Balik kampung + Dani demam panas + Nisa bertunang

Lamanya tak update blog..

Hari Jumaat malam aku balik kampung. Anak beranak. Suami tak ikut sebab dia kerja. Aku balik tumpang adik aku, Ijai. Kul 10 malam dia sampai umah then terus gerak ke kampung.

Lepas je Rawang, highway dah start jem. Argh sudah! Apsal lak ni? Dalam hati, mesti ada accident ni. Kalau tak, takkan jemnya macam nak balik raya. Tak bergerak. Start dari Rawang sampai Bukit Beruntung je kitorang dah stuck 1 jam. Takleh jadi ni. Tambah-tambah aku pulak yang drive. Ijai mengantuk. bagi can dia tidur dulu. Sementara tu sempat aku up status kat FB, minta tolong update apa yang ada kat depan sana tu sampai jem gini.

Owh rupanya ada lori terbalik. Bawak bahan kimia pulak tu. Sampai je exit Bukit Beruntung, terus aku cross situ. Ikut jalan dalam. Walaupun kereta banyak, tapi takdelah sampai jem. Kul 1-2 pagi pun banyak lagi kereta. So, tak takut dah. Kul 2.30 pagi baru sampai umah Ibuayah. Phewww!

ok, habis dah cerita jem tu.

Pagi Sabtu tu, Ibu kejut bangun awal. Aku memang langsung takleh tido dah. sebab Dani tiba-tiba demam panas. Actually, start dari rumah lagi aku perasan, apsalla Dani ni melepek je atas tilam tak aktif langsung. Aku rasa badan ni masih lagi dedar. Aku harap sampai kampung dia takde apa2 lah. Sekali sampai je kampung, suhu naik tinggi. terus mandikan dan bagi makan ubat. Sian Dani. muntah-muntah, batuk, selsema. Memang pakej lah! Papa dia pulak takde. memang sentiasa nak kat aku jelah. Nasib baik adik dia tak meragam. Ibu, KakYang n Fyqa yang tolong pegangkan. Aku jaga Dani.


Dani yg tak ceria. Merengek je.
 Umah cousin aku yang bertunang tu dekat je ngan umah Ibu. Aku jalan kaki je.


Orang yang ditunangkan bersama barang-barang hantarannya. Daripada pihak lelaki.



Si adik yang sentiasa melekat ngan MakNgah dia. Aku masa ni tengah stay ngan Dani. Dani taknak ngan orang lain. Dia baring dan nak aku ada kat sebelah dia. nasib baikla adik ko takpandai lagi nak carik mama dia Dani ui..

Ui selonggok pipi ko Zara. Tapi hakikatnya, Zara ni takdelah tembam sangat kalau tengok depan-depan. Biasa-biasa je. Haha. dah ramai yang tegur, "Eh, dalam gambar Zara tembamnya, bila depan-depan, takdelah tembam sangat.." Hahaha, lantakler, mak tak kesah nak. Janji ko sihat walafiat. tapi mak susah hati ni, dia selsema la. Mak syak dia berjangkit ngan abang dia. Abang dia suka sangat cium2 adik..Tak bagi kang menangis..

Nisa bersama en.Tunang.

Yah n Padey. Orang kuat kenduri. Yah, sambal ikan bilis ko sedaplah.

Keluarga pihak lelaki.


Lastly, gambar Dani mengamuk ajak balik.. Jum jum, dia cakap. Balik umah, mandikan dia lagi. bagi susu terus tidur mamat tu. Selesa agaknya.

Cerita Dani demam panas tak habis lagi. Nanti aku sambung..

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

No comments:

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...