salam merdeka 53

hai..salam merdeka buat Malaysia! dah 53 tahun kita merdeka.. tapi adakah diri kita ini betul2 merdeka.. tepuk dada tanyalah selera..:)

hari merdeka kalau bulan puasa, kurang meriah la. mane ntah silap nye kan..

cuti-cuti merdeka ari ni korang ape plan? aku hari ni akan ade majlis berbuka puasa bersama adik beradik n sepupu sepapat. ala-ala potluck gitu.. aku masak gulai lemak cili api, ikan 3 rasa n tumis sayur sket kot...biasa2 je..hehe..tak sabarnye mau jumpa ngan diorang...


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

buka puasa day 20


berbuka puasa di hari yang ke-20. hari isnin. aku masih bercuti. Sebab ape? tu later aku citer k..
korang bukak pose ape tadi? aku masak ari ni setelah beberapa hari tak masak sebab dani demam ari tu kan.

aku masak sambal ayam je. jadikla satu jenis je dengan keadaan dani yang belum ok lagi sepenuhnya. ingat nak masak la tumis sayur kobis tu kan..sekali dani plak dah bangun. dani kalau bangun kalau mood dia ok oklah...terus ajak main..kalau tak ok..menangis nangis tu, hurmmm..carikla mama la tu...tinggal terus ape yang aku tengah masak tadi.

sambal ayam.

air cocktail. feveret enady ni.

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

sedih aku tgk dani macam ni

ni citer hari rabu, khamis n jumaat lepas..dani demam teruk tu..dalam hati sentiasa la fikir positive..dani demam nak membesar ye sayang..itu ajelah yang aku dok ulang mase dok belai-belai dani..then masa papa dia demam, aku cakap jugak macam tu..papa demam nak membesar ye sayang..hihihi orang demam kenala usik2 sikit bagi cepat baik kan..kihkih...marah dia kena sakat ngan bini..pastu cakap, tengoklah nanti mama demam, papa sakat mama pulak.. aikk..mintak mama demam nampak..nanti susah papa nak jaga dani kang..hehe..(perbualan laki bini bila nak tido)


tido meniarap atau bahasa kampung nye tido terlangkup adalah faveret dani...bila dia dah penat meniarap...pastu letih..hehe..tu yang tertido...aku kena jaga-jaga jugak..tengok-tengokkan hidung dia..takut tertindih kan..

hurmmm..cian kan tengok dani... yg aku sensored kat belakang tu.. papa dani yang demam..hihi.. comel je bila lai demam kan.manje lebey..mengalahkan anak..aduss..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

shopping yang tak berapa nak shopping


petang semalam, sebelum tau yang dani nak demam campak tu kan, balik dari umah makcik tu, sempatlah singgah kat Jom Beli Barang Raya yg kat sebelah KPDNKK..

dah cakap ngan enady, nak ajak dia pegi carik baju raya dani. kalau takde yang berkenan kat situ, carik kat Alamanda pulak la.

tapi kan tak sempat nak pusing habih pun, dani dah merengek-rengek. pelik gak aku. selalu kalau bawak berjalan tengok2 orang, tu memang feveret dia. tapi semalam..alahaiii.. badan tak sedap ye nak...

sempat rembat baju dia selai je...hurmmm..minggu ni dah last kena shopping. gerenti ramai orang kan..baju dani n baju papa dia lom carik lagi..baju aku, nak carik blouse n suar je kalau sempat, kalau tak de pun tak pe..raya ni pakai mane yg ade..

hasil rembatan .. barang makan kat situ memang murah2..hari ni last day kan..
aku hampir hampir nak rembat kipas yg air cooler tu..bagi sejuk sket umah. tapi dah niat enady nak pasang aircond kat umah tu.. layankan aje..budget adalah lpas raya k..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

buka puasa day 18

antara menu-menu masa aku n family berbuka kat umah makcik aku di Port Klang. pegi sana petang Jumaat sebab nak minta air penawar dani demam ari tu kan..


air oren sunquick

air tebu ( beli kat param bandar sultan suleiman, port klang)

ikan tenggiri goreng saje..

sambal udang yang mavelesss...makcik aku yang masak as my request. aku memang admire ape-ape jenis sambal yang ucu masak...dah amik resepi, tapi tak same..huhu

kari kepala ikan..ni pun sedap..

kacang panjang tumis..

