Skip to main content

Blogger Momma Gathering @ Cyberjaya

Sweetkan. I like this pic. :) Dani dan Naurah. First time met.

Firstly, maaf kalau kehadiranku tidak disenangi. Bukan apa, kat event di FB aku dah click not attending tapi tetiba aku datang pulak kan. Dahla datang takde bawak hadiah pun. Terasingnya diriku. Tapi dapat jugak goodies. Thanks JueRayyan. Organizer of the Day. Gud job Jue. Walaupun cuaca agak panas dan anak memasing mula buat perangai. Haha. Termasuk anak aku.

First time jumpa Shaz n Raisya..:)
 Mula-mula, memang aku rasa tak dapat pegi sebab pagi Ahad tu aku ada acara untuk Pesta Sukan Perbendaharaan. Merejam lembing pukul 8.00 pagi. Disebabkan habis awal, dan aku kalah, hehehe. *eh, no.4 pun dapat jugak menyumbang point kpd team Pengurusan, kul 10 pagi aku dah balik umah. Lepak jap lepaskan penat, tetiba terasa nak pegi. Sebab awal lagi. Seperti yang dimaklumkan, event akan habis dalam kul 2 petang cam tu. Terus aku siap-siapkan anak dan suami. Eh, suami dia bersiap sendiri la..=p Siapkan anak je..

ada baby yang dah tak berbaju dah sebab panas. Aku tak ingat ni anak Hany or Wizza.
Dalam kul 11.30 aku sampai di tempat kejadian. Kelihatan ada yang sedang melayan anak memasing. Bapak-bapak sedang bersembang. Macam ramai yang tak familiar. Eh bukan. Familiar kat blog. Belum pernah jumpa depan-depan macam Wizza, Hany dan Pja. Nampak Fad, Dayu dan Jue. Terus pegi kat dorang. Jue, anaknya Aliff demam. So, moody. Nangis je. Sian aku tengok Jue. Dahla dia yang organize. Anak pulak tak berapa sihat. Agak kelam kabut la. Nasib baik kawan-kawan lain ok je walaupun angin tidak datang menjenguk pun masa tu. Panassss..

Blogger2 Momma
Belakang dr kiri : evyn, Ena, Yaya, Shaz, Dayu, Wizza, Fad, Nurul
Bawah : aku, Hany, Jue dan Pja.

Makanan semua sedap-sedap. Semua aku dapat makan. Hahaha, sampai kena sound ngan Enady. "Dah dahlah tu makan. Jaga Dani pulak. Pa pun lapar." Alololololo..=p

Dani yang suka sangat main gelongsor ni.

Salah position lak tu. Sampai tertonggeng. =p

Kaum adam..:) satu kelainan.

Mika sampai tertido tido dia. :) letih ye sayang.

Last, papa n Dani. :) Love u both!

Akhir kata, event ini sangat best. Ada sesi tukar-tukar hadiah. Tapi aku terkecuali sebab maybe attending kan. So, tak merasa la nak dapat hadiah. :) Next gathering dengar-dengar nak buat kat waterfall. Sejuk sikit kan. Ada dengar-dengar kat Desa Waterpark juga. PD pun ada. Waaahh, sangat hebat sambutan gathering blogger momma ni kan. Tanpa kerjasama semua kawan-kawan, semua ni takkan berjaya kan..:)

Thanks kepada organizer.


4 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…