Showing posts with label Zara3bulan. Show all posts
Showing posts with label Zara3bulan. Show all posts

Wordless Wednesday #27


Gambar Zara masa beberapa hari lagi nak 4 bulan.


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Ujian Audiologi

Zara ada appointment Audiologi test masa hari Selasa minggu lepas. Appointment jam 8.45pagi. Seperti biasalah, kalau kat Hospital Putrajaya tu, kalau tak datang Subuh2 untuk pendaftaran, memang bahananya menunggulah ko selama sejam sahaja utk pendaftaran. Belum lagi check in kat kaunter2 yang nak dituju tu. Huh! Aku yang datang pukul 7.45 pun menunggu selama sejam lebih baru dapat pegi kaunter Audiologi.

Aku rasa ni prosedur baru untuk baby yang baru lahir. Sebab masa Dani dulu takde pun buat test ni. Masa aku datang tu, ramai yang datang buat kali kedua dan ketiga. Dorang semua pelik aku baru first time. Rupanya, sapa yang bersalin kat Hospital Putrajaya, baby tu terus dorang bawak untuk buat audiologi. Aku kan bersalin kat Presint 8 nun, so takdelah depa suh buat apa-apa. Just dorang bagitau, nanti dah lepas habis pantang bawak g hospital untuk buat appointment Audiologi ni.

So, dah habis pantang dan bekerja semula, baru aku teringat. Masa nak follow up ENT Dani ari tu aku walk in sekali untuk buat Audiologi Test Zara.. Sekali kena appoinment.

Nak buat audiologi tu, baby kena tido. Kisahnya si Zara ni dia dah bantai tido masa menunggu kat pendaftaran tu. Dah susahlah nak tido balik kan.. Grr, menunggu lah lama sikit untuk tidokan dia..

Tiba giliran dia, masa dia tido tu, nurse ada letak satu alat kat telinga Zara n ada graf kat komputer.. Then garisan kat graf tu bergerak makin lama makin tinggi.. Bila garisan tu sampai satu tahap, graf tu akan bagitau "Pass". Kalau anak tengah selsema or batuk memang takkan naiklah graf tu..naik naik, tapi tak sampai kat aras Pass tu. Tu berdasarkan aku tengok orang-orang sebelum aku tu lah. Tanya lah nape tak pass, anak batuk. kahak tu dah block telinga..so, dtglah next appointment.

Yang Zara, ada selsema sikit. Risau jugak dia tak lepas. Tapi alhamdulillah.. zara pass dua-dua belah telinga.


Zara @ Taska. Ngan Akif.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Bergelak ketawa depan cermin




Takde apa nak story.
Just post the photos..
:)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordless Wednesday #26


Anak yang manja.


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Happy Saturday!


Anak-anak mak dah bangun.
Awal dorang bangun.
Maybe dah terbiasa pagi2 bangun mandi and pegi school.
Now, si adik dah tido balik.
 Marilah kita bekerja. Suri rumah sepenuh masa hari ni..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Zara berpusing

Alahai aku taktau nak buh tajuk apa dah.. Belasah jelah ek..



Dani ni selalu nak menyelit kat adik dia tau. Tu pasalla selsema tu berjangkit. Tu habis dia tindih tangan adik dia. Adik awak ni Dani belum lagi pandai lepuk2 tau.. Nanti dia dah pandai, habislah.. haha datang dekat sikit je menyelit2 habis dilepuknya awak Dani..

pastu aku biarkan je deme bergolek2..

Tapi pelik pulak aku tengok kedudukan Zara ni..


Aik?

Dah bertukar 90 darjah.. Zara dah pandai pusing ek? Ke abang awak yang pusingkan? Hahaha.. Nanti mama buat pemantauan lagi ek..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Balik kampung + Dani demam panas + Nisa bertunang

Lamanya tak update blog..

Hari Jumaat malam aku balik kampung. Anak beranak. Suami tak ikut sebab dia kerja. Aku balik tumpang adik aku, Ijai. Kul 10 malam dia sampai umah then terus gerak ke kampung.

Lepas je Rawang, highway dah start jem. Argh sudah! Apsal lak ni? Dalam hati, mesti ada accident ni. Kalau tak, takkan jemnya macam nak balik raya. Tak bergerak. Start dari Rawang sampai Bukit Beruntung je kitorang dah stuck 1 jam. Takleh jadi ni. Tambah-tambah aku pulak yang drive. Ijai mengantuk. bagi can dia tidur dulu. Sementara tu sempat aku up status kat FB, minta tolong update apa yang ada kat depan sana tu sampai jem gini.

