Dapat beskal baru


Masa balik kampung Pahang cuti raya cina dulu2..(haha, entry terperap)



Tapi sekarang basikal ni dok terperap dalam bilik no.3 
sebab dia tak pandai kayuh lagi...
Hahaha..
Jenuh aku ngan papa dia nak kena tolak..
Sori sayang...
Lagipun dia lagi suka main kereta dari main basikal ni..
:)

entry autopublish. Tuan blog pergi seminar..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Wordless Wednesday #14


Amboi! 
Jeling mama nampak!


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hidung dah kembang

Today

 Officially 38 weeks today..
Huh, makin mendebarkan..
Orang yang tgk aku semua kata, dah tak lama dah ni..
Hidung dah kembang n merah-merah..
Salah satu tanda gak tu nak bersalin dah..
Muka pun dah sembap..
Aku pujuk adik baby suh kuar 1 Mac 2012..
Hehe.. saje je.. kot-kot lah betul kan..
Leh sama bulan ngan abang baby..
Takmo lah esok - 29 feb 2012..
Sian adik baby kang sambut bufday 4 tahun sekali :)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Dapat jugak makan pulut mangga!


Semalam adik aku, Anep tulis kat status FB dia yang dia buat Pulut Mangga. Aku telan air liur je la... Dalam hati berkata, aku nak sangat makan ni. Tapi nak cakap kat husband, tak terluah.. tak tau lah kenapa.. Maybe sebab dia baru balik keje time tu..maka aku pendam saje..Takmolah nanti dia cakap dlm hati, "hai bini aku ni, ade je lagi yang dia nak makan.." Hahaha, walau dia tak cakap, tapi aku dapat rasa sebab lately ni aku mintak macam-macam nak makan... Dan yang paling terharu, sedaya upaya dia akan tunaikan permintaan aku.. Thanks sayang! Lagi satu, maybe dia tengok aku sedang sarat bawak zuriat dia kan.. tu yang dia tak sampai hati kot nak tolak segala mak nenek yang aku nak makan...Ce kalau tak pregnant, haha, mau dia cakap, nanti lah ma, papa penat ni...=p

Sebenarnya aku ok je, kalau dia cakap nanti ke ape ke...:) Aku pun takde la mintak yang melampau-lampau sangat kan.. Kita kena faham jugaklah situasi dia macam mana.. Tolak ansur gitu...=p

Pagi tadi, bangun dr tido, husband cakap, ma, jom carik breakfast.. Lagi sekali dia tak sampai hati kot tgk aku masak dah dgn perut besar gini...=p kalau dia suh masak pun aku ok je.. Pregnant kali ni, aku memang rajin masak.. Upps, terpuji diri sendiri plak..=p

Dalam kata nk g carik breakfast tu, kul 11 pagi jugak kitorang keluar.. Breakfast ape dah kan? Better lunch terus.. Ingat nk g mamak je kalau breakfast tadi.. Then aku cakap kat husband, Pa, jom kita g Warisan lah. lama dah tak g sana..

Sampai2 Taman Warisan, wahhh ada Agro Bazaar.. Sempat aku beli buah delima sebijik n buah mangga 2 bijik..

Eh! Sebenarnya nak cerita pulut mangga kan? Haha, lari dah tajuk..

Ok ok lah.. setelah melantak nasi ayam sepinggan dan sate samuri 10 cucuk (share ye ngan husband and abang baby), ternampak sign board pulut mangga.. Wahhh, pucuk dicita ulam mendatang lah kan.. Terus tercakap, Pa, nak ni... haha, husband layankan aje...

Akhirnya, dapat jugak makan Pulut Mangga! Thanks hubby!

Lastly, pic budak yang tak nak makan sangat dah sekarang ni... Risaunya mama, abang!




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Review check up 37 weeks


Lupa pulak nak review check up 37 weeks ari tu..

Berat naik banyakkkk.. 1.2 kg naiknye... Dengan ini berat aku dah nak hampir 90kg ye.. aduhaiii, jenuhla nk turunkan berat lepas ni...

