Dalam hati ada taman

Lately ni, kerap benar aku berjauh hati. Dengan siapa? Aku pun tak tahu. Dengan laki sendiri pun ada juga. Dah tak larat nak merajuk sebab dia dah tak rajin nak pujuk. Sebab bila dipujuk, aku ni tak terpujuk2. Saja tunjuk ego. Last-last sendiri yang merana terduduk.

Dengan kawan? Hurmmm, ntahlah. Yang itu begitu yang ini begini. Macam-macam. Susah aku tak tafsir. Last-last aku buat tak tahu saja. Kemudian baik sendiri. Kadang-kadang kalau dah tak tahan dan rasa nak menangis, kat Enady lah aku cerita semua. Dia selalu nasihat, "jangan fikir hal orang, mama fikir hal mama, hal kita je. Masa depan kita. Kalau kita fikir hal orang, tak ke manalah kita. Di takuk tu jugakla duduknya. Satu je mama fikir, orang ada fikir hal kita ke? Banyak lagi benda lain yang dorang nak fikir daripada fikir masalah kita. Huhuhu, lagi banyakla air mata aku keluar.

Dengan anak? Hahaha, dia asyik-asyik papa dia. Sikit-sikit papa. Macam mama ni dah tak wujud bagi dia. *Gile ke hape aku nak sentap ngan anak. Haha. Sebab aku garang sangat kot. Kalau tak garang, nanti dia naik lemak. =p

Tanggung Kerja

Rozi dah bersalin Jumaat ari tu. Makanya aku yang akan tanggung kerja dia selama 3 bulan. Fuhhh... Dan dengan itu aku tak boleh cuti selama 28 hari berturut2 ya. Melainkan Emergency Leave. Harap-harap tiada apa-apa rintangan yang mewajibkan aku cuti.

Harap-harap kesihatan Dani pun ok. Kesihatan aku juga. Kesihatan family-family ku jua. Dan kamu-kamu semua...Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.. *dah macam mengarang surat. =p

Ok. Out dulu. Mulai saat ini, malam-malam je aku rasa aku boleh update blog. Kalau ada kesempatan di siang hari, insyallah aku akan update. :)

Jaga diri semorang tau..

Bos kecik

makan ape ntah namanya. perisa stroberi. Dia suka. 4 batang habis.

Petang tadi aku terpaksa bawak Si Manja ni ke opis. Babysitter nya bercuti seminggu. Pagi, papanya jadi Mr. Mama sampai kul 3, petang aku pulak jaga. Tapi hari ni baru hari pertama. Dia punya buat perangai, susah aku nak buat keje. Awal-awal je behave. Senyap je. Dah lama-lama, amek ko! Semua serba tak kena. Ingat nak extand la kul 6 baru balik umah tapi belum pun kul 5.30 petang aku dah balik. Huh, selamat lagi dok umah. Kat umah senang aku nak handle.

Dani buat geram. Haha, lawakla muka ko Dani. =p

Esok, harap-harap babysitter yang nak jaga Dani dari pukul 3 petang sampai kul 5.30 ok. Huhuhu, rasa menyesal tak hantar Dani balik kampung, minta tolong ibu yang jaga. :( 4 hari lagi untuk ditempuh.

Fried Oreos? Oreo Goreng???! Ade ke? Oh yes, #Sheznie serves them. Chck out #MilkADeal now!

klik sini ------->>>>>Fried Oreos? Oreo Goreng???! Ade ke? Oh yes, #Sheznie serves them. Chck out #MilkADeal now!

RM RM RM RM RM RM RM RM RM


Mataku berblink-blink RM je ni. Hahaha...So, bayangkanlah korang baca tajuk kat atas tu sambil nampak atas kepala aku keluar RM RM je. =p

Last week, hari Rabu kalau tak silap dapat RM0.80. Esoknya RM1. pastu bila check pagi ni tengok-tengok dah RM8.++. Mau tak bersinar bercahaya mata ko tengok duit. =p Walaupun sikit je, atleast naik jugakla sehari sehari kan. Lagi laju wey daripada BE Nuffnang. *Dah lama tak dapat BE..:(

Actually, aku dah register lama dah ChurpChurp ni. Tapi tak terbuat assignment nya. Pastu busy pulak. Email yang dorang hantar aku buat taktau je. Hehe. Maafkan ku ChurpChurp.

Baru last week, aku baru bergiat cergas dalam ChurpChurp ni. Tak sangka dengan kerajinan aku ni post sana sini iklan ChurpChurp, earning dia naik dengan cepat. Kalah Nuffnang. Tapi Nuffnang pun aku tetap setia dengan dia. Lagipun ChurpChurp ni bawah company yang sama jugak. Royalty Nuffnang aku dah pernah cash out dulu. Kali ni, nak kumpul banyak2 dulu baru nak cash out.