dani yang baru baik demam..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Digi Prepaid Internet

akhirnya, dapat jugak aku rembat digi internet prepaid ni. senang sikit pakai ni. ekonomi sikit. takdela tiap-tiap bulan aku bayar tapi linenye hampeh belaka.

mula-mula dulu memang aku nak try digi ni. tu pun sebab nampak iklan nuffnang kat blog ni yang hari-hari blackberry tu. fuhhh kalau dapat kan best... pastu aku try tengok coverage kat area umah aku kat DEsa Pinggiran Putra ni, alahai coverage nye....hurmmm... tak jadi nak beli.

pastu abg gee n kak shima datang umah aku bawak broadband dorang. dorang pakai digi. nak install modem dorang takleh pulak. try guna modem celcom aku. sekali install mau pulak... pastu laju jek dapat connect. eh takler laju bebeno...bolehla takat bukak facebook dan apdet blog kan..

tu yang semalam berkobar-kobar aku nak carik digi internet prepaid ni. carik kat digi centre at giant Putra Heights. murah je uolls. RM25 je. dalam dia ade rm10.bolehla pakai untuk 5 hari. sebab pakej dia adelah RM2/day.

ape lagi uolls, sambarla satu..

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Dani demam teruk

Rabu - 25/8/2010 :

pagi Rabu tu tetiba badan dani panas. mase ni belum beli termometer lagi. so, tak tau berape temperature dia. pelik jugak, kenape tetiba dani dapat demam panas ni. aku agak maybe berjangkit dari papa dia. Papa dani demam dari hari Selasa tu, tapi senyap2 je dia. tak cakap ngan aku pun dia demam dan dapat mc. Gaya memang tak macam orang demam pun. Bila terpegang muka dia, baru rasa, mak aihhh..panas ni pa..papa demam ye...


so, pagi rabu tu kitorang decide nak bawak dani g klinik kesihatan Putrajaya kat Presint 9 tu. sempat gak singgah opis jap bawak dani. tapi dani not in the mood. dia merengek-rengek je tak nak ngan orang.

sampai kat KK (klinik kesihatan) tu, kat luar sebelum masuk ke dalam, ade nurse yang ditugaskan untuk check temperature kepada sesiapa yang demam. Check temp. Dani 36.8, papa dani, 36.7.. semua ok je tapi still masukla jugak sebab nak jumpa doktor dan check ape-ape yang patut kan. papa dani kena amik darah. nak check kot kot ade denggi. dan result darah tu normal. takde denggi. cuma demam biasa. dapat mc lagi untuk hari kedua. check dani pulak, dalam hati mesti tinggi sebab badan dia dah panas balik. dan doktor check pakai alat yang tembak kat kepala tu kan...temp dani 38. sah demam, doktor cakap. kejap je naik, tadi tembak kat luar 36.8 je.. lpas dengar doctor advice itu ini, kitorang pun balik..lepas amik ubat la.

balik dari KK sempat lagi g Carrefour. beli barang-barang sikit. kate ari tu gaji kan..=P tu yang g beli termometer tu. utk pantau temp dani.

balik dari carrefour, dani dipantau sehabis habisan untuk pastikan panas dia tak mencecah 40 darjah. alhamdulillah la..lpas makan ubat yang doctor kasik, demam dani dah kebah sikit. temp. dani still over 37... kira dedo dedo la tu kan.. dani pun dah ceria kembali. tapi panas badan dia kejap naik kejap turun..itu yang merisaukan kami. makan ubat 4 jam..pastu demam balik..hurmmm..doctor ade kasik antibiotik, tapi aku tak berani nak bagi sebab ibu cakap, budak-budak yang umur nya bawah setahun lebih, tak boleh sangat makan ubat antibiotik. sape ade reason lain untuk persoalan ini? antibiotik leh makan tak untuk budak-budak berumur bawah setahun?


hari pertama tu mmg agak mencabar la bagi aku ngan enady. dengan tak tido nye. dani pulak merengek-rengek.. badan panas. kena selalu tuam. keadaan kami waktu tu, sangatlah susah hati. sampai kan aku tuam dani sambil pejam mata, punyala mengantuk...bila dani dah ok sket tak merengek, kami pun tdo....

