Al-Fatihah (Tribute to Mak Alang)


Al-Fatihah buat arwah Mak Alang. Pada tanggal 6 Ramadhan 4.50 petang arwah meninggalkan kita semua. Arwah meninggal disebabkan jangkitan kuman di dalam paru-paru.

Aku mendapat perkhabaran sedih ni pada jam 5 petang hari yang sama. Mula-mula tak perasan Ibu ada call aku sebab masa tu aku sibuk nak cepat pegi Karnival Jom Beli tu. Nak cepat sebab nak amik anak2 pukul 5 petang. Pastu adik aku Anep call, dia yang bagitau Mak Alang dah meninggal. Then Ibu call pulak cakap nak bertolak dah dari Perak ke umah Mak Alang (Taman Melati, KL).

Then Abang Kama (cousin) anak arwah Mak Alang call. Tak sempat angkat sebab rushing amik anak. Dah amik anak2 pastu pegi Baazar Presint 2 tu. Kat situ baru discuss ngan Enady, nak pegi atau tak. Tengah bincang2 tu Abang Peroz (cousin) lak call bagitau yang mak alang dah xde..

Disebabkan ramai yang dah call dan dijangka ramai sanak saudara yang turun KL, aku gamble je bawak anak2 ziarah arwah. Mula-mula ragu-ragu sebab anak kecik lagi kan.. Orang kata tak berapa elok sangat bawak budak2 kecik ni ke rumah orang meninggal. Tapi arghhhh, lantak lah.. doa je mintak tiada apa2 yang buruk jadi. sambil2 tu aku bacalah ayat kursi sepanjang dalam kereta tu hembuskan ubun2 budak2 ni.. Harap tiada apa-apa.. Tak pergi kang ralat rasanya. Arwah Mak Alang bukannya sedara jauh ngan aku. Sedara dekat. Kakak ayah. Dulu masa kami still duduk KL (sekampung ngan umah Mak Alang ni) aku ulang alik je dok umah Mak Alang. Masa kecil aku adik beradik, Ijai, Anep dan KakYang ada jugak dalam lipatan kenangan ngan arwah Mak Alang. Balik sekolah kalau jalan kaki mesti lalu dan singgah depan umah Mak Alang. Anak2 Mak Alang yang kecik tu, Acid ngan Akim dah jadi kawan sepermainan kami masa kecik2.

Kalau ayah pegi kursus jauh2 tido sana, kami adik beradik dan Ibu mesti tumpang tido umah Mak Alang. Makan buah Gajus depan umah Mak Alang tu. Pastu tengah main2 lari2 terpijak pulak buah gajus yg dah masak ranum tu. Panjat pokok gajus tu. Ingat lagi, masa Ibu bersalinkan KakYang, aku Ijai dan Anep tinggal jap kat umah Mak Alang sebab ayah temankan Ibu kat Hospital kan.. Banyak sungguh kenangan ngan arwah Mak Alang. Ngan Ayah Alang takde sangat sebab ayah Alang garang sikit...

Mak Alang....

Ralat rasanya tak dapat jenguk Mak Alang masa arwah sakit dan stay kat HKL. Masa tu aku dah sarat dan bila2 je akan melahirkan Zara.. Ijai la selalu melawat mak Alang sebab Ijai keje kat HKL.

Last jumpa Mak Alang masa aku kahwin dulu rasanya. Mak Alang ada datang. Bayangkan lah 3 tahun kot tak bersua. Padahal bukan jauh pun. Aku balik Pahang sah-sah lalu depan simpang umah arwah.. T_T

Tulah, bila orang dah tiada, baru dikenang-kenang kan.. Dah 2 kali jadi kat aku. asal nak pegi melawat kat hospital je, ada je kekangannya. Last-last dah meninggal. Nak menyesal pun dah tak guna. Masa aku nanti, ntah ada ke tidak orang yang akan menziarah..


Ok stop. aku dah bergenang air mata bila teringat kenangan bersama arwah..

Bila dicari-cari gambar ngan Mak Alang, ni je yang aku jumpa. Ni pun kabur-kabur je. tahun 1998 ni. Masa anak Mak Alang, Cik Ani kawin. Arwah Mak Alang yang aku arrowkan tu. Sebelah Ibu.



Semoga arwah Mak Alang tenang di alam sana dan dicucuri rahmat.

Kebumikan arwah malam Jumaat tu jugak pada jam 10.30 malam. Kebumi lambat sebab tunggu anak Mak Alang, Cik Ani yang dok kat Singapore tu sampai. Elok je Cik Ani sampai, peluk cium jenazah semua, terus je kebumikan.