Ye saya tau saya gemuk...Jangan sedihkan lagi hati ibu mengandung ni...T_T

Hb turun  pulak dah.. minggu lepas 10.7.. aku ingat naiklah kali ni.. rupanya tidak! 10.4 , Terkejut aku.. rasa dah pantang dah minum air berkaffein..hurmmm..

Urine : ok.. normal..

BP : pun ok..normal..

Jantung baby : Normal..

Kaki : Takde bengkak..

Gerak baby : bila siang tak banyak dia gerak.. nak tunggu 10 kiraan pun petang kul 5 baru habis 10 kiraan.. bila malam, tu diaaaa.. aktif.. apakah ini petanda bila keluar nanti kamu akan berjaga malam wahai adik baby? huhu...

Lain - lain : semakin perlahan movement aku.. Nak berjalan pun dah tak berapa nak larat.. nak dukung Dani lagi lah.. sangat tak larat, tapi kalau dia mengamuk, gagahkan juga angkat itu abang baby..:) Still drive pergi kerja.. Semangat nak kerja dah kurang.. Hahaha.. kat opis banyak rehat.. Sori ye bos, kalau tgk saya letak kepala atas meja..kadang-kadang mengantuk, kadang-kadang pening kepala, kadang-kadang rasa loya.. 

Sekian cerita ibu mengandung di 37 minggu ini..

Next check up on 1 Mac 2012... 38 minggu!

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Semakan Gaji SBPA : Pengumuman Penting PM 12 Mac 2012


semakan gaji sbpa Semakan Gaji SBPA : Pengumuman Penting PM 12 Mac 2012??

Kakitangan awam yang terus setia menanti dengan sabar keputusan semakan gaji SBPA 2012, tetapi belum ada kata putus yang dicapai pada masa itu. Masing-masing baik JPA mahupun Cuepacs terus melontarkan pendapat, cadangan dan hujah masing-masing, akhirnya perbincangan berakhir tidak seperti yang diharapkan. Sehinggalah……
Sehinggalah Cuepacs berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama 2 jam di pejabat Perdana Menteri bagi membincangan isu semakan gaji SBPA 2012 ini. Yang ada pertemuan pada masa itu, semestinya :
Akhirnya, Datuk Najib memutuskan untuk mengumumkan “sesuatu” pada 12 Mac 2012. Ingat sekali lagi 12 Mac 2012 yang jatuh pada hari Isnin. Katanya, pengumuman yang bakal dibuatnya berkaitan Skim Saraan Malaysia dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan lebih adil dan saksama.
Dijangka pengumuman semakan gaji SBPA 2012 itu akan dibuat di Stadium Bukit Jalil bersama-sama 15,000 kakitangan awam yang lain. Dan dengan pengumuman ini nanti, sekurang-kurangnya “bebanan kerajaan akan dapat dikurangkan” menjelang berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama sahaja lagi.
semakan gaji sbpa 2012 Semakan Gaji SBPA : Pengumuman Penting PM 12 Mac 2012??

Bagaimana adil dan saksamanya semakan gaji SBPA 2012 ini? Sama-sama nantikan pengumuman “emas” daripada Datuk Najib.


Nota kaki : Penjawat awam macam aku tertunggu-tunggu kan berita baik ni.. Tapi bila baca komen2 yang ditulis kat Beritasemasa.com, harapan tu dah sedikit punah.. Tapi sedikit sebanyak mesti ada kenaikan kot, sebab berpegang kepada artikel yang ditulis oleh wartawan Utusan kat atas ni.. " Jika isu ini tak selesai, jangan harap PRU - 13 boleh diadakan.." ataupun, Jangan harap BN boleh menang.. bak kata member opis, potensi seorang penjawat awam, bila mengundi nanti,  untuk beralih arah ke parti lain kalau isu ini tak selesai, amatlah besar impaknya... Sebabnya... Gaji sangat mempengaruhi kehidupan mereka sekeluarga...Setuju? :)

Pendapat aku je..=p

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Beloved Forever!

Capture by Ika kot.:) kat Bukit Melawati, Selangor

I love my parents!
Not that another one aaaaa..
=p


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Dah semakin maju nampaknya!

