Friday, December 16, 2011

Terjumpa 'orang lama'

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ni edisi meluah perasaan jap ek.

Kejadian dah lama. Takdelah lama mana pun, kira-kira 2 minggu lepas.

Apa perasaan kalau korang terjumpa 'orang lama' yang pernah singgah dalam hati?

Perasaan aku, aku tak de hal dan tak heran pun. 
Sebab aku tau yang beliau memang telah menetap di kampung dan isterinya juga sama. 
Mana aku dapat tau info tu, alah, kengkawan juga yang bagitau.. 
Dah nama satu kampung kan, mana-mana pegi, pusing sini pusing situ, orang akan bercerita. 
Itupun nasib baik aku tak bertembung depan-depan. 
Eh! Kalau tembung depan-depan pun tak kisah de!
Bukan ada apa-apa pun. 
Dia dah kawen, aku pun dah kawen. 
Aku nak masuk anak kedua, dia... ntah, lom ada lagi kot. 
So, takde dah perasaan yang bukan-bukan tu. 
Dah mati!

Berkawan semula pun tak, berdendam pun tak, marah pun tak.. 
Dah takde jodoh nak buat macam mana kan? 
Syukur alhamdulillah, lepas dah tak berkawan lagi, kami tak pernah terjumpa di mana-mana hampir 10 tahun kot sehingga lah pada hari Selasa itu..

Dan kalau tertembung pun, maybe dia dah tak kenal kot =p. 
Bentuk fizikal aku berubah 100% bila pregnant anak kedua ni..:) 
Of kos lah kan.. 
Tanyalah ibu mengandung yang lain, sedikit sebanyak mesti larilah shape asal. 
Takpelah, itu bukan jadi hal yang besar pun. 
Nanti isteri beliau pregnant, akan mengalami benda yang sama juga. 
Tak perlu nak mengata yang aku ni dah gemuk atau lain..:) 
Yang penting, suami cakap "mama seksilah kalau mengandung"  
Hahaa.. over di situ.. 
Betulkan? 
Siapa setuju?

Nota kaki : pada yang berkenaan, aku tak pernah kutuk-kutuk ko kat blog. So, please jangan mengguris hati aku lagi..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

2 comments:

LydSunshine said...

Awk, sama je macam saya ayat yg terakhir tu. Saya tak pernah ngutuk dia depan suami saya, saya harap dia pun tidak mengutuk saya depan isteri dia. Sbb bile isteri dia masih bercakap tentang kisah bertahun2 lepas tu dlm blog, saya rasa... they're really stupid.

JIVEBUMZ said...

kali pertama dan terakhir jumpa org lama pada majlis kawen nana hehe