Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Selamat Berhujung minggu + wedding @Batu Pahat + Perak, amik Dani + Pahang, balik umah mertua

Selamat berhujung minggu kawan-kawan. Pergi mana korang? cuti sampai Isnin kan.. Ade sorang member tu tengah berseronok gumbira kat Langkawi..=p hehe..

Aku kat opis ni. Still bekerja untuk siapkan kerja-kerja tertunggak. Sebab Selasa dan Rabu aku cuti. So, siapkan apa-apa yang patut lah kan..




Subuh esok aku gerak ke Batu Pahat. Sepupu Enady merangkap pengapit lelaki kitorang dulu akan melangsungkan perkahwinannya. "Sorry Emy, Kak Ana ngan Abg Ady tak dapat nak datang time akad nikah malam kang. Kitorang datang pagi2 esok k."

Lepas je selesai kenduri sebelah perempuan esok, kami akan pulang ke kampung halamanku, Kg. Gajah, Perak untuk bawa Dani pulang. Setelah 2 bulan Dani dijaga dengan sempurna oleh ibuku. Terima kasih Ibu dan Ayah. Tak lupa juga Ika yang sudi jaga dan main-main ngan Dani. Alahai, sebak pula nak ambil Dani dari mereka. Nanti Dani balik lagi ye..Nenek, Aki ngan Maksu jangan sedih-sedih ye..:(

Tido satu malam di Perak. Isnin petang, kami akan pulang ke kampung hal…

Kita Bako je

Last Sunday, pergi Mydin USJ carik barang-barang dapur. Pastu try beli ayam yang dah siap berempah bagai ni kan, untuk dibakar untuk dinner untuk kami berdua untuk untuk bla bla bla and whatsoever. *Lately, aku suka beno cakap whatsoever. Haha..abaikan.
Idaklah mahai beno pun..RM5.++ je. Quarter kot ayam tu.

Yang ni dah siap masak. Aku masuk dalam oven satu jam je. Rasanya? Not bad lah.. Hahaha, Kak Yang balik keje, terus aku ajak dia makan. Aku cakap “KakYang, makan nasik ni lauk ayam bakar, Sedappp” KakYang : Mak aihhh, bapakla..Rajinnnya bako. =p
Hahaha. Sampai sekarang aku tak pasti KakYang tau ke tak yang ayam tu bukan aku yang masak sebenarnya.  Aku bakar je dalam oven..=p

CONTEST : baby & daddy moment

Terasa dah lama tak join contest. Maka hari nih rajin aku dah datang dan aku pun hampir terlupa yang @JueRayyan ada tag aku.  Ok, penganjur contest ni Zuris namanya. Pemilik kepada blogshop D'La Maya. Sesape nak join, KLIK SINI. Mane tau ada luck korang kan..:) Aku pun saja try.

Dan aku pertaruhkan gambar ini.. Dani dan papanya. Nama bapa : Ahmad Zaidi bin Jahari Nama anak : Muhammad Dani Emir bin Ahmad Zaidi Umur anak sekarang : 1 tahun 1 bulan
Aku nak tag  kat : 
Jivebumz CikpuanMiera IbuAfiqahHuzaifah
TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2011

Wordless Wednesday #04

oi Dani, nasib baik ko laki kan?  Kalau pompuan, sape yang nak buat menantu kalau gini nak oii..=p

Baby Jivebumz

QALESYA IRDINA BINTI KHAIRUL AIZAT

Nama diberi. Seperti yang sudah diberitahu di blog mama dia..:) Actually aku dah tau lama tapi tunggu permission from her mother lah kan. Baru aku boleh publish entry ni.. *padahal mood blogging aku ke laut lately*


Lahir pada 19 April 2011 | Jam 12.45 tengahari | Di Hospital Serdang | Berat baby 3.38kg.


Aku berkesempatan untuk melawat kakak aku ni. Malam sebelumnya tu aku dah sampai dah kat lobi nak naik atas. Tapi pak guard kat Hospital Serdang ni sangat straight ok! Nyampah! Yes i know, memang kerja dia kan. Haha..Atenye, aku pun nak naik atas time tu dah pukul 8.30 malam..ngehngehngeh..




Ok, welcome Esya...Nanti Aunty Nana datang lagi k jenguk Esya dan mama.. 

Tiada di Ofis

pergi kat sini pagi ni.. babai..