 Apa yang maju?
Aha!
Penggunaan Bahasa Melayu dia lah..
Hehehe..
Sedia maklum email2 macam ni sebelum ni mula kan dia guna Bahasa Inggeris.. (tak pernah baca pun, just scroll pastu last sekali dia suh isi nama dan sekian sekian tu lah)
Pastu dah lama-lama dia guna Bahasa Melayu yang di translate pakai google translate tu..(pun tak baca, eh baca sekali imbas je, nampak jugak suh isi maklumat pasal kita)
Kali ni, bila aku terbaca sikit, teruja pulak nak baca habis sebab ayat-ayat dia tersusun betul macam kita belajar bahasa melayu kat sekoah dulu..=p
Pandai korang ye nak menipu...
Email2 ni aku spam je..

Korang nak baca?
Bacalah!
v
v
v

Anda Yang Dihormati...

Sebelum saya meneruskan email ini dengan segala hormatnya saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Puan Nur Marina Muhammad, berasal dari Malaysia dan bekerja sebagai juru audit di bahagian audit HSBC Bank AS. Dengan segala hormatnya saya meminta anda agar menjaga isi kandungan e-mel ini sebagai amat sulit dan menghormati integritinya.

Saya ingin memberitahu anda informasi yang saya yakin akan menarik minat anda dan anda terdorong untuk membantu saya. Saya tahu anda pasti tertanya-tanya kenapa saya menghantar e-mel ini pada anda dan memilih anda. Saya memutuskan untuk menghubungi anda melalui e-mel kerana saya kesuntukan masa dan memerlukan bantuan anda sebagai rakan kongsi dalam menerima wang yang tiada pewaris berjumlah US $1.3 Juta dolar yang masih berada di dalam akaun dan tidak lagi aktif semenjak tahun 2002.

Dana tersebut akan dibahagi dengan nisbah 50/40, 40% untuk anda dan 50% untuk saya dan 10% untuk sebarang kos jika diperlukan dan dikeluarkan untuk melaksanakan urusan ini. Setelah segala urusan selesai ianya terpulang kepada anda untuk menggunakan wang tersebut untuk pelaburan, membeli hartanah atau membayar hutang. Walaupun jumlahnya tidak seberapa, saya harap anda sudi menerimanya. Saya memerlukan bantuan anda disini kerana pemegang akaun ini tidak mempunyai pewaris.

Saya mendapat tahu maklumat mengenai hal ini semasa melakukan audit dalaman. Saya telah cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai pewaris namun menemui jalan buntu kerana pemegang akaun ini tidak meninggalkan seorang pewaris pun. Saya tidak dapat membuat tuntutan ini kerana saya bekerja disini dan kerana itulah saya memerlukan bantuan anda. Saya akan membantu anda untuk menjadi pewaris untuk wasiat tersebut dan anda membantu saya untuk menerima wang tersebut. Hal ini sangat penting kerana anda perlu membuat tuntutan tersebut dalam masa tiga minggu atau bank akan memindahkan wang ini sebagai wang tidak dituntut dan menjadi hak milik negara AS.

Saya akan berikan maklumat lanjut tentang apa yang anda perlu lakukan untuk urusan ini jika anda berminat dan saya percaya bahawa urusan ini akan berjalan lancar. Keikhlasan anda untuk melaksanakan urusan ini sangat saya hargai. Pastikan anda membalas e-mel ini melalui e-mel peribadi saya (nurmarinamuhammad@yahoo.com) saya akan segera membalas email anda.

Yang Ikhlas,

PUAN NUR MARINA BINTI MUHAMMAD.



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Dani @ school


Draft yang terperap lagi..

Gambar2 ni semua masa Dani awal-awal masuk taska ari tu..

Alhamdulillah, sekarang dia dapat adapt ngan environment baru dia.. Dah nak masuk bulan ke-3 dah.. Tapi bulan Mac ni, Dani bakal bercuti selama 3 bulan jugakla.. Hehe.. kena ikut mama dia berpantang.. Huhu, risau la pulak nanti nak masuk school balik akan toghoyak-toghoyak balik.. Harap-harap tidak lah..