So, korang, sesape yang belum register ChurpChurp klik sini.

Tak rugi pun. Kalau korang rajin buat assignment ChurpChurp ni kat Twitter ada Facebook, banyaklah korang dapat. Tak susah pun nak register ChurpChurp ni. Isi borang pastu submit. Habis cerita. Sekejap je nanti dah dapat assignment dari dorang. :)

Jom register. http://www.churpchurp.com/AnaLyana/invite/

Berbaloi-baloi.:)

Melawat baby Rozy

putih melepak dan tembam.

Hari Jumaat yang lepas, Kak N cakap, kalau Rozy bersalin ari ni, esok kita g tengok nak? Aku pun setuju sebab memang takde hal pada sebelah pagi keesokan harinya.

Sebelum tu, Rozy bersalin memang tepat-tepat due date bersalinnya. Puas dipujuk babynya agar keluar on time. Akhirnyaaaa... Tepat jam 4 plus-pluslah *tak ingat pukul berapa, baby Rozy keluar. Seberat 3.15kg. Baby Girl. Di Hospital An-Nur, Bangi. Normal beb. Tahniah Rozy kerana berjaya melahirkan bayi anda secara normal. :)

pandai dia bukak mata, dani dulu jenuh kena kejut..tak bukak2 jugak matanya.

Hari Sabtu, seperti yang dijanjikan, kami melawat Rozy dalam pukul 10.30 pagi sampai ke hospital berkenaan. Kami tu, aku bawak Dani. Kak N ngan dua orang anaknya, Fiqah dan Zaifah.

tumpang katil jap ye aunty Rozy, caye haus lah..=p


terpaksa amik gambar Dani demi untuk metenteramkan dia. =p
dah melasak budak ni. takmo duduk diam.



Taktau kenape Dani taknak baring atas katil tu. Nak berdukung jugak.

tgk mata Zaifah n Dani. tak lekang2 mata tgk baby..:)

Welcome to the club Rozy..:)

Jom kita pegi Spa!

Klik sini ------>>>>>Bring ur girlfriends along & look good together at #TiniSpa ! #MilkADeal

Mama memang suka sakat dia


Nak keluar. Aku tengah bersiap-siap ni, sibuk nak mintak dukung. Takut sangat kena tinggal. Hihi..
 Menangis beria betul. Sampai meleleh-leleh airmata. =p


Jangan risau lah Dani. Mama ngan papa takkan tinggalkan awak punya..:) *macamlah dia faham..=p

*Drama lebih Dani ni..=p

Himpunan Sejuta Belia - Hari Belia Negara Mei 2011 Putrajaya


 Link FB : Himpunan Sejuta Belia 

Jom ramai-ramai kita memeriahkan suasana. Mesti fikir, jalan nak masuk Putrajaya hari ini, esok ngan tulat akan jadi sesak kan? Jangan risau, banyak parking disediakan. Dan trem pun ada disediakan. Takyah naik kete. Park and ride. Sesuai dengan konsep sedia ada di Putrajaya ni. :)


Sempat lagi aku snap masa on the way nak pergi kerja pagi semalam. Hehehe..



Gambar kat atas ni pun gambar aku snap dari Bahagian MKD, MOF. :)

Jom kome, tengahari ni rehat lama kan, apa lagi...terjahlah...Jom heboh TV3 pun ada!
  

Hari-hari Check earning Churp Churp. Seronok tengok angka tu makin naik..Jom korang join. Tak rugi punya...:)

Klik sini..>>>>>>>> Hari-hari Check earning Churp Churp. Seronok tengok angka tu makin naik..Jom korang join. Tak rugi punya...:)

Tidur awal, bangun pun awal


Gambar pada pukul 5.30 pagi hari ini..Biasa Dani memang macam ni. Lepas Maghrib memang time tido dia. Kalau mata dia tahan, paling lama pun lepas Isya' la, pastu konfem akan tantrum. Hahaha.. Tu yang bangun awal tu. Pukul 5.30 pagi dah segar bijik mata. Aku selalu bangun pukul 6. Jam memang set pukul 6 pagi. Bergantung dengan jam je. Tapi kini tidak lagi. Alarm aku adalah Dani. =p

Kul 5.30 pagi bangun rupanya nak poo poo. Hahaha. Teruslah aku mandikan dia. Mandi air suam ye. Kang sian dia lak kalau mandi air biasa, sejukkk..

