Kesabaran yang teruji

Balik dari Teluk Intan. Kepenatan!

Bila dua-dua menangis plus aku sakit perut ya amat. Terbongkok-bongkok aku tahan sakit sambil usung dua beradik ni. Izara aku dukung sebelah tangan, tangan sebelah tangan lagi tarik Dani masuk bilik. Dua-dua menangis. Izara menangis sebab sakit perut kot. Dani menangis sebab dok mencarik MakYang dia. makYang dia dah ke KL.

Baringkan Dani. Aku duduk sambilkan susukan Izara. Aku hayunkan badan ala-ala buai untuk bagi Izara lena sambil tangan tepuk2 montot dia. Tangan sebelah lagi tepuk2 Dani. Masa ni aku kental lagi. Tak menangis. Lama-lama Dani terlelap. Izara pun lena. Serta merta airmata aku mengalir. Mengalir sebab lega campur penat dan terkenangkan Ibu aku yang punya lima anak ni. Tak terbayang!

T_T

Penatnya jadi mother of two. Memang penat. Tu belum lagi aku bertiga je kat rumah sendiri nanti. Pagi-pagi nak siapkan dua beradik tu, mane nak masak lagi balik keje. Wahh, bakal keluar muscle-muscle aku nanti ni.

Tapi...

Bahagia bila tengok anak-anak sihat membesar depan mata.



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥
Post a Comment

Selamat Hari Rayaaaaaa 2017

hai uollsss... Jangan suruh ai tukar tajuk ye. Sememangnyaaaaa betulllll niii adalahhh entryyyy Rayaaaa 2017777 kahkahkahkahkah. Weyhhh,...