LET'S MAKE MALAYSIA THE FB CAPITAL OF THE WORLD!

Jom korang! Kita jadikan Malaysia ni The Facebook Capital!. Rata-rata ramai di kalangan kita ni yang ada Facebook kan? Anak aku pun dah ada Facebook. Hahaha, tapi mama dia lah yang control. Jadi apa salahnya, kita sokong usaha ni sama-sama dengan mengLIKE page ni. Klik sini.

Tak lama pun nak klik. Just Klik sini, then nanti gambar korang terus terpampang kat page dia. Tu hah! Kat atas tu, gambar profile aku kan gambar bunga  rose tu, so keluarla gambar tu. Klik INVITE. Kalau nak join korang Klik Join The Movement dan sambungkan ayat ni.


Malaysia should be The Worlds facebook Capital because.....(sambung dan klik submit)

Pastu korang share kan ngan member-member korang. War-warkan kat dorang. Share kat Facebook, kat twitter, kat YM, forum , blog dan lain-lain..Mudah je kan..

Aku dah sudah dah.. korang bila lagi???

Malam Bintang Khazanah 2011

Jumaat | 22 April 2011 | 8.30 malam | Dewan Utama MOF

Kelab Khazanah menganjurkan satu pertandingan karaoke yang diberi nama Bintang Khazanah 2011. Pertandingan ni mendapat sambutan yang hangat. Di peringkat saringan sahaja seramai 27 orang telah menyertai pada 8 April lalu bertempat di Dewan Teater, Tingkat 1, MOF. Hanya 12 orang peserta yang layak ke final.

Saingan memang hebat-hebat. Semua lagu sedap-sedap. Mesti juri pening nak pilih the winner. :)


Salah seorang wakil dari bahagian aku -  Bahagian Dasar Saraan ,Wang Awam dan Khidmat Pengurusan. En. Ibrahim. Ayah kepada sorang blogger kita ni.. Fanadya. :)


Part ni memang orang tunggu-tunggu. Tetamu jemputan, Adira AF8. Wow, dia sangat cantik, comel...


Antara orang kuat event. | Khalil, Shahrul dan Faizul. They are my officemate..:) You'll great , Men!

Para peserta yang terdiri daripada staff Kem. Kewangan. Performance dorang ada yang kalah artis tau.. meletopppzzzzzzz...:)

Salah seorang peserta. Khaty Natalia Rasul namanya. Bekas pese…

Sebarkan Kasih Sayang

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita? Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ? Saat kita sakit @ demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adalah sesuatu yg sangat berharga. Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kepercayaannya.. Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah @ kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita…

@ SweetChat, The Mines

First, very thankful to Tiqah sebab sudi open table. Uwaaa, kite terharu la. Baru je jumpa awak first time hari ni, awak dah belanja kite. Dan awak pun sangat friendly.
Tengahari tadi lunch kat SweetChat, The Mines. Ngan @JueRayyan, @Fanadya, @Dayah dan @Tiqah.. (alamakk, Twitter influence me lately)..
Aku, Jue n Tiqah order spaghetti with ice lomen tea. Dayah order bake apebende ntah. N Fana order pizza. Makanan dia not was so bad la.. ok jek.. sedapppp.. tambah-tambah durian pan cake tu.. Walawehhhhh, mantapppp! And again, thanks Tiqah. Semoga Tiqah cepat dapat jodoh yang baik-baik k..:)

Review : Source Code

Ok, jumpa lagi kita kat Segmen Review. Kali ni aku nak review pasal movie Source Code. Siapa yang dah tengok?
Minggu-minggu terakhir aku layan GSC. Haha. Next week penuh ngan kursus. Next two week lagi, Dani dah balik. So, takdela nak berwayang-wayang lagi..:)
Hampir-hampir burn tiket citer ni disebabkan lif kesayangan aku rosak. :(
Bagi aku Filem Source Code ni ala-ala Filem Avatar.
Hurmmm agak susah aku nak explain cerita ni. Siapa yang tengok dia faham la. Hehe.. Tapi aku cuba jugakla terangkan sikit-sikit.
Kapten Colter Stevens telah mati dalam peperangan di Afghanistan. Tetapi sebahagian otaknya masih berfungsi. Lalu sebuah agensi telah memanipulasi kan tubuh badan Kapten Colter Stevens untuk melaksanakan satu misi. Misi itu adalah mencari pengebom yang akan meledakkan bom di Bandar Chicago untuk kali kedua. Kali pertama telah meletup dalam keretapi. Source Code adala sebuah program yang telah membenarkan seseorang memasuki badan orang lain untuk 8 minit terakhir ke belakang untuk men…

Tingkat 12 dan tangga

Gambar takde sebab card reader Enady pinjam.


