Semakan Gaji SBPA : Pengumuman Penting PM 12 Mac 2012


semakan gaji sbpa Semakan Gaji SBPA : Pengumuman Penting PM 12 Mac 2012??

Kakitangan awam yang terus setia menanti dengan sabar keputusan semakan gaji SBPA 2012, tetapi belum ada kata putus yang dicapai pada masa itu. Masing-masing baik JPA mahupun Cuepacs terus melontarkan pendapat, cadangan dan hujah masing-masing, akhirnya perbincangan berakhir tidak seperti yang diharapkan. Sehinggalah……
Sehinggalah Cuepacs berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama 2 jam di pejabat Perdana Menteri bagi membincangan isu semakan gaji SBPA 2012 ini. Yang ada pertemuan pada masa itu, semestinya :
Akhirnya, Datuk Najib memutuskan untuk mengumumkan “sesuatu” pada 12 Mac 2012. Ingat sekali lagi 12 Mac 2012 yang jatuh pada hari Isnin. Katanya, pengumuman yang bakal dibuatnya berkaitan Skim Saraan Malaysia dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan lebih adil dan saksama.
Dijangka pengumuman semakan gaji SBPA 2012 itu akan dibuat di Stadium Bukit Jalil bersama-sama 15,000 kakitangan awam yang lain. Dan dengan pengumuman ini nanti, sekurang-kurangnya “bebanan kerajaan akan dapat dikurangkan” menjelang berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama sahaja lagi.
semakan gaji sbpa 2012 Semakan Gaji SBPA : Pengumuman Penting PM 12 Mac 2012??

Bagaimana adil dan saksamanya semakan gaji SBPA 2012 ini? Sama-sama nantikan pengumuman “emas” daripada Datuk Najib.


Nota kaki : Penjawat awam macam aku tertunggu-tunggu kan berita baik ni.. Tapi bila baca komen2 yang ditulis kat Beritasemasa.com, harapan tu dah sedikit punah.. Tapi sedikit sebanyak mesti ada kenaikan kot, sebab berpegang kepada artikel yang ditulis oleh wartawan Utusan kat atas ni.. " Jika isu ini tak selesai, jangan harap PRU - 13 boleh diadakan.." ataupun, Jangan harap BN boleh menang.. bak kata member opis, potensi seorang penjawat awam, bila mengundi nanti,  untuk beralih arah ke parti lain kalau isu ini tak selesai, amatlah besar impaknya... Sebabnya... Gaji sangat mempengaruhi kehidupan mereka sekeluarga...Setuju? :)

Pendapat aku je..=p

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

2 comments:

@e_da said...

harap biar la adil.. yg sebelum ni org atas yg dpt kenaikan lbh org bawah ada yg naik rm 3 je.. pengalaman dr kawan2 sy sendiri

AdaM Hawa said...

bile nak umum ni.. cepat2 la sikit.. hahaha.. x sabo gamaknya nak tgk gaji baru.. ;)

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...