Bila dah selesai semua, jam 1 pagi aku mintak izin untuk pulang ke Putrajaya. Ikutkan hati nak je aku EL esoknya tapi Enady dah cuti hari Khamis tu. Nak taknak dia kena kerja jugak Jumaat tu. Ibu Ayah dan lain-lain balik pagi esoknya kul 8 pagi rasanya..

Al-Fatihah...

Takziah buat Ayah Alang sekeluarga...

note : Beruntungnya meninggal pada bulan Ramadhan kan.. Husband kata pintu syurga terbukak 8 pintu.. insaf..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Salam Ramadhan ke-9

Dah siap masak.. Tunggu nak masak nasi kul 6 kang ngan ngap je..:)

daging masak kicap
puding karamel


Anak-anak memberikan kerjasama yang sangat baik... Terima kasih anak-anak.. Syukur alhamdulillah dengan rezeki hari ini.. Cukupla makan untuk dua orang je..:) Korang masak apa hari ni?


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Puasa ke-6 + Breastfeeding + Bonus Raya = Alhamdulillah

Salam Ramadhan ke-6 kawan-kawan..:)

(Aku ni murah senyuman, so, tiap kali tulis blog mesti aku nak senyum aku akan tulis ni :) kat penghujung ayat..:) Senyum lagik!..)

Alhamdulillah dah masuk hari ke-enam kita berpuasa. Dan aku alhamdulillah juga masih berpuasa pada hari ke-enam. Takde tuang-tuang lagi.. Harap-harap sampai sebulan lah. Dah lama tak dapat puasa penuh. Dua kali mengandung time puasa, memang aku lembik.

Alhamdulillah lagi Zara masih breastfeed dan susu badan still stay the same. Takde penyusutan. Sebab aku tengok Zara minum lepas tu tertido. Kenyanglah tu. Bila aku pump pun, masih sama. Tapi jadual pump dah larila bila Zara start dok kat taska ari tu. Subuh aku pump. Tandem la sambil Zara menyusu sebelah. Selalu dapat 4-5oz. Pastu pegi kerja dan hantar dia kat taska, susukan dulu bagi dia tido baru aku naik atas kerja. Then sementara nak tunggu 12.30 lunch hour, aku bekalkan susu EBM 3 oz. Pukul 12.30 tengahari turun taska pegi jenguk anak-anak, susukan, main2 dan pukul 2 tidokan dia then naik atas balik. Kalau dia taknak tido, tinggal ajelah sebab dia tak menangis. Nak tunggu pukul 5 petang waktu balik keje, aku tinggal lagi 3 oz stok susu EBM. Balik rumah, lepak2 dan selesaikan apa yang patut, pukul 8 atau pukul 9 malam aku pump lagi. Tandem. Dapatlah 4-5 oz jugak. So total susu EBM yang keluar masuk adalah keluar dr freezer 6 oz, kadang-kadang aku bagi 8 oz, masuk freezer utk bekukan 8-10 oz.

Secara ringkas,

Pump jam 6 pagi = 4-5 oz
Stok EBM pagi = 3 oz
Tengahari = direct feeding
Stok EBM petang = 3 oz
Pump jam 8 malam = 4-5 oz

Jadinya aku guna stok EBM hanya 6 hingga 8 oz. Dan aku topup balik susu EBM tadi 8-10 oz. Masa bulan puasa ni pun sama. Alhamdulillah. Petuanya jangan skip sahur. Dan sahur tu wajib makan nasi. Kalau tanya, tak lapar ke siang2 tu masa baby menyusu? Insyallah setakat ni tak rasa lapar yang kronik lagi. Harap-harap sampai akhir Ramadhanlah susu aku akan maintain macam ni.. Syukur rezeki dari Allah untuk Zara. Terpaksalah lupakan dulu hasrat untuk kurus insyallah selama 2 tahun ni. Anak-anak tu lagi penting..:)

Setel cerita pasal breastfeeding.

Semalam lepas berbuka dan solat Maghrib, lepak-lepak depan tv ngan anak-anak. Dok layan Dejavu tu lah. Terus tengok berita sekali. First tajuk je aku terkedu. Alhamdulillah alhamdulillah. Rezeki nak raya ni.. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih PM. Bonus setengah bulan gaji. Dapatlah anak-anak aku beraya tahun ni. Kalau tak aku ingat baju raya dorang pakai je baju yang ada sebab baju Dani masa kenduri Ijai hari tu still baru lagi. Baju Zara pulak baju gaun ngan baju2 rompers ada yang tak berpakai lagi. Sayang nak pakai so, aku simpan buat baju raya. Lagi pun mood raya aku tahun ni tak berapa nak ada la.. Order kuih raya pun aku order sikit2 je. Sebabnya aku anak beranak je yang akan beraya kat kampung. Papa dorang tak dapat cuti. Cuti raya pertama je. Raya kedua dah kena kerja. Sepatutnya turn tahun ni beraya kat Pahang. Tapi dah jadi macam ni, Enady suh aku ikut adik aku Ijai atau Anep balik kampung nanti. Aku nak drive sendiri dia tak bagi. Risau kang tengah2 drive anak-anak menangis. Tak ke haru.. Tapi bagi aku, aku ok je.., Dorang menangis aku berhentilah kat RnR mana-mana. Last-last dengarlah cakap suami tu. Muktamad aku balik ikut adik2 aku je.. Sedihnya beraya tanpa suami. T_T 