School atau taska ni kat bawah ofis aku je, kat tingkat 1.. Aku keje kat tingkat 4.. Lama ok aku nak tunggu turn dapat taska ni.. Seingat aku, aku booking start aku ngandung kan Dani 4 bulan lagi.. Dani dah umur setahun 9 bulan baru dapat.. Alhamdulillah, mujur dapat.. Kalau ikutkan list, ramai lagi nama kat belakang belakang aku tu.. Now, sampailah turn aku.. hehe.. Syukur.. Untuk adik baby pun aku siap-siap booking dah. Senang sekali harung dok sini.. Apa2 hal senang..


Gambar kurang jelas sebab aku dok berkejar ngan Dani sebenarnya.. dah lari laju beno sekarang ni.. Tapi cara dia lari tu kelakar ok.. Haha.. macam penguin lari...=p


Ruang untuk budak-budak tengok tv..:)


Mula-mula aku rajin gak suap dia makan pagi-pagi tu. Tapi sekarang ni kadang-kadang dah tak sempat nak suap sebab kang masuk opis lambat. Tambah-tambah plak, nanti kul 9 pagi, pihak taska akan bagi makan jugak. Pagi-pagi Dani minum susu dulu..

OK dah...

Takde penutup, sebab entry ni separuh-separuh aku buat.. takde idea..:)

Sekian..


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Untung-untung dapat kamera free :D



 Jom join contest lagi!
Untung-untung dapat kamera kan..


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Officially 37 weeks!


 Sedang menunggu saat itu..
Diharap dipermudahkan segalanya olehNya..
 Esok check up 37 minggu kat KK Presint 11.


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Sumber

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Jom grab Huggies free!


 Jom ibu-ibu..
Kita join peraduan yang Huggies buat ni..
Untung-untung dapat free sebulan punye pampers kan..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Rare!


Perghhh...
Tak sanggup aku nak on kipas ni..
Tak pasai2 jatuh ke bawah kang..
=p 
kreatif sangat ni..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Karya Sayu | Sentuhan Terakhir





Terasa sayu bila menonton iklan ini. Seorang isteri sanggup mempercepatkan proses kelahiran anaknya melalui proses 'caesarean'semata-mata untuk memberi peluang kepada si suami menyentuh buah hati tanda cinta mereka sebelum meninggalkan dunia untuk selama-lamanya.

Jelas kelihatan, kasih sayang seorang isteri tidak berbelah bahagi kepada si suami. Kasihan mengenangkan seorang anak yang baru lahir bakal membesar tanpa mengenali kasih sayang seorang ayah. Pilu melihat air mata si ayah bergenang menandakan hati hiba untuk meninggalkan keduanya. Tapi apakan daya, takdir penentu segalanya. 

Oleh yang demikian, hargailah setiap detik bersama insan-insan tersayang. Selagi mereka masih berada di dunia. Jika ditakdirkan suatu hari nanti mereka meninggalkan kita. Usahlah menyesal meratap hiba.

Sayangilah dan hargailah Ibu, Bapa dan Anak-anak kita kerana mereka adalah anugerah Allah SWT yang tidak terhingga buat kita semua. Baik buruk mereka, terimalah dengan seadanya. 

Sumber 

 mama Muhammad Dani Emir ♥

Bagi can..


Mama bagi can lah dia main bedak tu..
Sebab bedak tu dah nak habis..
Hehe..
Lagipun aku suka je dia ditempek bedak banyak2..
Wangiiiii..
Macam baby..
:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Dinner~~


Lauk simple je malam ni..
Masak main campak-campak je..
Sup sayur ngan telur mata..
Sebab tengahari tadi g kenduri kawen kat Presint 15,
so teman tak masak la heavy..

Jemput makan semua..
:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Bantulah Adik Faris



Adik Faris sebelum sakit

Gambar terkini yang diambil dari FB ayah adik Faris

Dari Hari Khamis hari tu lagi, ternampak kat Fb Ayu Raza yang dia komen and share kat FB Shamrulismawi (ayah Faris) pasal anak kecil (Faris) ini. Aku carik info kat FB ayah Faris dan Ayu tapi tak jumpa apa yang sebabkan anak kecil ni admitted.

Then tadi jalan-jalan kat blog. Terjumpa kat blog Mazidul Akmal Sidik pasal anak kecil ini. Baru la tahu kisah sebenar. 

Adik Faris ni kena sawan masa 1 Februari hari tu dan effectnya sampai ke otak. Hari keempat doctor telah mengambil air tulang belakang adik Faris dan doctor sahkan yang adik ni kena kanser darah.

Maklumat lanjut leh baca kat SINI.

Mari kita ringankan beban yang ditanggung oleh keluarga ini..

Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Awal pagi di Hari Sabtu


Baru melepasi tengah malam kot..
Jam  pukul 12.58 pagi..
Si abang baby ni dah bangun pulak.. 
Dok main2 punggah kusyen..
Lantak..

Mama tido dulu k..
Susu dah standbay tepi dia.. 
Kalau haus amik sendiri k abang baby..
:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Kemas Kemas Kemas..Bersepah balik


Mainan dia semua aku longgok dalam playpen ni.
Dulu ada bakul..
Bakul tu dah tak efisyen lagi..
Satu sebab mainan dia dah bertambah banyak..
Kereta yang banyak, tapi tak complete.. haha..
Tayar tercabut la, itu ini patah.. lantak..=p
Yang kedua, bakul tu tak pernah penuh ngan mainan dia..
Asal aku kemas, letak elok-elok..
Dia pun datang, lalu menterbalikkan bakul itu..
Mane aku tak hangin..
Lama-lama, tu yang aku campak je dalam playpen dia..


Sekarang ni pulak.. 
Dia panjat kerusi kat tepi playpen tu 
Lalu memunggah pulak dalam tu..
habis mainan dia, dia campak keluar..
Uwaaaa.. bikin mama hangin lagi!!

Mujurrr..
Papa dia cakap..
"Takpe ma, nanti papa kemas"

-nasib baik papa ko rajin anak uii-



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Review Check up 36 Weeks

Alhamdulillah..

Genap aku 36 minggu hari ini..

Alhamdulillah juga kerana kesihatan ku berada di tahap memuaskan. Tak larat bawa perut pun, pergi kerja kugagahkan juga demi sesuap nasi..:)

Kandunganku sudah cukup bulan. Bila-bila masa sahaja aku akan melahirkan.. Semoga aku dipermudahkan segala..

Ada kata-kata yang membuat kalian tersinggung tanpa ku sedar, harap maafkan.

Pagi tadi pergi klinik untuk check up perut..

Bp ok.

Hb naik sikit walaupun masih berada di tahap tak normal lagi. 10.7

Berat, naik sikit. Tapi tak naik melampau2 sampai 2 kg 2 minggu yang lepas..=p

Baby ok. Kepala still kat bawah dan dah engaged.

Pagi tadi jugak amik darah untuk FBC. FBC tu Full Blood Counter. Ni prosedur baru nurse cakap. Ibu2 yang pregnant yang dah genap 36 minggu, diwajibkan untuk amik darah sebanyak 15 mmol. Untuk apa tu tak pasti.. Nurse suruh amik, kita bagi jelah. Ape2 hal kang senang doctor nak pantau kan..:)

Ok... sekian kali ni... Mari kita mula mengira saat detik waktu jam dan hari..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Mula kenal Alphabet

Takde modal la nk update blog..

Tengok-tengok ade entry yg dok draft lagi..


Ni adalah cerita sebelum dani potong rambut.. haha, citer potong rambut pun belum up lagi..:) dah hujung-hujung nak melahirkan ni, tu lah masalahnya.. malas nk ngadap lappy.. ngadap abg baby ngan adik baby je.. Dok layan keletah abang baby la..

Ok, saje nk update milestone Dani.. Baru je mencecah 23 bulan hari Sabtu lepas.. Huhu.. besar dah anak mama sorang ni.. Sian abg Dani.. bithday dia 2 tahun mama ngan papa tak dapat nak potong2 kek.. Takpelah, kot-kot nanti time tu papa Dani balik, kite suh papa beli kek, kita potong ek.. mama tolong suap je lah.. nak makan, mama tengah pantang kot time tu..