khamis - 26/8/2010 :

tepat kul 5 pagi. bangun untuk bersahur. nasik mmg aku dah standby awal. cuma panaskan lauk je. sebelum sahur tu, check badan dani. Ya Allah! panasnye badan dia. Terus aku kejut papa dani. check temp dia, 39.8! dan dan teringat pesan salah sorang frens dalam fb. "kepala kena monitor lebih, jangan sampai 40 darjah, nanti sawan tarik." Ya Allah Ya Tuhanku... air mata jangan cakapla..banjir dah rasenye. enady tenangkan aku dan suh bersiap untuk pegi emergency kat hospital Putrajaya.

tak bersahur tak ape terus je kami bergegas ke emergency, Hosp. Putrajaya. Demi anak, takpe mama berlapar nak...

nurse yang bertugas amik temp dani... syukur alhamdulillah..turun kepada 38.7... still panas lagi tu kan.. dani pun dah lembik je...sian betul dia..tak aktif langsung. senyum pun tak.. monyok je..
syukur sebab tak muntah, tak batuk, tak selsema...susu dia nak minum macam biasa..tapi cuma dah tak kerap...nurse kasik ubat demam yang masuk ikut vontot tu. sebab aku dah cakap yang semalamnye aku dah pegi KK amik ubat demam n antibiotik. dah kasik ubat pun demamnye stil tak kebah-kebah. tu yang nurse tu kasik ubat lagi power tu.. dan dia ajar aku camne nak masukkan ubat ikut vontot tu.. ubat tu mmg berkesan..sekejap je demam dani kebah dan bila sampai turn untuk jumpa doctor, dani dah tak demam..cuma panas sket2 la..aku tanya doctor tu, ade kemungkinan tak dani kena denggi. doctor cakap, tu tak boleh nak check lagi sebab baru 2 hari dani demam..alahaiii..itu yang paling aku risau..takut kena amik darah..sian kan baby kena cucuk amik darah..huhu..

dah selesai jumpa doctor tu, balik rumah n pemantauan temp dani diteruskan...tak seronokla bila tgk dia tak aktif..hurmm..takleh nak main-main ngan dia..

balik tu terus aku lumurkan kepala dia ngan air asam jawa. badan dia aku sapukan bedak sejuk. tahan la 3 jam je..lpas tu panas dia naik balik...kami dah bntu dah..ape lagi yang nak kena buat ni... takkan la nak pegi lagi hospital... mase ni temp dia tak tinggi sangat dah..37-38 je... tiap-tiap jam kami gilir-gilir tuam dia ngan air...tak tdo lena pun.. kejap-kejap bangun...nak tgk dani...

Jumaat - 27/8/2010

kul 5 pagi..bersahur macam biasa. temp dani dah kurang..mmg tak demam dah. kami decide untuk pegi kerja. aku hantar dani kat umah pengasuh dia. lom sempat aku naik opis, kat parking kete lagi, mak idah aka babysitter dani msg suh balik sebab dani asyik merengek je..

maka dengan itu, hari ni juga aku bercuti untuk mnjaga dani.. dan alhamdulillah temp dani tidak steruk semalam dan kelmarin. dah bertambah ok. below 37 darjah temp dia... syukur alhamdulillah...

sekarang ini aku berada di rumah makcik aku kat POrt klang. cuba ikhtiar cara lain. nak mintak air tawar...mudah mudahan bila dani balik kat umah aku nanti, takdelah dia panas mengelupur kan..la ni dani tgh syiok tdo dalam ekon..alahaii..nak berekon-ekon pulak..hihi..

oklah, mata dah ngantuk...

gud nite semua..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

asam pedas ikan kembung

kate first time masak asam pedas kan...

hurmmm..ceghui la...atau bahasa ibundanya CAIR.. alahaiii..

tapi berselera je bila makan ngan nasi pastu taruk kicap kan..papa dani pun siap bertambah lagi. dah cakap dah, asam pedas ni cair tapi dia cakap takpe sebab sedap...hihi..tersipu-sipu i tau.. lenkali boleh buat lagi kan...

pada sape2 yang nak resepi amikla kat bawah ni. tapi kurangkan lah air nya...hehe.
Ingredients

1) Ikan parang (2 potong)
2) Kunyit (1 inci)
3) Halia (1 inci)
4) Serai - diketuk (1 batang)
5) Bawang putih (1 ulas)
6) Bawang merah (3 ulas)
7) Pes cili (2 sudu besar)
8) Daun kesum (3 tangkai)
9) Air asam jawa cair (5 cawan)
10) Belacan (sedikit)
11) Garam (sedikit)
12) Minyak untuk menumis
Directions

Cara-caranya, tumbuk bawang merah dan bawang putih sehingga sedikit lumat. Kemudian, masukkan kunyit dan halia. Setelah lumat, masukkan belacan dan tumbuk lagi hingga sebati.

