gambar family kat pelamin xdapat dari pengantin... k takpelah, proceed je dengan gambar yang ada ni...

kalau ikut plan asal, aku tak ikut majlis nikah ni kat Kuantan. sebab baru habis pantang. Dan aku kononnya masih kat kampung. Tapi disebabkan aku dikerah pulang ke Putrajaya, hihi, dikerah ye... not la, Enady minta aku sambung cuti pantang kat Putrajaya sebab dekat ngan dia kalau apa2 hal... SYMP lah kan... :) jadiknya, ikut jugakla balik ke Jengka untuk hantar adik ipar nikah kat Kuantan. tu pun ingat nak tinggal je kat Jengka,bukan apae, baby kecik sangat lagi nak travel jauh2, Enady suh ikut gak, risau katenye.. baiklah. SYMP sekali lagi...


Lepas sarapan pagi, kami gerak dalam 4 buah kereta ke Taman Padang Jaya, Kuantan. Nikah kul 11 pagi kalau ikut pada plannya. Aku lepak luar je ngan Iman..


Iman pulak sedap lena tido... Letakkan je kat atas meja makan tu..hahaha orang pun tak bape ramai lagi...


Rare gakla nasi dia.. alas tu... nasi lauk dia semua sedap. Terbaikkk!



Pengantin sempoi je.  baju nikah tu terus pakai makan beradab n sampai petang.. jimat kan... kenduri kawen ni simple2 je dah cukup. Yang nak guna banyak duit lepas kawen nanti...


Dani request nak bergambar ngan pengantin...


Mak mertua, kak ipar ngan husband dia..


Zara memang dar mula aim sosej tu... hahaha..


Orang-orang kampung yang diimport khas dari Jengka 17. Mak abah ada provide satu keta untuk orang-orang kampung ikut sekali majlis nikah ni..


3 of us. Anak-anak ntah mane ntah ngan sepupu sepupu dorang...

Sekian, cerita dari Kuantan. Majlis bertandang kat Jengka 17 plak lepas ni... Tapi citer holiday kat Kuantan lah dulu yer... =p


Kepada adik Udin dan Eypa, semoga hubungan yang terikat akan berkekalan hingga ke akhirnya... Cepat-cepat dapat baby tau... hiks.. :D



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥
Post a Comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…