Sekarang ni dia masih lagi berbahasa German.. haha, kadang-kadang tension aku sebab tak paham.. =p Ade la certain word yang dah proper sebutannya.. Mama + susu tapi shushu dia sebut, kira ok lah tu kan.. + Nish (maksudnya finish) + Air..(version dia, sila baca dgn sengau yer..=p) + naik (ni pun sila baca dgn sengau)..=p Air ngan naik lebih kurang bunyinye.. Sungai pun dia cakap air.. Laut pun dia cakap air.. haha, belasah je lah.. 

Aku ingat dalam proses nak perbetulkan lidah dia utk sebut word.. Takpe anakku. Pelan-pelan kayuh k.. Mama tak paksa.. :)

Lagi satu, berjaya jugak misi aku letak wallpaper ABC + tikar ABC dan lain-lain yang bergambar.. Ada la sekali dua kali aku ajar dia.. sebut satu-satu sambil tunjuk.. yang ni A, B, C.. dan bla-bla.. Alhamdulillah cepat dia tangkap apa yang kita ajar.. tapi bahasa dia lah kan.. walaupun tak betul, tapi tiap kali pegi mana-mana, kalau nampak huruf-huruf, maka akan keluarla sebutan-sebutan dia.. selalu dia terer yang huruf konsonan.. Yang a,e,i,o dan u tu.. Macam-macam bunyi.. Kelakar lak dengar.. kalau aku pakai baju yang ada huruf-huruf, kat situ pun jadi dia nak belajar.. Takpe, walaupun tak betul huruf yang dia tunjuk tu, at least dia dah kenal yang itu adalah alphabet...yeay!

Next, aku nk kenalkan dia ngan nombor ngan huruf Jawi plak..:)




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

@kampongGajah

Still here...

Teratak ayahbonda..

My home town..

Kalau takde apa2, jap lagi gerakla balik tempat mencari rezeki..

Plan nak balik petang semalam tapi..

Malam tadi, perut aku bergelodak

Akibat makan tak beringat..

2 jam aku dok terbaring lesu..

Syukur Dani ada Nenek dan Akinya yang melayan..

Kepada my bos,

Maaf sangat-sangat tak dapat datang kerja hari ni..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Selamat Pengantin Baru Intan & Adi

Dari kiri : aku, Adi, Intan and Aiman.. kawan sekolah rendah.

Firstly, Selamat Pengantin Baru Intan dan pasangannya Adi..:)

Setelah 15 tahun baru dapat kita ketemu kan...Itu pun di hari bahagiamu.. Itu pun sebab rumah parents mu dekat ngan rumahku.., kalau tak, tidak ku larat nak ku bawa perut yang sedang sarat ini.. Haha.. berapa banyak daa "itu pun"..:)

Intan Nadira binti Abdullah Sani. Kenal sejak dari Darjah 4 kot masa kat Sek. Keb. Klang Gate. Sekolah tepi jalan nun kat MRR2 nun..:) Darjah 5 ngan 6 kami sekelas.. Bergurukan Cikgu Sulaiman yang sangat garang itu..:) Lepas habis sekolah rendah, terus lost contact. Bila dah habis sekolah, baru keep in touch kat Friendster, then baru kat muka buku ni. But still tak jumpa face to face.. since 15 tahun tu.. lame kan?

The Pelamin. Simple n cantikkk..:)
Wedding Intan ni buat kat Desa Pinggiran Putra. Kat area PICC tu.. Huhu, dekat ngan rumah sewa aku dulu. So, dah block date siap-siap on 5 Feb tu dan habaq siap-siap jugak kat Enady yang aku nak pergi wedding Intan ni. Sebabnya nak jumpa kawan-kawan lama.. Memang hajat aku tercapai.. Dapat jugak jumpa geng-geng masa sekolah rendah dulu.. Nisa, Aiman, Yana, Zaleha, Naya, Diana, Shikin, Shaharis, and sape lagi ek..

Yana + Diyana + Ana (aku =p).. 
Bila dah besar makin cantik aku tengok kawan-kawan aku tu.. dah lama tak jumpa kan, jadik cam terkunci gak mulut..Segannn..hehe.. Yana siap jemput lagi wedding dia on Jun nanti. Insyallah Yana. Mase tu pun aku baru masuk keje setelah cuti berpantang 3 bulan..


Ok Intan. Thanks jemput kite tau... Seiras muka awak ngan Adi... :)

Selamat berhoneymoon..Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat..


