Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Bowling Akhir Tahun 2011 Seksyen Wang Awam I dan Jemputan Wang Awam II

Tarikh : 28 Disember 2011

Tempat : ARL, Alamanda

Lepas gian aku nak main bowling.. Alhamdulillah, baby pun ok.. Guna bola 9 je pastu terus ke depan n golek... Nasib ada jugak yang strike! :)











♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Suka Duka 2011

Hari terakhir bekerja hari ni. Tak ramai pun kat opis.. Hari Jumaat pun terasa sepoi-sepoi je.. Hati aku dah kat kampung dah ni.. Tak sabar tunggu malam kang.. Nak balik kampung Perak..:)

Tahun 2011 banyak memori suka dan duka yang akan terpahat dalam hati sampai akhir hayat aku..


Sekitar Januari :


Ibu mana yang tak bergenang air mata bila tengok keadaan anak macam ni.. Sehingga ke hari ni aku tak tau apa punca Dani lebam-lebam macam ni. Ikut doktor, Dani dipercayai jatuh terhantuk kat kerusi meja atau apa-apa yang keras. Ikut pengasuh taska tu, budak umur setahun yang sangat hyper yang pukul dia. Dani 10 bulan masa ni. Entahla.. hanya Allah yang tahu..


Sekitar Februari ( Ujian dariNya bertimpa-timpa, pasrah dan redha..) :


Dani berkampung kat wad selama 5 hari. Sebab lung infection dan otitis (telinga bernanah). Akibat dari demam on off + batuk dan selsema yang tak baik-baik.. http://honeysour00.blogspot.com/2011/02/dani-warded.html.

Sekitar Mac :



Dani turning to One!..Yeay! http://honey…

Kenangan..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Final Tentang Dhia

Sedang admire lagu ini..sedihhh~~~

Agak tak puas hati kan ending citer ni sebab Ku Salmi tak dapat balasan yang setimpal dengan apa yang dia dah buat kat keluarga Dhia.. Satu je la balasan yang kita nampak, anak dia si Zikir tu pun turut meninggal disebabkan serangan angin ahmar.

Aku suka watak Dhia yang dibawa Nora Danish. Memang kelasss lakonan Nora. Sesuaiii.. Dengan muka dia yang comel dan manja kan.. Sape setuju? :) En.suami konfem yang akan angkat tangan dulu..Peminat setia Nora Danish =p

Maka dengan itu, en.suami dah asyik berzikir kat telinga aku nak nama Dhia Dania kalau yang keluar dari perut aku nanti adalah baby girl.. Dhia Dania Qaireena katanya.

Adoi wahai suamiku intan payung.. panjang sangat tu. Sedar tak nanti kalau anak-anak ni masuk sekolah siapa yang akan amik part tulis nama anak kat buku sekolah dorang kalau tak mama dia ni kan.. Nurdania sudah..=p

Lagi satu, aku ada masa lebih kurang dua bulan lagi nak deliver. Kot-kotlah masa tu, ada slot Akasia lain pulak yan…

Video Call with Dani

Video..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

MOU Mengenai Pelaksanaan SBPA antara JPA-CUEPACS

MOU Mengenai Pelaksanaan SBPA antara JPA-CUEPACS telah ditandatangani pada 28 Disember 2011. Diantara perkara yang dipersetujui ialah:-

1. Pelaksanaan SBPA berkuatkuasa pada 1.1.2012. Tarikh akhir penyerahan kembali borang opsyen SBPA ialah pada 15.1.2012. Manakala tarikh opsyen umur persaraan 60 tahun kekal pada 16-30 Dis 2011.

2. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan dengan kelayakan masuk minimum SPM akan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Hasil kajian akan dibincangkan bersama untuk persetujuan pelaksanaan.

3. Mana-mana penambahbaikan yang melibatkan implikasi kewangan akan dibawa untuk pertimbangan kerajaan. Ini termasuklah isu gaji pegawai berada dalam tempoh maksimum yang lama akan dikaji oleh JPA dalam tempoh 3 bulan.

4. Pelaksanaan Exit Policy melalui Panel Penilai dimana CUEPACS terlibat sebagai pemerhati. Markah prestasi kurang daripada 60% dijadikan asas penamatan perkhidmatan dengan faedah persaraan. Markah 65% dan keatas boleh dipertimbangkan pergerakan gaji.

5. Naz…

Mural pertama

Mural ye bukan Mirul..sebut betul2.. Hahaha..

Ni adalah mural pertama Muhammad Dani Emir bin Ahmad Zaidi.. Dan tempat kejadian adalah kat rumah nenek n aki dia..

Adeiii..habis lahh..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Pengumuman Khas Yusry Kru Dan Lisa Surihani Di Marriot Putrajaya Resort

1059hrs – Ramai pihak media sudah berada di’sini menikmati sarapan pagi. Masih tiada kelibat Yusry KRU atau Lisa Surihani. 1115hrs – Pihak media sudah di’iringi masuk ke dewan utama di’mana acara pengumuman khas akan di’katakan. Dramatik. 1117hrs – Ahli keluarga Yusry KRU bersama pasangan kekasih ini masuk ke dewan mengambil tempat. Juga ibu Lisa Surihani. 1121hrs – Yusry KRU on mic. Kata sidang media ini perlu untuk berlaku adil untuk semua media. 1122hrs – Yusry KRY akui yang keluarga beliau sudah mengunjungi keluarga Lisa Surihani untuk menghantar tanda. Dan, majlis sidang media pengumuman khas ini memang untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka. 1130hrs – Yusry KRU & Lisa Surihani akan bernikah pada 23 Februari 2012 dan akan menjalankan resepsi perkahwinan pada 26 Februari 2012. Majlis pernikahan Yusry KRU & Lisa Surihani akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan resepsi perkahwinan akan di’adakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC). 1…

Atiya Zafirah binti Anas Zuhair

My Cousin's Baby - Ain Butterfly




Cute kan? :) Terima kasih Ain dan Anas kerana bertandang ke rumah Kak Nana dan membawa buah tangan iaitu buah rambutan.. *erk, apsal aku skema sangat nih? =p
♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Maksu vs Dani

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Cucu Aki :)

Ni Aki Dani.. aka ayahanda aku yang tercinta.. Suka melayan Dani..:)
Yang kat atas kepala ayah tu ialah helikopter kontrol punya muncung..=p


Dani pun ngikut..Hehe.. Comel!



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Dani @ kenduri kahwin

Uwaaa, dani pegi kenduri lagi.. jeles mama nak oii..=p Jom layan gambar-gambar yang di upload oleh Maksu Dani..:)







♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Duit kertas baru

Cantik kan kaler nya.. Warna warni..:)
Wang kertas ni akan memasuki pasaran pada tahun 2012 nanti..:)
♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

LOW HB KETIKA HAMIL...BOLEH MEMBAWA MAUT

Credit to DazzlingMom

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin Punca kurang darah: Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :- Kurang memakan makanan mengandungi zat besiIbu yang kerap bersalinJangkitan cacingPendarahan dari faraj atau buasirLain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah? Tanda - tanda yang biasa dirasa/dialami ialah: Kelihatan pucatSentiasa rasa letih lesuRasa mahu pitam bila bangunSentiasa rasa peningBengkak kaki dan mukaKebas kaki dan tanganRasa mengah dan hati berdebardebarBagaimana kurang darah boleh dikesan? Keadaan ini dapat dikesan awal jika datang klinik untuk pemeriksaan sebaik sahaja mengetahui yang diri anda mengandung. Semasa pemeriksaan, jur…

Video fav Dani

Maksu Dani cakap, Dani cukup suka tengok video ni. Sambil dia pun buat-buat main gitar dan senget senget kepala.. Haha.. lawok lawok..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Geng Maksu..=p

Maksu Dani yang edit..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hadiah menang contest

Syukur alhamdulillah... Hasil kerajinan aku menjoinkan diri ngan contest-contest kat blog ada jugak rezeki aku untuk menang..:) Korang kalau takde keje atau terlebih rajin tu, join la contest2 yang ada kat blog aku yg lagi satu tu.. >>> http://iwishiwillwin.blogspot.com Mane tau ada rezeki korang pulak..:)

Ni antara hadiah-hadiah yang dah sampai ke tangan aku..

