Happy Convocation Day!

First of all, Congrates for your Convocation Day buat adikku, Mohd Hanif..:)

"Now I'm an official IIUM graduate with a degree - Bachelor of Human Sciences (majoring in English Language & Literature) (specializing is Linguistics) (Hons) under the Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences.."

Aku copy je kat status Facebook dia..Aku tak ingat nama penuh course yang dia amik, yang aku tau dia amik degree dalam English Language & Literature saje..

Sian..citer ni aku perap seminggu.. Amik feel nak update sebab banyak sangat cerita..

Masa kejadian adalah pada hari Isnin yang lepas. 10 Oktober 2011. Aku amik cuti hari tu. Sebab tu jugakla ibu aku ngan adik aku, Ika datang umah aku. Ayah aku pagi Isnin baru datang. Ayah aku keje, so memang tak boleh tinggal.

Tak complete lah family aku yang datang. Ijai keje kat HKL nun. Bukan senang ko nak apply cuti esoknya, Paling-paling pun kena 2 minggu sebelum tarikh nak cuti..Yang si Anep ni pulak lambat no bagitau tarikh konvo.. Enady pun tak dapat datang. Kena kerja. Baru je keje kat tempat baru kan, so, prestasi tu kena jagalah..lagipun dekat je, aku pegi drive sendiri pun takde masalah..

Aku, Ibu, Ika, Dani dan Kakyang sebelum subuh dah bangun. Lepas subuh baru kitorang gerak. Nak elakkan jem kat MRR2 tu nanti. Sampai UIA ngam ngam pukul 8 pagi. Orang dah ramai..


Si Anep ni, memang dah terkenal dalam family aku seorang yang suka last minute.. Apa-apa pun last minute.. Termasukla masa hari konvo dia ni pun.. lambat datang, udah tak reti nak pakai baju konvo tu. Suruh aku, lagilah mana aku tau kan..

Dalm kul 8.30 macam tu, semua dah kena masuk dewan. Ibu ngan ayah je boleh masuk dewan. Standard lah kan.. maka aku, kakyang, ika dan Dani duduk lah luar...


Upah untuk Dani diam.. adoii, kejap je diamnya. Lepas tu dicampak je Upin Ipin tu. Kembali meluaskan jajahan.. Dah kujangka, memang dia akan mengukur tanah saje..=p


Bawak masuk dalam dewan pun tak reti nak dok diam..Aku ingat nak amik la gambar Anep melalui skrin tu je. Tapi adik aku yang dua orang lagi tu, Si KakYang ngan Ika, masing-masing dah masam muka plus penat nak ngejor si budak lasak ni.. Haha, ko kan Dani, berjaya buat orang sentap ngan ko..Haha..Nak taknak terpaksalah aku yang handle. Bawak masuk kereta, dok diam2 situ.. Melepas aku nak snap gambar Anep naik pentas..


Muka suci je awak kan Dani. Hakikatnya, huishhh, lotih mama Dani! Awak yang tak letih ke sana ke mari..


Adik beradik perempuan ku..plus anak buah deme..:)


Dah buat mama letih, awak pun tersenyum-senyum kambing kan..cubit kang! =p


Buat-buat manja ngan Maksu. Padahal time ni Maksu dia dah penat nak kejar dia..haha


Bila kena peluk macam ni, meronta-ronta lah dia.. sampai telinga aku berasap menahan dengan perangai takmo diam Dani ni..uwaaa..


Masa ni dah habis dah, tau tak berapa jam aku tunggu..lebih kurang 3 jam lebih aku ngadap Dani yang tak reti duduk diam tu..dengan panas nya lagi... Lamanya tunggu orang konvo..sob sob sob..


Pinjam topi Pakcu dia..Nanti Dani dah besar, mama pun nak Dani macam ni tau..:)


Pinjam jap bleh!


My beloved parents and the graduator.. Proud of him.. Congrates..:)


Lepas bergambar semua, terus terjah bekalan yang aku bawak..kelaparan masing-masing..haha..


kan..nampak sangat kelaparan kan.. Haha. Lepas tu Anep bawak kitorang semua g makan tengahari kat Taman Melati. Lebih proper kan..

Sekian, cerita Anep konvo.. Minggu ni insyallah akan turun ke JB pulak untuk konvo adik ipar kat UTM Skudai. Uwaaaaa, menunggu lagi..Jom orang JB, kita jumpa..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

2 comments:

Zana Adieyza said...

tahniah untuk Anep & adik ipar akk!!

comel jer dani pakai topi tu!

Anonymous said...

ana..muke adeq bongsu ko sebijik cam muke ko.. copy+paste...

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...