Monday, April 23, 2012

Potty Train #Part 1

Peace version Dani!

Aku rasa masa aku berpantang dan cuti 3 bulan ni lah masa yang amat sesuai untuk aku ajar Dani kencing ke bilik air. No pampers pampers dah lepas ni.

Jadinya, masa hari Sabtu tadi, aku start ajar Dani. Mula-mula aku pakaikan Dani napkin. Tujuan pakai napkin tu untuk dia kenal air kencing tu apa. Pakai napkin, then bila dia kencing, napkin tu akan basah dan confirm Dani rimas. Dani memang penggeli orangnya.. =p Dan cakap ngan dia, kalau nak kencing, pegi toilet ye. Sebelum ni pun, bila dia poo poo, dia akan tarik tangan aku atau Makyang dia atau nenek dia ke toilet sambil cakap bluweekk. Konon-konon busuklah tu plus dia rimas kot poo poo tu kat montot dia. Kalau kencing, memang takkan rasa rimas kan. kecuali kalau kencing dah banyak, memang Dani akan amik pampers sendiri then suh tukarkan.

Dani pelik tengok 'pampers' dia..:) Mujur tak ngamuk2 suh tukar..
Percubaan pertama,

2jam pertama ok.Tiba-tiba dia masuk bilik sambil buat bising, pastu tunjuk kat depan tv. Aiyoooo, terbocor la pulak napkin nya..hehe Eh, ke salah parking bibirdnya?..=p Habis banjir kat depan tv nun. Makyang dia jugak yang rajin tolong mopkan..:)

Tak berjaya.

Then tukar napkin lain. 3-4 jam, dia main then tertido. Aku bajet, dia bangun tido je aku nak bawak dia masuk toilet untuk kencing. So, bila dia bangun, cepat-cepat aku bawak dia toilet. Then, tinggungkan dia. Eh, camni ke eja tinggung? Sambil buat bunyi syhhhh syhhhh.. Alhamdulillah laju je kencingnya. Napkin pun tak basah. Masa dia kencing tu, aku cakapla. "Haa, ni Dani kencing. Gud boy.. Lepas ni, kalau rasa nak kencing macam ni, cepat-cepat pegi toilet tau." Dia angguk pun tak, geleng pun tak. Haha, kes mamai lagi.



Napkin kedua berjaya untuk tidak basah..:)

Nak teruskan sampai mandi petang. Sekali Aki dan Nenek bawak Dani pegi ajak orang untuk kenduri Ijai nanti..

Sambung hari lainlah nampaknya..:)

Moga-moga semangat ku kuat untuk ajar Dani..:)


Note : aku terjumpa artikel ni. Moga-moga boleh dijadikan panduan untuk mummy di luar sana..:)

=entry autopublish

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

6 comments:

ibu humaira said...

ana, kite pon mcm da nk start ajar potty train. umur dani lebih kurang myra je kan.. time2 ni dah boleh dah kot nk start ek?

Ana Lyana said...

a'ah, lebih kurang je umo anak2 kite ni. try la dr sekarang.. asalkan dia dah paham apa yg kita cakap..:)

NOR said...

huhuhu...nk pakaikan napkin mcm x muat je...smlm ajar gak...siann...t'kepit2 thn kencing...tu la,cmne leh x igt nk ajar nopal time pantang aritu...

NURUL JAMIAN said...

baguslah aku pun tgh nak ajar raina ni ana. sambung lagi entri ni beb

Sherwieyna Muzzawer said...

salam kenal.hahaha kiutlah. i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D

Ana Lyana said...

@nor, ni pun tak muat, muat2kn jugak..:)

nurul, nnti2 aku sambung. dani asyik ikut aki n nenek dia berjln je..

sherwieyna muzzawer, salam kenal..:) tq.;.