Monday, April 30, 2012

Sekitar Majlis Pernikahan #WeddingIjai

Ok cerita pasal wedding Ijai start dari majlis nikahnya ek..:)

Tapi sebelum tu, aku dan family serta sedara mara yang lain dalam tiga buah kereta bertolak dari Kg. Gajah jam 6.30 petang. Sampai homestay kat Taman Keramat AU2 15 minit lagi kul 10 malam. Otw nak ke KL tu, tiba-tiba aircond kereta ayah n kereta cousin aku, Ella rosak. Serentak. Hujan lebat pulak tu. Disebabkan hati aku yang tak sedap, aku sms yg lain, ikut highway jelah. Sebab cadangnya nak ikut jalan lama je. Syukur alhamdulillah, kami semua selamat sampai..

Oh ye, kami stay kat homestay seperti gambar di bawah. Gambar ni masa baru renovate kot. Rupa sebenar, cantik. dah ada pasu bunga tepi2 umah tu. bersih je. Bukan Bersih 3.0 ye. =p Mana aku jumpa homestay ni? Aku google je. Then jumpa kat Mudah.my




Pagi Jumaat tu, sementara tunggu yang lain bersiap-siap, sempat lagi makcik aku aka Mak Uda siapkan bunga pahar untuk dibawa masa majlis resepsi esoknya.


Mas Kahwin.

Then, dalam kul 10 pagi semua gerak ke Masjid berdekatan. Aku tak ingat apa nama masjid nya tapi sebelah Pangsapuri Tentera.


Ibu dan Kakyang yang sentiasa tolong aku pegangkan Zara. Aku lenguh aku pas kat Kakyang, pastu pas kat Ibu. Haha.. minah tu leh tahan gak nak dukung dia. Lenguh tangan. Tengok Dani kat belakang tu. Haha.. Tengah tunjuk aeroplane kot..


Ella + Omar (Cousin) + Enady + pengantin lelaki..:)


Fyqa, The bride. :)


Gambar anak-anak tuan blog haruslah ada kan.. Present... Dani and Zara..:)



Sengih je Ijai..:)


Ni tak sengih. Dah start berdebar ek? =p


The Bride again..


Akhirnya, Ijai selamat dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri dengan dua kali lafaz. Alhamdulillah. Kelakar masa Ijai nak nikah tu. Macam-macam ragam. Tak kurang juga hati masing-masing yang berdebar. Aku dah bergenang air mata. Bapa pengantin perempuan pun dup dap dup dap..Ayah relax je..


Sesi membatalkan air sembahyang..




Dah setel semua-semua, kitorang dijemput makan tengahari kat rumah pengantin perempuan. Alhamdulillah kenyang..

Petang Jumaat tu free.. Tapi malam tu ada Majlis Berinai. Tu nanti sambung. dah mengantuk..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

1 comment:

Dayu said...

kalau gi rombongan kawin mmg seronok kan..lg2 kawin sedara mara
mmg super havoc jumpa sepupu semua