Alahan teruk

Sekarang baru kurasa...

Betapa teruknya ibu-ibu mengandung yang mengalami alahan yang teruk. Aku pun tak terkecuali. Kali ni punya pregnancy agak teruk alahannya berbanding first pregnancy. Dulu, selamba je aku makan itu ini. Pergi sana sini. Minta apa saja pada husband nak makan itu ini. Sekarang....huhu..rasakan...semuanya tak boleh. Dan masuk minggu ke 11 pun still weak. Rasa tak larat sungguh. Plus malas. =p

Kawan-kawan pun perasan, kali ni aku punya pregnancy alahnya teruk berbanding dulu.

Tak boleh bau bawang putih langsung. Bawang merah pun sama.
Bau orang menumis tak boleh.
Bau mulut dan badan suami.
Bau poo poo Dani.
Bau-bau asap orang membakar ayam/ikan tak boleh.
Bau colgate aku muntah.
Pagi-pagi aku melepek je kat opis.
Semangat langsung takde.
Makan pun tak berapa. Dah cuba makan tapi mesti keluar balik.
Cepat lapar. Tapi taktau nak makan apa. Sampai husband pening memikirkan isterinya ni nak makan apa.
Bau makanan pun aku muntah.
Tak boleh berdiri lama-lama, konfem pitam.
Minum air masak lagila aku muntah.
Nak makan masam-masam je. *Eh! ni masuk dalam alahan ke..=p

Dua je aku syukur sangat-sangat. Satu, Dani dah jarang buat perangai. Waktu malam, kalau papa dia kerja, takde masalah langsung sebab hari-hari memang dia tido awal. So, aku pun boleh tido awal. Susu aku dah standby awal-awal. Dua, si suami yang sangat rajin. Semua kerja rumah dia setle kan. Eh, bukanlah semua. Contoh, aku tukang masuk kain dlm washing machine, dia tolong sidai. Aku masak *sambil tutup hidung, dia basuh pinggan dan kemas meja. Dia tak pandai masak. Rumah siap berkemas bila bangun pagi. Terima kasih sayang..

Ok, dah. Nak sambung melepek atas meja ni..

Bilakah semua ini akan berakhir? Tak tahan dah rasanya.

Post a Comment

Girl's Trip : Pulau Perhentian Part 1

Hai hai hai uolls... Lama sangatttt tertangguh entry ni... ahkak busy dik non. Busy macam-macam hal lah. Hari ni baru dapat bukak folde...