Yang seronoknya pulak, tahun pertama Zara beraya. Wahhhh, mesti aku tak menang tangan pagi-pagi raya tu nak kejut dorang mandi sunat hari raya. Mesti meriah dengan jeritan aku, "Daniiiii, bangun mandiiiii. Jom kita pakai baju melayuuu".. Sebut pasal baju melayu, Dani punya baju melayu belum beli lagi. Baju kurung Zara Ibu jahitkan.. Mesti cun lah Zara pakai baju kurung kan... Eh, puasa pun baru 6 hari.. =p


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordless Wednesday #27


Gambar Zara masa beberapa hari lagi nak 4 bulan.


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Contest Raya by SepetShop

Aku ada cerita sedih nak kongsi ni. Aku tak taulah bagi korang sedih atau tak kan.. Tapi bagi aku sangat sedih lah.. Bila anak sendiri yang tegur, lagilah aku rasa sedih. Sedih weyy bila anak cakap macam ni..

" Eiiiiii"

Dani buat muka jijik sambil tunjuk kat handbag hitam aku ni.

Apahal lak mamat ni.

Dani sambung lagi...

"otooo otooo"

Maknanya, kotor kotor... Sambil dia tunjuk kat belakang baju aku.

Bila aku tengok apa yang ada kat belakang baju aku.. Tu diaaaaaaaaaaaa... Habis bersepai-sepai dah kulit kat tali handbag aku tu.. Faham tak kulit kat tali handbag? Meh aku tunjuk gambar kat bawah ni...

bukti..

Habis bersepai-sepai. Sedihnyaaaaa.. Handbag yang banyak berjasa ngan aku dah nak tamat riwayatnya.. Aku bukanlah seorang yang pencinta handbag. Sekali aku beli handbag, aku akan pakai sampai handbag tu dah tak boleh pakai lagi. Lama jugak aku pakai handbag sekarang ni. Since Dani kecik lagi. Umur dia berapa bulan ek? 7 bulan kot. Now, dia dah 2 tahun 4 bulan. Lama kan riwayat handbag aku tu. Tu pun aku beli kat mak aku. Hehe..

Jadi, wahai Sepet, kalaulah akak dapat menang handbag dalam contest raya ni, memang berbaloi2 lah. Sebab akak akan cintakan handbag itu sampailah tamat riwayatnya...

Sekian cerita sedih aku..

Korang yang nak join, silakan. Sempat lagi ni. Syarat-syarat dia pun senang je. Korang LIKE SepetShop dan ada peluang nak menang kalau korang share gambar2 kat SepetShop tu. Tu cara nak join pakai Facebook. cara nak join pakai blog, korang kena buat cerita sedih pasal handbag. Maklumat lanjut korang leh terjah Blog Sepet The Gojes.. Hehe..




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Review Check up Zara 4 bulan

Hai..

Salam 3 Ramadhan semua..:)

Alhamdulillah, aku masih lagi diberi kekuatan untuk berpuasa walaupun masih menyusukan Zara.. Terima kasih Ya Allah..

Minggu lepas, hari Khamis, aku bawak Zara pegi klinik untuk rutin checkup dia setiap bulan. Dah bulan keempat. Semakin membesar kamu Zara.. Makin lama makin dah tak jadi baby.. Tapi Zara tetap baby mama ngan papa.. Abang pun..:)

Alhamdulillah berat dia naik jugaklah walaupun sikit. Dari 5.9kg ke 6.4 kg. Mungkin sebab dia seminggu sebelum tu dia diarrhea. Sehari tak sah kalau tak 9-10 keping pampersnya. Kesian dia. Sampai naik merah-merah kat tempat tu. Tapi nasib baik tak meragam. Selsema pun tak hilang-hilang lagi. Alahai, taktau buat macam mane dah..

Panjang dia naik jugak. 62 cm rasanya. Haha, tak bawak pulak buku pink dia tu.

Lilitan kepala : tak ingatlah. nanti dah ingat aku taruk balik kat sini ek..

Jom layan gambar dorang ni.. Tengah bosan semalam..







♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

terima kasih huggies




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Diusik Jelmaan Penunggu Rumah (Seram!)

Diusik Jelmaan Penunggu Rumah (Seram!) |Penunggu rumah sering terjadi apabila wujudnya situasi seseorang itu berpindah ke rumah baru, atau tinggal di rumah yang sudah lama tidak berpenghuni. Sememangnya rumah yang sudah lama tidak berpenghuni akan menjadi kediaman makhluk-makhluk halus. Oleh kerana itulah, kita perlu sering membacakan ayat-ayat suci al-quran ketika berada di rumah,di samping mengerjakan solat fardhu. Jom baca kisah seram di bawah ini.
Gambar Hiasan
Along, Nora dan Ayu adalah sahabat karib. Mereka berkawan sejak di tahun pertama di salah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu kota lagi. Kebetulan ketika mereka berada di tahun ke 3, mereka tidak dibenarkan tinggal di kampus lagi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menyewa di luar. Setelah puas mencari rumah, akhirnya mereka bersepakat untuk menyewa sebuah rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni. Memandangkan sewa yang ditawarkan agak murah, tanpa berfikir panjang mereka terus bersetuju. Rumah teres itu dimiliki oleh seorang lelaki tua yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Atok Mok.

Kali pertama berjumpa dengan Atok Mok ketika menyerahkan wang deposit, mereka sangat terkejut. Wajah orang tua itu amat menakutkan mereka . Keningnya hitam lebat, air mukanya sangat garang dan matanya sentiasa meliar ke sana ke sini serta berwarna merah. Mujur juga orang tua itu cepat mengundur diri.Namun matanya tidak berkedip memandang Ayu!
Setelah sebulan menyewa di rumah itu, mereka dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu. Setiap kali malam jumaat mereka dapat menghidu bau wangi Ada ketikanya mereka ternampak seperti kelibat Atok Mok di dalam rumah itu. Lebih meyakinkan lagi, Along dan Nora melihat sendiri Atok Mok sedang tidur bersama Ayu di bilik tidurnya. Keesokan pagi, Along dan Nora terus menceritakan segala yang dilihat malam tadi kepada Ayu dan dia kelihatan sungguh terperanjat, sedangkan pada hari tersebut dia tidak pulang ke rumah. Lagipun jika difikirkan secara logik, buat apa dia benarkan Atok Mok tidur bersamanya ? Keadaan menjadi bertambah rumit apabila Ayu mendapati ada kesan lebam dan calar-calar di badannya.
Sementara berusaha mencari rumah sewa yang lain, baik Along, Nora dan Ayu, masing-masing tidak berani lagi duduk sendirian di rumah, jika Along atau Nora pulang lewat, Ayu sanggup menunggu mereka di depan pagar rumah. Untuk masuk bersendirian ke dalam rumah, tidak sama sekali. Di saat itu tiba-tiba sahaja bulu roma Ayu meremang. Kemudian pantas sahaja kakinya melangkah ke dalam rumah.
Malam itu sedang mereka tidur nyenyak tiba-tiba sahaja Ayu menjerit dan mengilai. Seluruh tubuhnya menjadi kejang dan matanya merenung tajam ke arah Along dan Nora. Rambut Ayu yang panjang mengerbang. Kedua sahabat itu tidak berani memandang muka dan mata Ayu yang sudah mula merah. Selepas di bacakan ayat-ayat suci Al-Quran keadaan Ayu agak kurang sedikit. Tetapi selepas beberapa minit kemudian keadaan Ayu kembali teruk. Apabila melihat Ayu cuba melarikan diri keluar rumah, Along dan Nora terus memegang kedua belah tangan dan kakinya. Namun, kekuatan yang dimiliki oleh Ayu amat luar biasa. Along dan Nora terpelanting di terajang oleh Ayu. Setahu mereka Ayu tidak pernah berkelakuan ganjil, cuma sejak berpindah ke situ dia lebih suka mengasingkan dirinya.
Biarpun kedudukan rumah mereka agak jauh namun jeritan kuat Along dan Nora telah didengari oleh penghuni yang tinggal tidak jauh dari situ. Masing-masing bergegas keluar memberikan pertolongan. Kebetulan pula salah seorang dari mereka iaitu Pak Wahab, mengetahui misteri di sebalik rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni itu. Namun dia enggan bercerita dengan lebih panjang. Seolah-olah dia tidak mahu merungkaikan rahsia rumah besar itu. Walaubagaimanapun dia banyak membantu memulihkan Ayu. “kalau macam ni caranya, lebih baik kau orang berpindah saja dari sini. Nanti pakcik tolong carikan rumah. Nampaknya “dia” masih taknak lepaskan rumah ini”. Kata-kata Pak Hussin mengandungi seribu persoalan.
Sehingga jam 4 pagi, barulah jeritan Ayu reda sepenuhnya, itupun setelah di jampi serapah dengan ayat suci Al-Quran oleh Pak Wahab. Tidak lama selepas itu barulah Ayu sedar dan mula mengucap. Apabila Ayu sedar, dia segera memeluk Along dan Nora. Rupa-rupanya dia terasa dirinya cuba dipeluk oleh satu lembaga yang menyerupai Atok Mok.
Selepas peristiwa ngeri malam itu, tanpa berlengah lagi mereka terus mengambil keputusan untuk berpindah rumah. Peristiwa ini mengajar mereka untuk lebih berhati-hati apabila memilih rumah sewa. Sejarah atau latarbelakang pemilik rumah perlu kita selidik terlebih dahulu sebelum mengambil kepututsan untuk menetap. Dari siasatan mereka, rupa-rupanya Atok Mok sudah lama meninggal dunia dengan membunuh diri bila isteri mudanya melarikan diri bersama lelaki lain. Namun rohnya tetap mendiami rumah itu dan kebetulan Ayu mirip isterinya dahulu.



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Petang 1 Ramadhan



Dah siap masak sebenarnya..
Tu yang ajak bebudak ni turun bawah main kat taman depan blok ni haa..
Sementara nak tunggu waktu berbuka tu kan..
Sebenarnya baru hari ni aku berani nak bawak Dani turun bawah..
Sebelum aku macam seram sikit nak bawak dia turun bawah kalau takde papanya..
Boleh bikin aku pengsan woo kalau dia melasak tak hengat dan waktu nak pujuk dia balik umah..
Hehe..
Hari ni, Alhamdulillah.. Dani mendengar kata..
Hahaha, kalau tak aku umpan dia ngan keropok, jangan harap dia nak naik okeyyy!


 Kawan baru..

 Mama dan adik

 Abang dah start buat aksi ultraman dia.. adoi..




Habis dah. Tata..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Misteri Permainan Roh Duit Syiling

Misteri Permainan Roh Duit Syiling | Pelajar sekolah terutamanya mungkin pernah mendengar dengan satupermainan roh duit syiling atau dikenali sebagai Spirit Of The Coin. Permainan ini merupakan aktiviti yang boleh dilakukan sendirian mahupun bersama kawan. Kalau bercakap tentang golongan yang sama pada 10 atau 20 tahun lalu, untuk mendapatkan keseronokan yang lebih, hanya boleh dicapai dengan sedikit kreativiti dan keberanian. Kita tidak pasti sama ada generasi sekarang masih melakukan perkara ini, tetapi percaya cerita tentangnya sudah disampaikan dari mulut ke mulut.
“Ia adalah suatu yang biasa di kalangan pelajar-pelajar sekolah, penghuni asrama dan juga kawan-kawan sepermainan di kawasan perumahan.
“Tanpa diketahui ibu bapa, aktiviti ini dianggap suatu cara untuk menguji keberanian,” kata seorang setiausaha syarikat korporat, Yazmin, yang mengaku pernah mencubanya sewaktu menuntut di kolej dahulu.
Menurut Yazmin yang kerap menyertai permainan itu bersama teman-teman berbilang bangsa, keperluan permainan yang menyeru roh duit syiling itu sangat mudah. Sebab itulah ia cepat menjadi ikutan ramai.
Malangnya, ramai yang tidak menyedari akan risiko emosi, soal hukum agama dan akibat buruk lain daripadanya.
Ia melibatkan sekeping kertas atau kad manila yang ditulis secara jelas abjad A hingga Z dan nombor 0 hingga 9 di sudut keliling. Tertera padanya juga perkataan ‘HOME’ atau ‘GOODBYE’ di tengah-tengah kertas. Tulisan itu diapit pula oleh perkataan ‘YES’ dan ‘NO’.
“Lebih baik jika ia dilakukan dalam ruang tertutup dan hanya diterangi cahaya lilin. Sekeping duit syiling diperlukan. Lebih lama usia duit syiling itu lebih baik.
“Diletakkan di tengah-tengah perkataan ‘HOME’ jari telunjuk setiap pemain perlu diletak secara perlahan di atasnya sebelum seruan dimulakan,” kata Yazmin yang kini menganggap semua itu bodoh dan lucu namun menyeramkan.
‘Spirit-spirit of the coin, if you can hear me, please come’, seruan itu berbunyi. Setelah disebutkan berulang kali, duit syiling itu akan bergerak dengan sendirinya.
Maka, pemain akan mula bertanya pelbagai soalan tentang siapa, apa, bila dan bagaimana. Namun, Yazmin mengakui bahawa ada juga percubaan yang tidak menjadi.
“Selalunya ‘roh’ yang datang ialah daripada orang yang mati bunuh diri dan ia siap memberitahu bila dan di mana ia membunuh diri. Saya tidak tahu sebab logiknya.
“Mungkin kerana roh orang yang bunuh diri tidak tenteram. Ia masih menerawang gara-gara langit dan bumi tidak menerima perbuatannya mengakhiri nyawa secara begitu,” kata Yazmin.
Setiap soalan akan dijawab berdasarkan pergerakan duit syiling itu yang mengeja mengikut abjad yang disediakan. Kelakar juga apabila pertanyaan peribadi, cerita masa depan, serta rahsia sulit pemain didedahkan dalam permainan tersebut.
Berlanjutan hingga ke pagi. Tapi apakah benar, pergerakan itu berpunca dari roh yang diseru? Mungkinkah ia satu muslihat permainan yang dirancang oleh salah satu daripada pemainnya?
“Tidak mungkin. Sekeping duit syiling disentuh oleh dua atau lebih jari mengikut bilangan pemain. Pasti ada salah seorang akan sedar kalau pergerakan itu sengaja didorong.
“Saya yakin itu adalah kuasa lain, bukan daripada upaya atau muslihat manusia,” ulasnya tegas.
Setiap permainan ada syaratnya. Begitu juga dengan yang ini. Sekiranya permainan ini hendak diselesaikan, pemain akan menyuruh ‘roh’ itu pulang.
Kalau ia menurut, duit syiling itu akan bergerak kembali ke tulisan ‘HOME’ iaitu tempat ia mula-mula diseru.
“Ada juga yang degil untuk pulang hinggakan permainan itu berlanjutan ke pagi. Antara jawapan menakutkan adalah ia tidak mahu pulang kerana mahu berdamping dengan pemain yang disukainya, atau mahu minta dibebaskan begitu sahaja untuk membalas dendam pada yang menyebabkan kematiannya.
“Tetapi kami beringat, selagi tidak kembali ke perkataan ‘HOME’, selagi itulah juga jari setiap pemain tidak boleh dilepaskan daripada duit syiling itu. Bayangkanlah, ada yang keletihan, marah, menggigil dan juga menangis,” katanya.
Yazmin walau bagaimanapun tidak pasti tentang akibatnya jika syarat menyudahkan permainan itu dilanggar. Tetapi dia pernah mendengar tentang pemain-pemain yang mengalami tekanan perasaan, sering ketakutan dan meracau ketika tidur.
“Saya pada awalnya tidak percaya permainan seperti itu boleh membawa keburukan mahupun menyalahi agama. Namun, saya sedar kini bahawa keseronokan sebenarnya boleh ditemui dalam diri sendiri dan juga apabila bersama keluarga dan kawan-kawan dalam aktiviti sihat.
“Spirit of the coin sebaliknya, seperti membuka pintu untuk mendapat ‘kawan’ dari dimensi lain,” terang Yazmin yang menyesali perbuatannya itu.
Ironi permainan itu juga terlintas dalam kepalanya. Semua ‘roh’ itu memahami abjad roman, cekap mengeja, kenal nombor, serta tahu fungsi perkataan ‘YES’, ’NO’ dan ‘HOME’ di atas kertas itu. Yazmin masih menunggu penjelasan rasionalnya.





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Ujian Audiologi

Zara ada appointment Audiologi test masa hari Selasa minggu lepas. Appointment jam 8.45pagi. Seperti biasalah, kalau kat Hospital Putrajaya tu, kalau tak datang Subuh2 untuk pendaftaran, memang bahananya menunggulah ko selama sejam sahaja utk pendaftaran. Belum lagi check in kat kaunter2 yang nak dituju tu. Huh! Aku yang datang pukul 7.45 pun menunggu selama sejam lebih baru dapat pegi kaunter Audiologi.

Aku rasa ni prosedur baru untuk baby yang baru lahir. Sebab masa Dani dulu takde pun buat test ni. Masa aku datang tu, ramai yang datang buat kali kedua dan ketiga. Dorang semua pelik aku baru first time. Rupanya, sapa yang bersalin kat Hospital Putrajaya, baby tu terus dorang bawak untuk buat audiologi. Aku kan bersalin kat Presint 8 nun, so takdelah depa suh buat apa-apa. Just dorang bagitau, nanti dah lepas habis pantang bawak g hospital untuk buat appointment Audiologi ni.

So, dah habis pantang dan bekerja semula, baru aku teringat. Masa nak follow up ENT Dani ari tu aku walk in sekali untuk buat Audiologi Test Zara.. Sekali kena appoinment.

Nak buat audiologi tu, baby kena tido. Kisahnya si Zara ni dia dah bantai tido masa menunggu kat pendaftaran tu. Dah susahlah nak tido balik kan.. Grr, menunggu lah lama sikit untuk tidokan dia..

Tiba giliran dia, masa dia tido tu, nurse ada letak satu alat kat telinga Zara n ada graf kat komputer.. Then garisan kat graf tu bergerak makin lama makin tinggi.. Bila garisan tu sampai satu tahap, graf tu akan bagitau "Pass". Kalau anak tengah selsema or batuk memang takkan naiklah graf tu..naik naik, tapi tak sampai kat aras Pass tu. Tu berdasarkan aku tengok orang-orang sebelum aku tu lah. Tanya lah nape tak pass, anak batuk. kahak tu dah block telinga..so, dtglah next appointment.

Yang Zara, ada selsema sikit. Risau jugak dia tak lepas. Tapi alhamdulillah.. zara pass dua-dua belah telinga.


Zara @ Taska. Ngan Akif.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Alamak adik tergolekla..

Aku suh Dani duduk then aku dudukkan Zara kat depan dia. 
Dan aku suruh Dani peluk adik dia tu..

Tapi....









Apa yang jadi?


















Hahahahhaha..
Elok aku nak snap je kamera, dia lepas tangan..
So, adik dia tergoleklah..
Gambar kat atas tu adik dia terlepas lah tu..


Nasib baik atas tilam..
Hahaha..
Sian adik..
Nasib baik abang sayang adik..
Cepat-cepat abang pujuk adik..
 hahahaha..
Habis terpenyek muka adik...

Mama sayang sangat kamu berdua....
muah muah muah...
Eh, papa juge..
Muahhhhhh! 
=p



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Bergelak ketawa depan cermin




Takde apa nak story.
Just post the photos..
:)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Menyorok




Menyorok untuk poo poo rupanya..
Hahaha..
Siap buat peace dengan poopoo penuh di vontot..
=p



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Follow up ENT Dani


Hari Jumaat lepas, ada appointment Dani ngan ENT Hospital Putrajaya. Biasalah uolls, anak-anak kecik ni macam-macam halnya.Anggap je ni semua dugaan dan cabaran dalam membesarkan anak-anak. Allah takkan uji kita melebihi kemampuan kita kan..:)

Kali ni just check up biasa je. Nak tengok gegendang telingan Dani still berlubang lagi atau tak. Sebenarnya sebelum check up ni Dani demam panas kan, risau giler kalau telingan dia bernanah. Every time aku check telinga dia utk pastikan tak bernanah. Sebab sebelum ni asal demam panas je, lepas tu konfirm telingan Dani akan bernanah. But alhamdulillah telinga Dani tak bernanah lagi..

So, doctor pun cakap gegendang telinga Dani dah tertutup. Lega dengar. Just make sure lain kali jangan sampai terlalu lama batuk dan selsema. Nanti infection tu merebak kat paru-paru dan akan menyebabkan demam panas, lalu akan bernanahlah kembali telinganya..

Doctor tengok keadaan Dani pun dah ok. so, doktor bagi tarikh untuk follow balik lebih kurang 6 bulan lagi. January 2013 baru datang balik jumpa doctor dan akan buat satu earing test.

Moga-moga semuaya baik nanti..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordless Wednesday #26


Anak yang manja.


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Di sebalik tabir APC 2011

Dulu pernh interview Penerbit rancangan B27, tp xdpt. huuu sedih..

Alhamdulillah, selesai tugas baru aku yang boleh dikira mencabar jugaklah bagi aku yang sangat baru ni Unit Pentadbiran dan Naziran ni. Seronok jugak sebab boleh involve dalam benda2 gini lah. Takdelah ngadap pc 24/7.

Tugas aku buat slide dan jaga slide. Nampak mudah bukan. Tapi macam-macam kena buat dan fikirkan. Kena key in nama penerima seramai 210 orang, kena edit background slide, pastu kena test kat screen colour tu ok atau tak, last minute urusetia bagi gambar lain untuk ditukar. Phewwww, bukan event2 biasa ye. PM yang datang haruslah ko cuak. Buatnya slide tak menjadi, tak tele ngan MC sebut, tak ke haru?

Nasib baik aku ada officemate yang bagus-bagus bagi tunjuk ajar. Meh sebut nama sket.. Tq En. Farihan. Bos no.3 Apa-apa aku refer kat dia sebab dia selalu ada depan mata dan selalu discuss itu ini nak buat macam mana. kalau dia hilang bila bos no.2 tanya "Yana, ok dah slide?", mata aku melilau cari dia dulu. Hahaha.. tolong back up.. 

Tq Shahrul! Master dalam edit mengedit design mendesign dalam photoshop. 4 tahun dia pegang tugas buat slide ni. Dan dia cakap, lepas ni aku pass kat ko lah. Huhu.. Shahrul, i'm new here. Tapi insyallah aku akan buat yang terbaik. Apa-apa aku refer kat ko lah ek..