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Pantang aku nak snap gambar


Mesti dia jerit.. Nakkkkkk!
Adoila anak.. kena tangkap gambar curi2 gayanya ni..

#entryautopublish

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Halwa telinga

Set Fire To The Rain From Adele

Halwa telinga aku sekarang...
Nak letak official video dia aku rasa macam tak senonoh plak nak letak kat sini..
So, aku amik video yang Live From The Tabernacle, London..
nak tengok official videonya pandai2la korang bukak kat Youtube ek..:)




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hadiah menang contest#3


Dari eyriqazz.com


Dari pupel.blogspot.com

#entryautopublish

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Mak borek anak rintik


Haha, kat opis aku jadi tokey kedai. Atau dengan ayat lebih faham, toley mini mart MOneyfesto.. Tak paham lagi? Tukang jual kudap-kudap untuk warga opis ni haaa.. aku tukang jaga duit, beli stok dan lain-lain.. Untung kedai masuk ke akaun Kelab Moneyfesto..:)

So, pagi-pagi lepas punch card, aku akan tarikla troli ni letak kat tempat asal dia.. sebelum balik haruslah aku simpan dalam bilik pegawai. Tumpang bilik Cik Misha ngan Cik Wan. Kang naya ada orang songlap plak barang-barangnya kang..:)


Start awal tahun hari tu, Dani asyik nampak aku tarik troli ni kan.. Last-last sekarang tarik troli tu jadi keja dia.. haha.. Punyala kuat tenaga budak ni.. Kalau nak ikutkan agak berat jugakla sebab ada barang-barang kan..Larat dia tarik.. huhu, kagum mama nak..


Aik, Mia pun nak join..:)


#entryautopublish

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Wordless Wednesday #14



#entryautopublish

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Sebak


Tengok gambar dia tengah tido, membuatkan aku rasa sebak..~~
Maafkan mama ye sayang..T_T
Mama marah sebab mama sayang...

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Skyline..

Isteri •» Abang tau x, rokok ni blh wat abang cpt mati?

Suami •» mane ade. Jodoh ajal maut, semua tuhan yang tentukan…

Isteri •» hmmmm… berapa banyak abang habiskan duit untuk rokok?

Suami •» sehari sekotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling.

Isteri •» satu hari satu kotak. Hmmm.. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200. abang mule isap rokok bile???

Suami •» pandai math lah awak ni… dri tingkatan 2. awatnya?

Isteri •» Sekarang umur abang 34. 34-14=20. and then RM25,200 darab dengan 20 dapat RM504,000! Banyakkan yang abang dah bazirkan dlm tempoh 20 tahun.

Suami •» so? Abang ade mintak duit kat awak ke nak beli rokok? Tak adakan?!!

Isteri •» memanglah takde, tapi kalau abang tak merokok dan menyimpan, skrg
abang dah boleh beli Skyline dah.. Evo ke.. semua boleh!

Suami •» Awak isap rokok x yang?

Isteri •» Tak bang…kenape tanye mcm 2?

Suami •» kalau awak x isap rokok mcm abang…mane Skyline awak?

~HeHeHe...


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

‎6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM







1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA

alangkah untung nye mnjdi seorg wanita. mgpa perlu mnjdi lelaki ( tomboy, pengkid) sdgkan byk klbhan seorg wanita... renungkan



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

5 rahsia orang Cina kaya raya




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Wordless Wednesday #13




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan + Happy birthday Kak Timah


Bagi warga Wilayah, selamat menyambut hari Wilayah..:)
Cuti kita hari ni kan..
Plan, takde ke mana-mana sebab gaji cukup2 untuk makan minum minyak kete bagi menampung lebih kurang sebulan lagi gaji.. Huhu.. tulah natijahnya bila gov bagi gaji awal ni. Lupa diri!
Dok umah, kemas umah je lah..:)
Selamat bercuti ya!
Jaga diri..:)

Tak lupa juga...
Happy birthday Kak Timah.. ofismate aku..
Kelasss Kak Timah, time birthday dia, dia bagi cuti kat semua orang wilayah..hehehe..
Semoga Kak Timah sentiasa sihat dan ceria..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...