Owh rupanya ada lori terbalik. Bawak bahan kimia pulak tu. Sampai je exit Bukit Beruntung, terus aku cross situ. Ikut jalan dalam. Walaupun kereta banyak, tapi takdelah sampai jem. Kul 1-2 pagi pun banyak lagi kereta. So, tak takut dah. Kul 2.30 pagi baru sampai umah Ibuayah. Phewww!

ok, habis dah cerita jem tu.

Pagi Sabtu tu, Ibu kejut bangun awal. Aku memang langsung takleh tido dah. sebab Dani tiba-tiba demam panas. Actually, start dari rumah lagi aku perasan, apsalla Dani ni melepek je atas tilam tak aktif langsung. Aku rasa badan ni masih lagi dedar. Aku harap sampai kampung dia takde apa2 lah. Sekali sampai je kampung, suhu naik tinggi. terus mandikan dan bagi makan ubat. Sian Dani. muntah-muntah, batuk, selsema. Memang pakej lah! Papa dia pulak takde. memang sentiasa nak kat aku jelah. Nasib baik adik dia tak meragam. Ibu, KakYang n Fyqa yang tolong pegangkan. Aku jaga Dani.


Dani yg tak ceria. Merengek je.
 Umah cousin aku yang bertunang tu dekat je ngan umah Ibu. Aku jalan kaki je.


Orang yang ditunangkan bersama barang-barang hantarannya. Daripada pihak lelaki.



Si adik yang sentiasa melekat ngan MakNgah dia. Aku masa ni tengah stay ngan Dani. Dani taknak ngan orang lain. Dia baring dan nak aku ada kat sebelah dia. nasib baikla adik ko takpandai lagi nak carik mama dia Dani ui..

Ui selonggok pipi ko Zara. Tapi hakikatnya, Zara ni takdelah tembam sangat kalau tengok depan-depan. Biasa-biasa je. Haha. dah ramai yang tegur, "Eh, dalam gambar Zara tembamnya, bila depan-depan, takdelah tembam sangat.." Hahaha, lantakler, mak tak kesah nak. Janji ko sihat walafiat. tapi mak susah hati ni, dia selsema la. Mak syak dia berjangkit ngan abang dia. Abang dia suka sangat cium2 adik..Tak bagi kang menangis..

Nisa bersama en.Tunang.

Yah n Padey. Orang kuat kenduri. Yah, sambal ikan bilis ko sedaplah.

Keluarga pihak lelaki.


Lastly, gambar Dani mengamuk ajak balik.. Jum jum, dia cakap. Balik umah, mandikan dia lagi. bagi susu terus tidur mamat tu. Selesa agaknya.

Cerita Dani demam panas tak habis lagi. Nanti aku sambung..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Mama, nak pegang..

Perkembangan dia yang terbaru. Dah pandai nak pegang-pegang. Apa benda yang dia pegang sure akan terus masuk mulut. Dan apa yang ada dimulut dia akan pegang dan cabut. Example, pacifier. Aku bagi nyotnyot untuk dia diam. Sekali benda tu pun dah jadi toys dia. Sambil mulut membebel-bebel. Sedap sangat ke adek?

Hari tu, balik dari keje, ada balance ebm yang dah cair. So, kena la habiskan within 24 hours kan. 3 oz. Bagi dia minum, terus tangan dia pegang botol dan minum sampai habis. Lepas habis, dia kunyah2 nya puting botol tu. Tu bukan mainan sayang.. Bila amik, ngamuk-ngamuk tak puas hati. Haha.



Muka tak puas hati tak dapat geget2 puting tu...haha

Datang abang mau pujuk adik. Tapi, dia nak tutup mulut adik suh diam. 
Adoi la abang.

Muka kenyang kot. Ke muka tak puas hati?



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Smile Eyes


Nur Izzara Dania. Berusia 110 hari.

Dani & Zara


Sweet je tengok budak berdua ni tido. Mula-mula Dani mengamuk sebab Zara amik tempat dia. Pastu dah lama-lama tu, bila nak amik Zara taruk tempat lain, dimarahnya kite balik. Tak bagi angkat. Main-main ngan Zara then tertido. Zara pun tertido.. Alahai anak, cair hati bonda tengok kamu berdua ni.. Sayang banyak-banyak..:)



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

3 bulan Zara!



Hepi 3 months Zara!

dah selesai pun dapat jab untuk 3 months hari tu.

Berat : 5.9kg
Panjang : 60cm
Lilitan kepala : 39cm

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Pegi klinik

Entry autopublish.

Pagi ni aku bawak Zara pegi klinik untuk check up 3 bulan. Kena cucuk yo! Harap-harap dia tak demam cucuk kali ni.


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...