Setelah itu, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.

Kemudian, masukkan pes cili. Kacau sehingga pecah minyak dan masukkan air asam jawa, diikuti dengan serai, daun kesum, ikan dan garam.

Kacau sedikit hingga sebati, biarkan mendidih sehingga ikan masak dan sedia untuk dihidang.































♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

dah jadi macam kerusi malas dia dah

selama ni baby carseat ni dok dalam kete je. tak penah kuar-kuar. tapi mase last saturday kan aku bawak dani g opis, balik umah tu dia tgh tdo lagi. malas nak kejutkan dia, tu yang aku hangkut sekali ngan carseat dia bawak masuk dalam rumah. carseat tu pun boleh jadik macam enjut-enjut dia..gud..pelbagai guna kan...

sekarang ni bila time berbuka, dia dah tak tido dah. aiyaa.. kadang-kadang meragam jugak dia. tengah-tengah aku ngan papa dia makan, dia lak sebok nak ade orang sebelah dia. hurmm.. last2 aku tala kan kat tv tgk kartun. seb baik la mau senyap...

tapi...

senyap-senyap dia....

ni hah rupanya... macam gambar kat atas nun. dah jadik cam kerusi plak aku tengok..hahaha..dah mengelungsur ke bawah dah...ooo..dani, diam diam buat projek ye...seb baik mama nampak tau..=p carseat ni nanti tak lama lagi dah takleh pakai dah la.. sebab sekarang ni dia asyikla nak mengiring bila dok dalam carseat tu. bahaya kan...

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

tepuk dada tanya selera

bagi penggemar-penggemar McD macam aku ni, bila dah kuar surat macam ni, rasa macam save sikit nak makan McD. ari tu bila tengok gambar yang didakwa gambar daging burger McD, eiii..loya tekak nak makan.. yuck!

kalau nak dapatkan pengesahan lanjut pasal status McD ni, contactla no tel yang tertera kat gambar di atas.

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

korang masak pe?

korang masak pe ari ni?

aku?

aku plan nak masak ikan kembung asam pedas je kot..plus ngan tumis sayur kobis...

tak pernah aku masak asam pedas. ni baru first time nak cuba. tu pun terjah kat www.trymasak.com carik resepi...

kalau njadi esok aku jaja k..

babai ...

selamat berbuka..

nak balik dah..


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

korang masak pe?

korang masak pe ari ni?

aku?

aku plan nak masak ikan kembung asam pedas je kot..plus ngan tumis sayur kobis...

tak pernah aku masak asam pedas. ni baru first time nak cuba. tu pun terjah kat www.trymasak.com carik resepi...

kalau njadi esok aku jaja k..

babai ...

selamat berbuka..

nak balik dah..


♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

dani kena ruam







sedih tgk ruam-ruam tu kat badan si anak..alahaii...tu 2 hari lepas. sekarang dah ok...syukur alhamdulillah. sekarang ni, asal dia berpeluh je, aku cepat2 tanggalkan baju dia...

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

jom beli barang raya @ Putrajaya

barang raya ke baju raya? hiks.. baju raya haruslah setahun sekali. tapi kalau barang raya tu, mmm kena pk jugak banyak kali kan bape tahun sekali mau tukar. langsir, pinggan,cawan, bekas kuih tu...alahaii.. dah kawen ni kena la pk semua tu kan. nak carik baju raya anak lagi. papa nye lagi. mamanye? baju raya aku sepasang dah siap. sepasang jelah kot. baju kurung lpas bersalin ari tu pun rase baru lagi. kang pening plak papa dani nak bayor kan..hahaha..

ok, sesape yang dekat ngan Putrajaya tu, silalah berkunjung kat sini. sebelah bahagian pinjaman perumahan je. barang memang murah-murah. tahun lpas pun ade jualan ni. baju budak pun murah-murah. branded lagi. pandai KPDNKK pilih tarikh ek. 25 hb tu org gomen dah gaji..aiyoookkk habis lah duit.....

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

lengkong sirap + santan

hehe..kali kedua membuat lengkong ini. Berjaya ! yeay! korang nak resepinya tak?

