Skip to main content

dani temankan mama ye

hari ni sabtu. orang sibuk cuti, aku plak sibuk nak keje. hehe.. bukan OT tau. saje je datang keje. Memandangkan tahap keboringan yang melampau kat umah tu. keje umah awal-awal aku dah bereskan. sidai kain, kemas dapur, kemas hall...


datang opis haruslah bawak budak tecik ini. mane leh tinggal. sape nak jaga kat umah tu kan? papanye? papa nye hari sabtu adalah kerje. orang keje shift ni standard la kan. bawak dani sebab dani tak banyak ragam sangat. kalau nangis pun nangis sebab ngantuk nak tido atau lapar nak susu. itu ajelah. tu yang berani bawak tu. kalau asyik merengek je tak tentu pasal, takde canla nak g mane mane dani oi...peringatan ni tau dani. kalau nak ikut mama g mane mane sila behavekan diri tau.. hahaha..macam la dia pandai baca blog aku ni. takpe. belasah je.

oh ye, ramai jugak datang opis hari hari cuti begini ek. bos aku pun ade. sakanla dia main ngan dani tadi...meriah...

sekarang dani dah tido. dalam stroller. dani ni kan dah pandai meniarap kan.. pastu siap guling-guling sana sini kan.. last last aku angkut sekali ngan toto kecik ( adiah dari cik nani..tq cik nani) untuk dia main guling-guling sambil aku mainkan lagu dai music box tu. tapi tu bukan music box tau, frame gambar je. tapi ade bunyik-bunyik la. jenuh aku asyik pusing pusing aje bende alah tu..hahaha.. tak larat...


aku di tengahari sabtu yang tenang..=P

sedaya upaya untuk menyiaplan kerja-kerja opis takat mane yang mampu. dalam kul 4 ke nanti aku balik la. papa dani pun balik keje kul 3. sampai umah dalam kul 4 baru sampai...nanti sama sama la sampai umah. puasa kan. jadiknye tak yah masak tengahari. selalu bila dia balik je, kenala hidangkan makan...isteri solehah gitu..hehe..ok babai.

♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
5 comments

Popular posts from this blog

Tips hapuskan ulat gonggok

Salam alaik,

Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada sarangnya di tanah berdekatan.

Biar kita kenal dulu makhluk alam yang bernama Ulat Gonggok:
1. Umur Nyawa : 5 tahun ( kalau cukup makan )
2. Jumlah sekali bertelur : 200 hingga 300 butir
3. Banyaknya kaki : dalam 400
4. Bahaya tak : tak berbahaya kecuali kepada yang ada alergi
5. Kumpulan Kehidupan : arthropoda anak beranak ketam ( bukan serangga )
6. Tempat ia paling minat buat sarang : TEMPAT LEMBAB
7. Makanan Utama : DAUN-DAUN dan DAHAN-DAHAN reput
8. Kenapa ia masuk rumah : CARI TEMPAT BERTEDUH jika hujan lebat sangat
9. Boleh ke bersarang kat rumah : Selagi ada makanan dan kelembapan seperti di belakang almari, lubang-lubang tepi sinki dapur, tempat longgokan kertas atau pakaian yang lembab.

Bila kita kenal Ulat Gonggok, kita dah boleh kurangkan jumlahnya:

1. Dalam rumah :
>> cari tempat lembab dan punca lembab. Kalau sebabnya air menitis dari paip…

Tanda-tanda nak bersalin

sumber dari : here

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencingsakit perut, memulaskerap buang air besarkerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendirLendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan re…

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP

MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)
Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.
Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 
Ada aku kisahkan dalam blog ni dulu... http://honeysour00.blogspot.com/2015/01/tadika-islam-maiwp-al-hidayah-presint-9.html
Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia d…