Sempat lagi aku update sebab nak tunggu pukul 6 jugak. Hihihi..=p

Babai korang, jumpa kat Opis nanti..:)

Can you sing, act or dance? Put your costume on & show your eternal love to Perodua today! #PeroduaLagiBest

Can you sing, act or dance? Put your costume on & show your eternal love to Perodua today! #PeroduaLagiBest

Sape nak join?



Dah lama aku tak bukak cerita pasal Tupperware. Blogshop tu pun aku tak ingat passwordnya. :)

Bila dapat catalog baru minggu lepas, aku teruja teruja teruja betul dengan snowflake Wonders ni. Serius cantik gila! Lawa-lawa. Comel-comel.

Harga pun not bad juga. Nak beli sekali harung, sure rasa macam hurmmm, benda lain lagi banyak nak beli. Susu, pampers anak. Bagi yang bujang-bujang tu mungkin rasa tupperware ni kurang berguna. Tapi boleh jugak beli untuk bagi hadiah sempena Hari Ibu ke, kawan baik kahwin ke kan.. Sure dorang tersenyum lebar dan akan ingat sampai bila-bila.

Dengan itu, aku nak anjurkan satu sistem kutu untuk kita beli Snowflake Wonders ni. Cara-caranya,

i) Harga retail satu set RM222.00. Dapat Square Round tu 4pcs+Medium Square Round 4 pcs jugak dan Double Square Round 4 pcs jugak. Plus dapat Double Square Round 600ml 2pcs.

ii) Automatik jadi ahli Tupperware. Cuma tambah RM60.00 dan korang akan dapat satu kitbag + Modular Mates Round 440ml 2pcs dan Modular Mates Oval 1.1L 1pc.

iii) Bila dah jadi member, automatik harga retail Snowflake Wonders tu akan ditolak 20%. Jadi RM177.00.

iv) RM177 + RM60 = RM237

v) RM237 dibahagi dengan berapa orang yang nak main kutu barang ni. Katalah 4 orang, maka RM237 bahagilah dengan 4 = RM59.25 seorang setiap bulan selama 4 bulan.

vi) Pada siapa yang dah jadi ahli, bulan tu setiap orang hanya perlu bayar RM44.25.

vii) Semua kos di atas tidak termasuk kos penghantaran ye. Kalau korang area-area Putrajaya atau Bangi, aku pas by hand je. Kalau luar dari kawasan, maka pada bulan yang dia dapat tu akan tambah lagi kos untuk penghantaran gitu.

Tunggu apa lagi, sesiapa yang berminat, emailkan kat aku k.. anacomey_84@yahoo.com

Terima kasih pada yang concern

Terima kasih Nur Ain Zulaikha,

Hehe, aku pun tak perasan kalau Ain ni tak tegur. Aku menerima tegurannya dengan hati yang terbuka. Saling ingat mengingati kan..


Actually, Dani belum pandai memanjat lagi. Sofa pun dia tak reti nak panjat. Tu yang berani nak letak kat situ kerusi tu. :) Dan juga balkoni kat umah tu dia ada dua lapis. So, kebarangkalian untuk Dani memanjat dan jatuh 90/100 la. But! Aku akan sentiasa berwaspada. Thanks Ain. :)

NUR AIN ZULAIKHA has left a new comment on your post "Petang yang damai": 

kak..saya tengok gambar yg last tu ade kerusi kat balkoni..saya tegur sikit eh..kot2 akak xperasankan..saya ase takut plak tgk sebab takut nnt dani panjat kerusi tu n amo jadi bukan2..dani kn da lasak..mane tau terlepas pandang nnt..harap alihkan ye..bile nk duduk situ baru la letak..sori kak.. 



Posted by NUR AIN ZULAIKHA to ana.ady.dani's blog at 23 May 2011 10:41

Tragedi Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim

Salam Isnin semua..

Petang Sabtu yang lepas, kita semua dikejutkan dengan satu tragedi tanah runtuh yang meragut 16 nyawa. Satu peristiwa yang akan terpahat dalam memori seluruh rakyat Malaysia sampai bila-bila. Sama macam Tragedi Highland Towers 18 tahun yang lalu.

Masa kejadian cuaca cerah. Kat Putrajaya la. Kat tempat kejadian pun cerah. Menurut berita. Cuma hujan malam sebelum kejadian. Kejadian berlaku pukul 2.30 petang. Masa tu aku tengah sibuk bertwitter, Dani main-main kat hall., takmo tido. Perasan tweet daripada Budiey.com, yang bagitau ada landslide kat Hulu Langat. Pastu baru banyak twitter dari Berita Harian dan orang-orang lain juga.