Resepi nya...

bahan-bahan :

1 packet agar-agar
8 cawan air
pewarna ( aku pilih sirap)
21/2 cawan gula
2 cawan santan
1 biji telur
secubit garam

cara-cara :

tenggek 8 cawan air dengan sepacket agar-agar.
tunggu sampai mendidih n agar-agar tu hancur.
masukkan sirap sket. ikut suka la banyak mane.
masukkan gula n kacau sampai hancur.

untuk bahagian atasnye pulak..

kacau santan dan telur bersama-sama di dalam mangkuk yg lain.
taruk garam sket utk kasik lemak2 sket.

tutup api agar-agar yang ditenggek tadi. n masukkan santan yg dah dicampur dengan telur tadi. kacau dalam 5 minit. pastu terus masukkan dalam bekas. ok siap... tunggu sampai keras.

selamat mencuba.

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

dani temankan mama ye

hari ni sabtu. orang sibuk cuti, aku plak sibuk nak keje. hehe.. bukan OT tau. saje je datang keje. Memandangkan tahap keboringan yang melampau kat umah tu. keje umah awal-awal aku dah bereskan. sidai kain, kemas dapur, kemas hall...


datang opis haruslah bawak budak tecik ini. mane leh tinggal. sape nak jaga kat umah tu kan? papanye? papa nye hari sabtu adalah kerje. orang keje shift ni standard la kan. bawak dani sebab dani tak banyak ragam sangat. kalau nangis pun nangis sebab ngantuk nak tido atau lapar nak susu. itu ajelah. tu yang berani bawak tu. kalau asyik merengek je tak tentu pasal, takde canla nak g mane mane dani oi...peringatan ni tau dani. kalau nak ikut mama g mane mane sila behavekan diri tau.. hahaha..macam la dia pandai baca blog aku ni. takpe. belasah je.

oh ye, ramai jugak datang opis hari hari cuti begini ek. bos aku pun ade. sakanla dia main ngan dani tadi...meriah...

sekarang dani dah tido. dalam stroller. dani ni kan dah pandai meniarap kan.. pastu siap guling-guling sana sini kan.. last last aku angkut sekali ngan toto kecik ( adiah dari cik nani..tq cik nani) untuk dia main guling-guling sambil aku mainkan lagu dai music box tu. tapi tu bukan music box tau, frame gambar je. tapi ade bunyik-bunyik la. jenuh aku asyik pusing pusing aje bende alah tu..hahaha.. tak larat...


aku di tengahari sabtu yang tenang..=P

sedaya upaya untuk menyiaplan kerja-kerja opis takat mane yang mampu. dalam kul 4 ke nanti aku balik la. papa dani pun balik keje kul 3. sampai umah dalam kul 4 baru sampai...nanti sama sama la sampai umah. puasa kan. jadiknye tak yah masak tengahari. selalu bila dia balik je, kenala hidangkan makan...isteri solehah gitu..hehe..ok babai.

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

mama vs dani

kenape mama vs dani? sebab papa dia g mancing. mancing adalah hobi dia sekarang ye. aku pun takleh nak kate ape dah... mula2 jenuhla aku merajuk2 kan, lelame..lantak ko ler..hehe..makin dilarang makin menjadik2 hobi dia tu, so think positive, nanti dani dah besar sket baru aku nak ikut dia g mancing. kalau aku ikut, dah tentu dia akan cepat balik kan? hahaha..hebat tak strategi aku ni..=p

ni hari ahad lpas la..upppsss..lame dah ni..nama pun entry basi kan.. dani takleh tdo, aku pun takleh nk tdo, ape lagi..kami berdua main2 kamera la. sampai la dani tertdo..hehe..oh ye, dani udah pandai pandang kamera. sebab dari dia lahir je, terus aku tayang kamera dulu kat dia.. sekarang ni bila aku tala kan kamera kat dia. konfem mata dia akan pandang kamera dan akan tersengih..hahaha..lawakla dani oi..

gambar ni nanti bila dani dah besar mesti dani malu kan..hahaha..layankan ajelah mama ko ni.. seb baik ko laki tau..hehe..tayang body sket..=p


si tembam mama ni..eiiiiiii..buat mama geram tau.. badan takdelah bam bam sangat tapi tang pipi tu alahaiiii dani dani...

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

cuai :( tsk tsk tsk




sori papa..

mama cuai..tsk tsk tsk...:(

nilah sebenarnya yang aku bising2 kat fb semalam...huhu

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...