Monday, November 5, 2012

Hari Inovasi Kementerian Kewangan 2012

Minggu lepas adalah Hari Inovasi 2012 kat Kementerian Kewangan. Aku join sebab ada senam tari tu. Semangat aku siapkan anak2 pagi-pagi buta hari Sabtu tu sebab nak join senam tari tu. Alhamdulillah, masa aku sampai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) tengah lepaskan peserta-peserta Treasure Hunt. Lepas tu baru start Senam Tari.

Aku dapat join 2 lagu pertama.. Besttt.. Kuar peluh2 ko.. Haha, lama dah tak bersenamrobik. Dani pun join. Zara haruslah jugakkan. Zara aku letakkan dalam baby carrier. Sampai tertido-tido dia tengok gelagat orang. Mujur tak mengamuk..

Dani awal-awal dia join.. Lompat sana lompat sini. Sekali dia nampak castle angin (ke apa nama dia ek) tu, terus laju dia berlari ke sana.. tak toleh dah mak dia kat belakang ni. Mujur jugak jalan depan MOF tu dah di blocked dari laluan kenderaan.

Gambar dah berterabur kat bawah ni... Jom layannn.. Tahun depan harus join lagi..:)



Salah satu acara Soopa Doopa..
 

Hahaha, gelak je lebih, lawannya idok pun.. Best..
Teringin nak main, tapi sapa nak pegang si kecik tu..:)
Tahun depan lah..


Macam gaya family day dah..


Ini budak ber'cup-cup' dia belasah aiskrim hari tu. 
Mentang2 ler free, asyik ngulang makan aiskrim je..


kaunter pendaftaran. Register untuk nombor cabutan bertuah..
Tak bertuah pun.. dayan je bertuah, dapat beskal wooo..


Mama & Zara..
budak baik..


Ciksu & Nadhim..


Makan aiskrim lagi..
Mulut comot..


Berpicnic kitorang warga Wang Awam I kat depan lobi..
Bos besar pun ada, mesti dia bangga.."Wahh, anak2 buah aku pun ada turun.."


Rozi, Mama Mia..:)


Dorang ringan, boleh ler duduk.. 
Aku duduk, melendut terus... 
Hahahaha..


Ni lah Castle angin tu..
Dani mula2 dia takut sebab budak2 besar main ganas sangat..
Budak2 besar dah takde, baru dia berani lompat2 kat tengah tu..
Aku teringin.. dulu-dulu takde..
Hahaha..


Dani.. Suka awak yer, mama lepaskan satu hari ni main..
Kalau tak, weekend memang kitorang terperap je kat umah..
Tu yang bila ada program ni, laju je aku join..
Bosannnn..


Dani dah mengantuk...
Hahaha, minum susu tu dia dah nak tertido dah..

 Dani terbaring keletihan..
Zaifah get ready nak lompat tu..


Zara pun dah ngantuk..


Depan lobi..


'Castle Angin'


Budak-budak dah tak ramai, baru aku berani nak letak Zara dalam castle tu..
Sekali dia mengamuk.. hahaha, 
takutt sebab dok terenjut2 abang dia buat..
Ngamuk nak tido pun yer jugak tu..
 


Aku semangat tunggu sampai program habis sebab nak tunggu cabutan bertuah..
Sekali tak bertuah daa..
Insyallah tahun depan kalau ada lagi, bolehla join..:)
Bestt!

Urusetia, buat lagi tau tahun depan!..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

4 comments:

Sue Echan said...

tak ramai ke ana yg dtg mase tu?

Cik Dee said...

yeaahhh, tahun depan join Treasure Hunt pulak ye.. haha.

Ana Lyana said...

@Sue Echan

tak rmi pun.. aku selamba tinggal dani main2 kat castle tu. yg aku g merayap main soopa doopa..

Ana Lyana said...

@Cik Dee

hahha.. cik dee, kang treasure hunt ke mana, jadi treasure kids kang..hahaha