Tuesday, May 31, 2011

Dalam hati ada taman

Lately ni, kerap benar aku berjauh hati. Dengan siapa? Aku pun tak tahu. Dengan laki sendiri pun ada juga. Dah tak larat nak merajuk sebab dia dah tak rajin nak pujuk. Sebab bila dipujuk, aku ni tak terpujuk2. Saja tunjuk ego. Last-last sendiri yang merana terduduk.

Dengan kawan? Hurmmm, ntahlah. Yang itu begitu yang ini begini. Macam-macam. Susah aku tak tafsir. Last-last aku buat tak tahu saja. Kemudian baik sendiri. Kadang-kadang kalau dah tak tahan dan rasa nak menangis, kat Enady lah aku cerita semua. Dia selalu nasihat, "jangan fikir hal orang, mama fikir hal mama, hal kita je. Masa depan kita. Kalau kita fikir hal orang, tak ke manalah kita. Di takuk tu jugakla duduknya. Satu je mama fikir, orang ada fikir hal kita ke? Banyak lagi benda lain yang dorang nak fikir daripada fikir masalah kita. Huhuhu, lagi banyakla air mata aku keluar.

Dengan anak? Hahaha, dia asyik-asyik papa dia. Sikit-sikit papa. Macam mama ni dah tak wujud bagi dia. *Gile ke hape aku nak sentap ngan anak. Haha. Sebab aku garang sangat kot. Kalau tak garang, nanti dia naik lemak. =p

No comments: