Showing posts with label Hari Belia Negara. Show all posts
Showing posts with label Hari Belia Negara. Show all posts

Jalan tutup di Putrajaya sempena Festival Belia 23-25 Mei 2014


Makluman Penutupan Jalan dan Perkhidmatan Shuttle Bus Sempena Festival Belia Putrajaya 2014

Festival Belia Putrajaya 2014 anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan bermula pada 23, 24 dan 25 Mei 2014 di lokasi utama yang merangkumi Presint 2, 3, 4 dan 18. Festival Belia Putrajaya 2014 adalah bertujuan untuk mempamerkan bakat kolektif belia dan mencetuskan inspirasi melalui pelbagai aktiviti, bengkel dan acara 

Penutupan jalan yang menghala ke zon-zon utama FBP 2014 di Presint 2, 3, 4 dan 18 adalah perlu bagi menjamin keselamatan para pengunjung dan kelancaran aktiviti, bengkel dan acara yang dilaksanakan. Penutupan jalan adalah seperti berikut:-

23/5/2014(Jumaat) - 3:00 Petang hingga 10:00 Malam
24/5/2014(Sabtu) - 09:00 Pagi hingga 10:00 Malam
25/5/2014(Ahad) - 09:00 Pagi hingga 10:00 Malam

Memandangkan tempat letak kereta berhampiran zon-zon aktiviti adalah terhad, para pengunjung adalah dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang telah disediakan oleh pihak penganjur dan menggunakan tren atau bas yang dikhaskan untuk ke zon-zon aktiviti di Presint 2, 3, 4 dan 18. Semua pihak dinasihatkan agar dapat mematuhi arahan lalu lintas di kawasan tersebut atau menggunakan laluan alternatif untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Sila ambil maklum juga mengenai jadual dan laluan shuttle bas yang disertakan bersama-sama ini. Mengenai kemudahan bas sila hubungi talian ini 

MOBILE – 019-282 2280 
FIX – 03-8887 7787 
EMAIL : putrajaya.aduanbas@gmail.com









 Maklumat lanjut boleh klik kat link ni... https://www.facebook.com/putrajaya?hc_location=timeline


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Himpunan Sejuta Belia - Hari Belia Negara Mei 2011 Putrajaya


 Link FB : Himpunan Sejuta Belia 

Jom ramai-ramai kita memeriahkan suasana. Mesti fikir, jalan nak masuk Putrajaya hari ini, esok ngan tulat akan jadi sesak kan? Jangan risau, banyak parking disediakan. Dan trem pun ada disediakan. Takyah naik kete. Park and ride. Sesuai dengan konsep sedia ada di Putrajaya ni. :)


Sempat lagi aku snap masa on the way nak pergi kerja pagi semalam. Hehehe..



Gambar kat atas ni pun gambar aku snap dari Bahagian MKD, MOF. :)

Jom kome, tengahari ni rehat lama kan, apa lagi...terjahlah...Jom heboh TV3 pun ada!
  

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...