Ujian Audiologi

Zara ada appointment Audiologi test masa hari Selasa minggu lepas. Appointment jam 8.45pagi. Seperti biasalah, kalau kat Hospital Putrajaya tu, kalau tak datang Subuh2 untuk pendaftaran, memang bahananya menunggulah ko selama sejam sahaja utk pendaftaran. Belum lagi check in kat kaunter2 yang nak dituju tu. Huh! Aku yang datang pukul 7.45 pun menunggu selama sejam lebih baru dapat pegi kaunter Audiologi.

Aku rasa ni prosedur baru untuk baby yang baru lahir. Sebab masa Dani dulu takde pun buat test ni. Masa aku datang tu, ramai yang datang buat kali kedua dan ketiga. Dorang semua pelik aku baru first time. Rupanya, sapa yang bersalin kat Hospital Putrajaya, baby tu terus dorang bawak untuk buat audiologi. Aku kan bersalin kat Presint 8 nun, so takdelah depa suh buat apa-apa. Just dorang bagitau, nanti dah lepas habis pantang bawak g hospital untuk buat appointment Audiologi ni.

So, dah habis pantang dan bekerja semula, baru aku teringat. Masa nak follow up ENT Dani ari tu aku walk in sekali untuk buat Audiologi Test Zara.. Sekali kena appoinment.

Nak buat audiologi tu, baby kena tido. Kisahnya si Zara ni dia dah bantai tido masa menunggu kat pendaftaran tu. Dah susahlah nak tido balik kan.. Grr, menunggu lah lama sikit untuk tidokan dia..

Tiba giliran dia, masa dia tido tu, nurse ada letak satu alat kat telinga Zara n ada graf kat komputer.. Then garisan kat graf tu bergerak makin lama makin tinggi.. Bila garisan tu sampai satu tahap, graf tu akan bagitau "Pass". Kalau anak tengah selsema or batuk memang takkan naiklah graf tu..naik naik, tapi tak sampai kat aras Pass tu. Tu berdasarkan aku tengok orang-orang sebelum aku tu lah. Tanya lah nape tak pass, anak batuk. kahak tu dah block telinga..so, dtglah next appointment.

Yang Zara, ada selsema sikit. Risau jugak dia tak lepas. Tapi alhamdulillah.. zara pass dua-dua belah telinga.


Zara @ Taska. Ngan Akif.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...