Tuesday, August 24, 2010

asam pedas ikan kembung

kate first time masak asam pedas kan...

hurmmm..ceghui la...atau bahasa ibundanya CAIR.. alahaiii..

tapi berselera je bila makan ngan nasi pastu taruk kicap kan..papa dani pun siap bertambah lagi. dah cakap dah, asam pedas ni cair tapi dia cakap takpe sebab sedap...hihi..tersipu-sipu i tau.. lenkali boleh buat lagi kan...

pada sape2 yang nak resepi amikla kat bawah ni. tapi kurangkan lah air nya...hehe.
Ingredients

1) Ikan parang (2 potong)
2) Kunyit (1 inci)
3) Halia (1 inci)
4) Serai - diketuk (1 batang)
5) Bawang putih (1 ulas)
6) Bawang merah (3 ulas)
7) Pes cili (2 sudu besar)
8) Daun kesum (3 tangkai)
9) Air asam jawa cair (5 cawan)
10) Belacan (sedikit)
11) Garam (sedikit)
12) Minyak untuk menumis
Directions

Cara-caranya, tumbuk bawang merah dan bawang putih sehingga sedikit lumat. Kemudian, masukkan kunyit dan halia. Setelah lumat, masukkan belacan dan tumbuk lagi hingga sebati.

Setelah itu, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.

Kemudian, masukkan pes cili. Kacau sehingga pecah minyak dan masukkan air asam jawa, diikuti dengan serai, daun kesum, ikan dan garam.

Kacau sedikit hingga sebati, biarkan mendidih sehingga ikan masak dan sedia untuk dihidang.































♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

2 comments:

YanDarwisy said...

Terliur tgk menu tu...mesti tambah sedap cause dimasak dgn penuh kasih sayang...

NURUL said...

RAJINNYA AWAK MASAK. NURUL NIE MALAS SIKIT NAK MASAK. ADUHAI BILA LA MOOD MASAK NAK DTG DLM DIRI