Friday, November 9, 2012

Main-main ngan adik

Dani ni kadang-kadang dia boleh jadi kawan yang sangat baik ngan adik dia.

Kadang-kadang leh jadi musuh.. Tang jadi musuh ni aku pening sebab aku pun kena bertempik satu rumah utk bgitau kat Dani jangan kacau adik. Cakap slow-slow dah tak de gunanya ye. Tak makan saman..

Marah anak kejap je, bila dia tengok aku senyum lepas marah tu, dia dh tak kacau dah adik dia. Saiko saiko. Mak ko yang pening Dani.. Cabaran!

Aku tinggalkan dorang berdua sebab aku nk masak kat dapur.. Pastu aku dengar riuh suara dorang. Dok main berdua rupanya..

Apalagi, amik kamera la rakam video dorang.. kat hujung entry nanti ada..:)






video

Seronok layan anak-anak yang tengah membesar. Kadang-kadang marah, kadang2 membahagiakan.. Tengoklah mood mak dorang ni pun sama. Kalau rajin, aku layan lah... Kalau masa tu aku tengah serabut nk masak, kemas rumah, baru balik keje, nak mandi, nak solat.. layan diri lah ye anak-anak.. Dani je yg pandai bawak diri, si adik asyikla nak berkepit. Takleh langsung hilang aku ni dari pandangan mata dia.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...