Tq jugak buat bos no.2, Encik Zulnaidy. Kerja ngan dia sangat ok. Selalu back up anak buah dan utamakan anak buah dia masa event ni berlangsung. Hahaha! Bukan kipas bos ni ye.. Tapi truely deep in my heart. Takdelah seteruk yang disangka. Santai-santai je keje ngan dia.. Dia yang pegi follow up text MC, pegi dapatkan final attendance, panggil orang IT suh bukakkan fail pdf yg tak boleh nak bukak. Huhu, cayalah bos!

Tq tq tq tq!

Bila bekerja as a team, memang kerja akan berjalan lancar kan..Well done Wang Awam I dan II as media team for APC 2011..







♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Selamat berumur 4 bulan anakku!

baru lepas mandi. Rambut yang semakin panjang..:)

Hai puteri mama...

Hari ni genap puteri mama ni 4 bulan. Sekejap je rasa. Macam baru semalam mama beranakkan adik. Percayalah semua ibu-ibu di dunia ni pasti berasa "eh sekejap nya anak aku dah membesar, rasa macam baru semalam melahirkan".

Tiba-tiba hari ni adik tunjuk kat mama perangai baru. Adik suka menjerit. Suara adik dahla nyaring.. Huhu.. Menangis pun boleh tahan suara. Sampai babysitter2 cakap adik Vokal Terbaik. Hahaha, mama anggap itu gurauan semata. Biasalah, adikkan baby lagi. Nanti adik dah besar sikit, adik dah tak nangis-nangis dah kan.. Janji ngan mama ye..:)

Abang tu sayang sangat nagn adik. Orang lain nak dukung, nak gomol2 adik pun abang tak bagi. How sweet abang adik tu. Sangat protective kat adik. Bertuah adik dapat abang yang sangat baik macam tu. Haha, kesian orang nak pegang adik tak boleh.. Nak mama je yang boleh pegang adik ye..

Oklah adik, hari Khamis ni kita pegi timbang berat ngan ukur panjang ye. Jangan notti2 tau.. Mama ngan papa ngan abang sayangggg sangat ngan adik. Nenek ngan aki pun sayang adik. Tadi nenek tanya pasal adik. Nenek rindulah tu. Takpe takpe, nanti kita balik kampung, kita jumpa nenek k..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Welcome to the world, Rey Wadhaa Afreen!


tahniah kpd wardmate ku, Ieza di atas kelahiran puteri kedua beliau..
sebab aku panggil wardmate?
Sebab Ieza ni aku kenal kat Hospital Putrajaya. Dalam wad.
Masa Dani admit dulu..:)
Ye, anak kami sama2 warded masa tu.
Anak sulung Ieza, Rey Waffa Alya.

Tahniah sekali lagi Ieza..
Selamat berpantang!
:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Buy 1 Free 1 Chicken Foldover


Print coupon ni, pastu beli ala carte chicken foldover dapat free satu lagi...
Sampai 25 july ni je..
Cepat...
Harus grab satu ni..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Happy Saturday!


Anak-anak mak dah bangun.
Awal dorang bangun.
Maybe dah terbiasa pagi2 bangun mandi and pegi school.
Now, si adik dah tido balik.
 Marilah kita bekerja. Suri rumah sepenuh masa hari ni..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Happy belated bufday Marissa & Aqil


Mekasih ye Shahrul & Seri.
Hepi belated bufday Marissa yang ke 4 tahun
dan Aqil yang pertama tahun..
Hehe..

Gambar dr blog Seri


 ♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Dani : 2tahun 4 bulan

 Gambar ajelah ek.. sebelah tangan lgi ni aku dok pangku zara. :)

susah gak nk ajak dia bergambar sekarang..
yang elok statik je ni sebab tak sengaja tersnap..
hahaha..
abang dani, makin besar dah awak..
semoga awak menjadi anak yang soleh, dgr cakap papa mama..
dan tolongla behave ye sayang..
perangai awak kadang2 buat mama rasa nak menjerit sekuat hati..
apa2 pun mama papa adik sayang sangat kat abang tau..:)

dahla.
jenuh menaip seblh tgn ni.











♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Zara berpusing

Alahai aku taktau nak buh tajuk apa dah.. Belasah jelah ek..



Dani ni selalu nak menyelit kat adik dia tau. Tu pasalla selsema tu berjangkit. Tu habis dia tindih tangan adik dia. Adik awak ni Dani belum lagi pandai lepuk2 tau.. Nanti dia dah pandai, habislah.. haha datang dekat sikit je menyelit2 habis dilepuknya awak Dani..

pastu aku biarkan je deme bergolek2..

Tapi pelik pulak aku tengok kedudukan Zara ni..


Aik?

Dah bertukar 90 darjah.. Zara dah pandai pusing ek? Ke abang awak yang pusingkan? Hahaha.. Nanti mama buat pemantauan lagi ek..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...