First time keluar makan berempat

Pertama tama kali kot keluar makan bersama ahli baru. Family kecil kami yang dari bertiga jadi bereempat. Haruslah abadikan kat sini kan..Welcome Izzara. Syukur sangat kamu tidak buat hal. Haha.. Macamlah buat hal si kecil tu macam berguling-guling atas tanah kan.. Kalau kamu seperti ini, selalulah mama dan papa bawa kamu keluar jalan-jalan dan makan-makan..:)


Abangnya pula. pheww. Semakin hari semakin melasak. Stress papa dia. Aku pun. Mujurlah masa makan tu dia ok ok saje. Makan makan dan makan. Lapar kot..=p Untuk bawak dia berjalan, kena bagi dia tidur dan makan yang cukup, baru lulus untuk keluar. Kalau tak, akan terkeluarlah aksi seorang ibu menjerit tapi takde suara. Seorang bapa yang berlari-lari anak ibarat jogging di pagi hari. Tak sanggup kalau aku sorang yang handle dia. Baik duduk rumah main-main keliling hall dan order saje Dominos atau Pizza Hut. =p


Al kisah gambar-gambar ini. Nak snap bereempat segan plak haihh. Maka, sana dua sini dua..

Balik Putrajaya jap petang Jumaat tu. Sebab nak hantar stok susu yang dah diperah. Penuh dah peti ais kat umah Ibu. Sempat juga singgah opis. Saje. Rindu kat member2 opis. Balik dari opis, Enady kata lapar. Singgahlah sekejap untuk makan kat Umai Cafe. Even dia pun tak pernah lagi makan kat situ. Haha, aku yang  malas nak bawak..

Gambar makanan takde. Lapar sangat kisahnya. Aku order nasi goreng biasa. Enady order chicken chop. Sedap. Dani sampai berebut makanan ngan aku. Dah habis nasi goreng tu, dia boleh cakap nak lagi. last-last order fun fries. Tu pun habis licin. Lapar sangat tu Dani. Badan tak naik-naik gak..

Lepas makan, balik umah. mandi-mandi kemas-kemas. Dalam kul 8.30 gerak balik ke Keramat balik. Malam tu ada Majlis Berinai kat umah pengantin perempuan.


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

1 comment:

Unknown said...

waaahhh...camne la rasanya kan kuar dengan 2 anak
tgk org mcm seronok
tp bila tiba giliran aku nanti, rasanya mampu ke tak erk..

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...