Tuesday, July 24, 2012

Contest Raya by SepetShop

Aku ada cerita sedih nak kongsi ni. Aku tak taulah bagi korang sedih atau tak kan.. Tapi bagi aku sangat sedih lah.. Bila anak sendiri yang tegur, lagilah aku rasa sedih. Sedih weyy bila anak cakap macam ni..

" Eiiiiii"

Dani buat muka jijik sambil tunjuk kat handbag hitam aku ni.

Apahal lak mamat ni.

Dani sambung lagi...

"otooo otooo"

Maknanya, kotor kotor... Sambil dia tunjuk kat belakang baju aku.

Bila aku tengok apa yang ada kat belakang baju aku.. Tu diaaaaaaaaaaaa... Habis bersepai-sepai dah kulit kat tali handbag aku tu.. Faham tak kulit kat tali handbag? Meh aku tunjuk gambar kat bawah ni...

bukti..

Habis bersepai-sepai. Sedihnyaaaaa.. Handbag yang banyak berjasa ngan aku dah nak tamat riwayatnya.. Aku bukanlah seorang yang pencinta handbag. Sekali aku beli handbag, aku akan pakai sampai handbag tu dah tak boleh pakai lagi. Lama jugak aku pakai handbag sekarang ni. Since Dani kecik lagi. Umur dia berapa bulan ek? 7 bulan kot. Now, dia dah 2 tahun 4 bulan. Lama kan riwayat handbag aku tu. Tu pun aku beli kat mak aku. Hehe..

Jadi, wahai Sepet, kalaulah akak dapat menang handbag dalam contest raya ni, memang berbaloi2 lah. Sebab akak akan cintakan handbag itu sampailah tamat riwayatnya...

Sekian cerita sedih aku..

Korang yang nak join, silakan. Sempat lagi ni. Syarat-syarat dia pun senang je. Korang LIKE SepetShop dan ada peluang nak menang kalau korang share gambar2 kat SepetShop tu. Tu cara nak join pakai Facebook. cara nak join pakai blog, korang kena buat cerita sedih pasal handbag. Maklumat lanjut korang leh terjah Blog Sepet The Gojes.. Hehe..




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

2 comments:

Hitam Keris Emas said...

good luck..!

:)

singgah sini dan follow

http://dengarisaya.blogspot.com

Hitam Keris Emas said...

good luck..!

:)

singgah sini dan follow

http://dengarisaya.blogspot.com