Petang semalam kat Twitter aku ada cakap kan yang kat Putrajaya dah gelap gelita. Masa tu baru pukul 4.30 petang. Tak lama lepas tu hujan lebat pun turun.

Dan sharp pukul 5 petang, aku balik sebab aku nak masak. Sampai kat bawah apartment, aku tengok pintu lif semua terbuka. Apa hal plak ni? Rupanya lif rosak! Ada abang tu cakap, "tadi kilat ngan petir kuat, tu yang sampai black out."

Aku call Enady. Tanya umah black out tak? Dia cakap tak pun.. Owhh lif aje rupanya.

Ada orang buat report dah. Tapi belum sampai-sampai. Aku ni dahla balik awal sebab nak masak. Haha, kantoi pulak sebelum ni balik lambat tak masak ye..=p Balik awal nak masak sebab laki den kojo malam. So, nak masakla awal-awal, makan, sebelum dia pegi kerja tu. Enady tu, kadang-kadang mood dia, dia nak makan luar, kadang-kadang nak aku masak. Tapi rasanya banyak makan luar la aku rasa..Haha sebab 3 minggu ni deret dia keje malam. Tak sampai hati katanya bila nak suh aku …

Wordless Wednesday #03

Anak bujang saya. :)

Jalan2 + Shopping2

Suka ye Dani mama bawak jalan-jalan..Mood pun ok.. kalau tak.. siapla..




Pendedahan berani !

Hahaha.. tajuk tak hengat!!

Ok, takdelah pendedahan berani pun. Cuma aku rasa kalau aku buat entry ni, konfem ramai la annynomous yang komen mengeji, mengutuk kot. Sehingga huruf ni pun, aku ragu-ragu nak tulis berkaitan ia..:)

Cuma satu, aku rasa ianya adalah kenangan manis aku. Aku perlu kisahkan di sini.. Nak baca atau tak, terpulang. Tapi ada certain part aku harus filter demi menjaga hati pihak-pihak tertentu. :)

Esok genap 6 tahun aku kenal ngan Enady. Yang dah jadi suami aku sekarang ini. :) Asyik senyum je aku dari tadi. Mengimbau kenangan-kenangan lama.

Cerita cinta aku dengan Enady bukanlah seindah seperti drama-drama romantik yang lain atau pasangan-pasangan bahagia yang lain. Penuh pancaroba. Aku rasa banyak duka daripada suka. Tapi tulah, dah ditakdirkan dia adalah jodoh lagi..Hah! Suspen kan..:

6 tahun dulu, pada tarikh ini, aku diterima bekerja sebagai Final Checker kat sebuah kilang di Shah Alam. Haha, aku adalah minah kilang ye dulu. Tapi tak pernah pun merasa naik bas kil…

New gadget for Dani :)

Memang dah lama sangattt nak belikan dia stroller jenis yang macam ni. Bukan apa, senang nak bawak berjalan. No dukung-dukung dah ye Dani. Awak dah terasa semangatnya. Lenguh tangan mama ngan papa..:)

Last week aku balik kampung, aku pegi Giant Teluk Intan nun. Hajat di hati nak shopping barang-barang dapur ibu je. Sekali terpandang stroller ni..Terus jatuh cinta dah..Pastu satu je pulak tu tinggal..Berhabuk pun berhabukla.. boleh cuci kan.. Berkenan punya pasal..:)

Harga pun not badla.. Walaupun takde brand pun, tapi kalau hati dah suka, layan kan saja. Bila dah belek-belek, kondisi semua ok. Maka bayar saja. :) Tang nak bayar ni aku bengang sikit.

Dah sampai kat kaunter, boleh tak cashier tu cakap

Cashier : ni tak jualla..sebab takde bar code.
Aku : Aik, kalau tak jual kenapa display kat sana. Kalau tak nak jual simpan lah dalam stor.
(Cashier tu diam je)
Aku : Saya nak yang ni jugak. Carikla bar code kat belakang tu. Takde customer kan, apa salahnya pegi sekejap carik..
(Serius, akulah cus…