First dari Ummi Nayli Collection. Dapat first prize..


Second dari My Super Kids, dapat hadiah saguhati : multivitamin. Aku dah google pasal vitamin ni, sangat elok untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. Tambah-tambah bagi ibu mengandung yang Hbnya rendah macam aku.. Moga-moga Hb aku akan naik untuk next check up..


Ketiga dari Big Eyes Shop.  Dapat cloth pad. Selama ni aku dengar cloth Diapers je.. hehe.. Cloth Pad pun ada jugak.. Lepas bersalin nanti lah baru try pakai..:)


Keempat dari Tieha Maliki. Main teka teki kat blog dia, tepat pulak jawapannya..:) Thanks Tieha..


Ada lagi yang belum sampai ke tangan aku.. Nanti da…

Kek Kukus Coklat

Tiba-tiba macam terRajin pulak nak membuat kek ni..
Nak resepi?
Bahan A :

2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonat
(Semua bahan-bahan ni diayak bersama)

Bahan B :
2 biji telur
2 cawan gula
1 1/2 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1 cawan air
(Dipukul hingga gula hancur)

* Bahan A dan B dicampur dan gaul sehingga sebati..Lepas tu kukus selama 1 jam..

Kalau nak buat topingnya..

1/4 butter
3 sudu gula
1 cawan susu cair
1 coklat bar
(Masak secara double boiled sampai pekat)

Selamat mencuba!..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Bila Dani pergi makan gulai

Hak hak hak! Makan Gulai tu pergi kenduri kawen lah ye kawan-kawan.. Bahasa orang kelantan tu..:)


Sakan ye kau nak, dok kampung ngan Aki n Nenek asyikla pergi umah kenduri kawen.. Mama menjeles nih!! Dahla mama ngidam nak makan nasik minyak orang kenduri kawen kat kampung ni.. huhu.. kenduri kawen kat bandar tak nak.. Nak kat kampung jugak.. Kan ada lauk ayam masak merah, daging gulai.. pastu ada bau-bau kawah gitu kan.. Haaaa, mane nak memcarik nya ni wahai suami ku sayang..=p

Terima kasih Maksu Dani sebab uploadkan gambar-gambar ni kat FB..:) Love u muah muah..


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Smart..:)

Sebuah pesawat yang membawa 5 org penumpang telah mengalami kerosakan enjin dan tinggal masa utk terhempas. Malangnya hanya ada 4 beg payung terjun sahaja di dalam pesawat tersebut.

... ... Penumpang pertama berkata...

" Aku Datuk Lee Cong Wei. Malaysia amat memerlukan aku dalam kejohanan All England. " lalu dia pun mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pula berkata...

" Aku Mark Zuckerburg. Takde aku, takde Facebook. So biarkan aku hidup. " lalu mengambil beg kedua dan terus terjun.

Penumpang ketiga muncul...

" Aku presiden Amerika Syarikat George W. Bush. Aku ada tanggungjawab untuk menjaga negara dan rakyat. Tambahan pula aku seorang presiden yang terpandai dalam sejarah Amerika. Aku juga bla bla bla... " 10minit berlalu, dia mengambil beg ketiga dan terus terjun tanpa menoleh kebelakang.

Penumpang keempat pula Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun.

Katanya :

" Aku seorang muslim dan biarka…

Cara Terbaik Mengunci Basikal Anda

Anda ada masalah kecurian basikal yang kerap ...? apa kata anda cuba cara ini pulak... pastinya tak ada orang lain yang boleh mencuri basikal kalian yang dikunci dengan cara seperti ini hehe ..



Sumber: idbite.com

sumber : http://adanaberkat-petuaideadanpandangan.blogspot.com/2011/12/cara-terbaik-mengunci-basikal-anda.html

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

TESCO: FREE Back To School Coupon

With uniform purchase worth RM30 and above


Valid till 2 January 2012. While stocks last.


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Mak bapak berhabis duit hantar anak belajar ke luar negara, sudahnya si anak membalas dgn sebegini rupa..

Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas u…