Terus aku on tv. Nak tengok berita terkini pukul 3.30 dan 4.30 petang. Memang menyayat hati. Sebak rasa. Air mata memang dah berjurai-jurai. Aku memang sensitif orangnya. Pantang ada dengar cerita sedih-sedih ni. Konfem air mata mengalir laju. Belum lagi kena marah. Kena tegur sikit automatik air mata jatuh. Haishhh, murah sungguh air mataku. Dah tahan sehabis mungkin pun jatuh juga. Eh, dah lari topik. =p

Semalam hari Ahad, memang duduk rumah saja. Lepas pegi pasar, rehat lepak-lepak je kat rumah. On tv, untuk mengetahui perkembangan Tragedi Tanah Runtuh tu. Berita tv9 pukul 12.00 tengahari tu, memang lama memaparkan berita tragedi tu. Ada satu scene tu, wartawan TV9 menemuramah ADUN Semenyih, Datuk Hj. Johan bin Abdul Aziz. Beliau berkata, 15 minit sejurus kejadian tu berlaku, Beliau terus datang ke kawasan tragedi. Dan sempat menyelamatkan mangsa-mangsa yang tertimbus. Beliau kata lagi, beliau nampak ada kaki mangsa, tapi bila korek tanah tu untuk tarik mangsa, kaki tanpa badan yang keluar. Sebelah kaki sahaja. Huhu, ngeriii..

Pagi tadi, masa on the way ke office, kat Hot FM pun cerita pasal tragedi ni. Sokong dengan kenyataan seorang pemanggil ni, mangsa-mangsa yang terkorban tu semuanya kecil2 lagi. Mana tahu mungkin salah sorangnya nanti bila besar ada yang akan mengharumkan nama negara. Lagi sebak bila dengar dia cakap macam tu.

Semoga roh semua mangsa dicucuri rahmatNya. Kita yang masih hidup sedekahkanlah surah Al-Fatihah. Al-Fatihah...

Note : Tak nampak dan tak dengar pun MB Selangor turun padang. Apa cerita?

Foto THE STAR Oleh AZMAN GHANI

Seorang penghuni yang tercedera dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal di Hulu Langat, Sabtu. - Foto BERNAMA

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.


- Foto THE STAR Oleh AHMAD IZZRAFIQ ALIAS 






Operasi mencari dan menyelamat


Petang yang damai


Petang-petang Sabtu ni korang g mana? Aku pagi tadi pegi ziarah kakak ipar yang sarat mengandung kat Nilai nun. Kul 2 petang balik sebab Enady nak keje kul 4 petang. La ni tengah lepak-lepak kat umah ngan Dani. Kul 6 petang kang nak bawak Dani turun main playground kat bawah umah ni.


Sementara ni, biarkan dulu dia main kat balkoni ngan hall puas-puas. Hari cuti ni baru bukak sliding balkoni tu. Kasik dia lepas untuk main. Hari-hari biasa, tak digalakkan sebab balik dari amik dia dari umah BS dah nak dekat senja kan. Papa dia pesan jangan bagi main kat balkoni. Bahaya. Hurmm, aku turutkan ajelah..:)


Selamat berhujung minggu. Masih berkira-kira nak pegi ke mana esok.:)

Are you always on your toes for sounds at night? Get #ADT & get a good night's sleep.

Are you always on your toes for sounds at night? Get #ADT & get a good night's sleep.

Dani vs atuk nenek Pahang

Papa Dani ikut muka sape? Suka tgk mak, berseri-seri je muka..:)

Jom kita berkenalan dengan atuk dan nenek Pahang Dani. Rasanya aku jarang show off abah ngan mak mertuaku kan. :). Dan ini adalah kesinambungan yang aku travel 3 negeri tu lagi. Lepas pegi pantai, balik tu memang kepenatan gila! Esoknya, rehat satu hari dan malam baru gerak balik Putrajaya. Dan esoknya juga aku adalah keje. Arghhh, penat!! Kain baju biar dulu. Balik keje baru setel dan baru bersemangat nak buat bila penat dah hilang sedikit demi sedikit.

Dani dan atuk.
Dani mengada-ngada tau. Mula-mula sampai bukan main lagi ko menyombong ngan atuk dan nenek ye. Asal atuk nak dukung je, ko lari-lari kat mama ngan papa. Bila nenek nak dukung, ko dah meronta-ronta. Tension mama tau nak tolong nenek masak. Tunggu dia tido baru aku boleh masak dengan aman. Tu pun separuh mak dah masakkan. Haruslah aku suruh mak rehat-rehat je lepas tu kan. Sama je. Kalau aku balik Perak pun, tetap aku yang akan masak. Cuma bila tang sambal belacan tu je yang aku nak ibu jugak yang buat. Sedappp wooo sambal belacan mak aku.


