Skip to main content

Dapat jugak makan pulut mangga!


Semalam adik aku, Anep tulis kat status FB dia yang dia buat Pulut Mangga. Aku telan air liur je la... Dalam hati berkata, aku nak sangat makan ni. Tapi nak cakap kat husband, tak terluah.. tak tau lah kenapa.. Maybe sebab dia baru balik keje time tu..maka aku pendam saje..Takmolah nanti dia cakap dlm hati, "hai bini aku ni, ade je lagi yang dia nak makan.." Hahaha, walau dia tak cakap, tapi aku dapat rasa sebab lately ni aku mintak macam-macam nak makan... Dan yang paling terharu, sedaya upaya dia akan tunaikan permintaan aku.. Thanks sayang! Lagi satu, maybe dia tengok aku sedang sarat bawak zuriat dia kan.. tu yang dia tak sampai hati kot nak tolak segala mak nenek yang aku nak makan...Ce kalau tak pregnant, haha, mau dia cakap, nanti lah ma, papa penat ni...=p

Sebenarnya aku ok je, kalau dia cakap nanti ke ape ke...:) Aku pun takde la mintak yang melampau-lampau sangat kan.. Kita kena faham jugaklah situasi dia macam mana.. Tolak ansur gitu...=p

Pagi tadi, bangun dr tido, husband cakap, ma, jom carik breakfast.. Lagi sekali dia tak sampai hati kot tgk aku masak dah dgn perut besar gini...=p kalau dia suh masak pun aku ok je.. Pregnant kali ni, aku memang rajin masak.. Upps, terpuji diri sendiri plak..=p

Dalam kata nk g carik breakfast tu, kul 11 pagi jugak kitorang keluar.. Breakfast ape dah kan? Better lunch terus.. Ingat nk g mamak je kalau breakfast tadi.. Then aku cakap kat husband, Pa, jom kita g Warisan lah. lama dah tak g sana..

Sampai2 Taman Warisan, wahhh ada Agro Bazaar.. Sempat aku beli buah delima sebijik n buah mangga 2 bijik..

Eh! Sebenarnya nak cerita pulut mangga kan? Haha, lari dah tajuk..

Ok ok lah.. setelah melantak nasi ayam sepinggan dan sate samuri 10 cucuk (share ye ngan husband and abang baby), ternampak sign board pulut mangga.. Wahhh, pucuk dicita ulam mendatang lah kan.. Terus tercakap, Pa, nak ni... haha, husband layankan aje...

Akhirnya, dapat jugak makan Pulut Mangga! Thanks hubby!

Lastly, pic budak yang tak nak makan sangat dah sekarang ni... Risaunya mama, abang!




♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
1 comment

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…