Wednesday, July 18, 2012

Di sebalik tabir APC 2011

Dulu pernh interview Penerbit rancangan B27, tp xdpt. huuu sedih..

Alhamdulillah, selesai tugas baru aku yang boleh dikira mencabar jugaklah bagi aku yang sangat baru ni Unit Pentadbiran dan Naziran ni. Seronok jugak sebab boleh involve dalam benda2 gini lah. Takdelah ngadap pc 24/7.

Tugas aku buat slide dan jaga slide. Nampak mudah bukan. Tapi macam-macam kena buat dan fikirkan. Kena key in nama penerima seramai 210 orang, kena edit background slide, pastu kena test kat screen colour tu ok atau tak, last minute urusetia bagi gambar lain untuk ditukar. Phewwww, bukan event2 biasa ye. PM yang datang haruslah ko cuak. Buatnya slide tak menjadi, tak tele ngan MC sebut, tak ke haru?

Nasib baik aku ada officemate yang bagus-bagus bagi tunjuk ajar. Meh sebut nama sket.. Tq En. Farihan. Bos no.3 Apa-apa aku refer kat dia sebab dia selalu ada depan mata dan selalu discuss itu ini nak buat macam mana. kalau dia hilang bila bos no.2 tanya "Yana, ok dah slide?", mata aku melilau cari dia dulu. Hahaha.. tolong back up.. 

Tq Shahrul! Master dalam edit mengedit design mendesign dalam photoshop. 4 tahun dia pegang tugas buat slide ni. Dan dia cakap, lepas ni aku pass kat ko lah. Huhu.. Shahrul, i'm new here. Tapi insyallah aku akan buat yang terbaik. Apa-apa aku refer kat ko lah ek..

Tq jugak buat bos no.2, Encik Zulnaidy. Kerja ngan dia sangat ok. Selalu back up anak buah dan utamakan anak buah dia masa event ni berlangsung. Hahaha! Bukan kipas bos ni ye.. Tapi truely deep in my heart. Takdelah seteruk yang disangka. Santai-santai je keje ngan dia.. Dia yang pegi follow up text MC, pegi dapatkan final attendance, panggil orang IT suh bukakkan fail pdf yg tak boleh nak bukak. Huhu, cayalah bos!

Tq tq tq tq!

Bila bekerja as a team, memang kerja akan berjalan lancar kan..Well done Wang Awam I dan II as media team for APC 2011..







♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

3 comments:

Noli@Ibu Wafa said...

;)

Errina.Rahim said...

klu tau kau yg jaga, aku suh kau tukar gambar aku...heheheh

JIVEBUMZ said...

wow hebatnyaaa nana.. kalo kat sini kan semua nak pass kat budak2 it.. budak N sume lepas tangan yg tau nak mengarah jer buat slide tu slide nie..

bestnya APC.. tak merasalah akak.. dpt merasa abg bob nye apc pon jadik lah