Dah nak balik barulah Dani nak ngan atuk n nenek. Kesian dorang. Dahla dorang dah lama tak jumpa awak tau Dani. Jual mahal betul. Suka betul mak ngan abah dapat dukung Dani. Siap lambai-lambai lagi bila aku ajak masuk kereta..hampesss mu Dani. Tapi sayangnya, kita balik umah atuk nenek kejap je. Nanti kita balik lagi jenguk atuk nenek Pahang dan Aki nenek Perak. :)

suka betul main bendul pintu bilik tu. Nasib baik tak tersembam.

Sekian dulu entry untuk penutup hari Jumaat. Selamat berhujung minggu kawan-kawanku. :)


Ada orang belanja nasi kerabu hari ini



Terima kasih En Zairul, kerana sudi belanja kami semua makan nasi kerabu. 
Sedapppp..
Semoga En. Zairul dan keluarga murah dengan rezeki limpahan dariNya.


Blogger Momma Gathering @ Cyberjaya

Sweetkan. I like this pic. :) Dani dan Naurah. First time met.

Firstly, maaf kalau kehadiranku tidak disenangi. Bukan apa, kat event di FB aku dah click not attending tapi tetiba aku datang pulak kan. Dahla datang takde bawak hadiah pun. Terasingnya diriku. Tapi dapat jugak goodies. Thanks JueRayyan. Organizer of the Day. Gud job Jue. Walaupun cuaca agak panas dan anak memasing mula buat perangai. Haha. Termasuk anak aku.

First time jumpa Shaz n Raisya..:)
 Mula-mula, memang aku rasa tak dapat pegi sebab pagi Ahad tu aku ada acara untuk Pesta Sukan Perbendaharaan. Merejam lembing pukul 8.00 pagi. Disebabkan habis awal, dan aku kalah, hehehe. *eh, no.4 pun dapat jugak menyumbang point kpd team Pengurusan, kul 10 pagi aku dah balik umah. Lepak jap lepaskan penat, tetiba terasa nak pegi. Sebab awal lagi. Seperti yang dimaklumkan, event akan habis dalam kul 2 petang cam tu. Terus aku siap-siapkan anak dan suami. Eh, suami dia bersiap sendiri la..=p Siapkan anak je..

ada baby yang dah tak berbaju dah sebab panas. Aku tak ingat ni anak Hany or Wizza.
Dalam kul 11.30 aku sampai di tempat kejadian. Kelihatan ada yang sedang melayan anak memasing. Bapak-bapak sedang bersembang. Macam ramai yang tak familiar. Eh bukan. Familiar kat blog. Belum pernah jumpa depan-depan macam Wizza, Hany dan Pja. Nampak Fad, Dayu dan Jue. Terus pegi kat dorang. Jue, anaknya Aliff demam. So, moody. Nangis je. Sian aku tengok Jue. Dahla dia yang organize. Anak pulak tak berapa sihat. Agak kelam kabut la. Nasib baik kawan-kawan lain ok je walaupun angin tidak datang menjenguk pun masa tu. Panassss..

Blogger2 Momma
Belakang dr kiri : evyn, Ena, Yaya, Shaz, Dayu, Wizza, Fad, Nurul
Bawah : aku, Hany, Jue dan Pja.

Makanan semua sedap-sedap. Semua aku dapat makan. Hahaha, sampai kena sound ngan Enady. "Dah dahlah tu makan. Jaga Dani pulak. Pa pun lapar." Alololololo..=p

Dani yang suka sangat main gelongsor ni.

Salah position lak tu. Sampai tertonggeng. =p

Kaum adam..:) satu kelainan.

Mika sampai tertido tido dia. :) letih ye sayang.

Last, papa n Dani. :) Love u both!

Akhir kata, event ini sangat best. Ada sesi tukar-tukar hadiah. Tapi aku terkecuali sebab maybe attending kan. So, tak merasa la nak dapat hadiah. :) Next gathering dengar-dengar nak buat kat waterfall. Sejuk sikit kan. Ada dengar-dengar kat Desa Waterpark juga. PD pun ada. Waaahh, sangat hebat sambutan gathering blogger momma ni kan. Tanpa kerjasama semua kawan-kawan, semua ni takkan berjaya kan..:)

Thanks kepada organizer.


Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...