Nak balik Putrajaya dah...

Ni citer last day kampung masa balik cuti Hari Raya ari tu...

Sambung citer http://honeysour00.blogspot.com/2015/08/aidilfitri-2015-di-perak.html :)

Gambar macam dah tunggang terbalik...

Otw nak balik Putrajaya, kitorang singgah jap kat umah Ijai kat Kuarters Hospital Slim River nun. Dari rumah dia boleh nampak la highway tu jem ke tidak. banyak kereta ke tidak...



Kagum tul aku tengok Ijai minat decorate akuarium dia ni... Cantikkk sangat... tenang je tengok ikan-ikan tu dengan pokok-pokok menghijau... Bila tanya Ijai, habis modal dah berapa ni Ijai? 4 angka long... GULP! Telan ailio aku.... Ijai deco dari akuarium tu kosong tau. Dia tanam dulu pokok2 yang kat dasar tu... bagi dia membiak semua.. pastu baru buh kayu tu pulak.. Kayu tu dia siap rebus tau... aduhaiii.. leceh banyak kerja... Tapi yela, orang dah minat kan.. hehe


Macam nak runtuh rumah Ijai ngan jerit pekik bebudak ni.. Hahahaha.. deme kalau dah berjumpa memang riuh.. Dah macam 10 orang anak dah... hahaha....






Candid! Suka tengok gambar ni... Ayah tengah acu pistol kat Zara.. hihi..

Ni masa sebelum gerak balik Putrajaya n singgah umah Ijai. Tak sah kalau tak bergambar.. :)



Zara buat-buat nak mati... kahkahkah...



Free Style. Hahaha. comel jer ayah buat mcm tu... Ni la kuah, kalau tak tumpah ke nasi ke mana lagi kan... hehehe... Zaman ayah ngan Ibu muda2 dulu pun suka bergambar....Opsss, ada orang tak cover perut... kihkih!



Awat masam je cik Zara n Cik Icha...?



Again Us! :)



Ok Peace! :)


Last. Dani ngade2 nak duduk atas kerusi pulak... Kalau tak dia taknak bergambar...

Ok, habis dah cerita raya di Perak... InshaAllah jumpa lagi rumahku syurgaku dalam tema Hari raya di Aidilfitri tahun depan... :)




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Tak Lalu Minum Susu Tapi Nak Bagi Kalsium Kat Baby Dalam Perut




Ostematrix ni memang penyelamat la di kala tekak aku xleh minum susu langsung setakat ni...

At least aku tau baby dpt kalsium untuk tumbesaran tulang dia dari Oste ni.


 So far takde kejang2 kaki dan kebas walaupun seharian berjalan ke hulu ke hilir.


 Stress x terasa sangat. Bila rasa stress cepat je lapang dada.. selalu bab nak kejut n siapkan anak2 pagi2 la... semua mak2 ada masalah ni kan... kurang2kan stress ibu2 ya..


 Tidur memang lena lah! Sedar2 dah kul 5.30 pagi... 
smile emoticon

 Yang ni TER PALING SUKA. No sembelit2... lawas je hari2. Walaupun kena telan iron tablet tu berbijik2 (aku tiap kali preggy mmg ada masalah hb low) dan effect bila makan iron tu adalah sembelit. Oste jugak jadik penyelamat... tq oste.




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP



MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)

Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.

Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 


Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia dah start belajar kat tadika tu... Tahun 2017 sambung pulak ngan adiknya... hehehe...

Maybe panduan ni boleh dijadikan rujukan untuk korang bila dah ada niat nak masukkan anak kat tadika ni.

1. Banyak cawangan

-  Tadika ni banyak cawangan. Presint 9, Presint 7 (dalam IPD, Presint 11, Presint 16. Yang transit sampai petang kat Presint 7 dan 9 sahaja untuk 5 dan 6 tahun. Kat Presint 16 untuk 6 tahun sahaja. Yang lain semua sekerat hari sampai kul 12 tengahari. So pilihla yang mana senangkan korang.


2. Ambil borang

-  Make sure datang pagi-pagi yer. Selepas Subuh dah datang pun takpe. First come first serve. Macam aku dah bgtau kat atas tadi, berebut parents nak hantar anak ke sekolah ni. Tahun lepas Enady datang kul 7 pagi pun dapat borang no.50. Borang no.1 orang tu datang pukul berapa? Fikir-fikirkan... hehehe...


3. Kembalikan borang

-  Dah dapat borang, isila semua details yang dia nak. Dan segera kembalikan ke sekolah semula. jangan jadi macam aku tahun lepas yer... tsk tsk tsk! Dapat borang pagi tu, nak hantar tengahari tu pun lagi bagus.


4. Tunggu surat tawaran

-  Bila langkah-langkah 2-3 dah dibuat, inshaAllah dapatla anak2 korang bersekolah di tadika berkenaan. Dalam bulan 12 nanti surat akan dipos ke rumah masing-masing.


5. Yuran Pendaftaran

-  Bayaran kelas pagi RM20.00
   Bayaran transit RM70.00
   Bayaran kelas KAFA petang RM70.00
   Total sebulan RM160.00

Transit tu dah bersekali ngan makan minum murid2. Ni rate tahun ni. Tahun depan taktau. Sama je kot.. :)


Untuk Tadika Al-Hidayah, Presint 9, borang akan diedarkan pada 1 Sept 2015 ni. Jangan lupa okay, pagi-pagi datang. Tadika lain, rasanya dah tutup untuk pendaftaran. 1 Julai ari tu amik borang.

Semoga bermanfaat. :)




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Merdeka Sale!




Shaklee multivitamin no.1 di dunia. Multivitamin pertama di dunia adalah dari Shaklee. Nama VITAMIN itu sendiri berasal dari company Shaklee. 

Taktau nak carik kat mana nak beli vitamin Shaklee dan konsultasi?

Jangan segan2 pm dm saya. Whatsapp saya 0182244135. 

#sayajualshaklee #pengedarshakleeputrajaya#ShakleeEffect #shakleeputrajaya #jualanhebat#merdekasale #shaklee #nakcantik #naksihat#naknampakmuda #naknampakcun #baazarpaknil#kedaionline #kedaionlinemurah#kedaionlinemalaysia


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Selamat Pengantin Baru Ella & Syafiq

14 Ogos yang lalu, termeterai sudah ikatan sah antara Ella & Syafiq.

Selamat Pengantin Baru Ella...

My cousin kawen lagi... not kawen lagi actually, another cousin got married... hahaha... Best ramai cousin ni... Time musim dorang kawen memang berturut - turut la kawen. Bulan 2 ari tu si adiknya kawen, Ati. Next kenduri, dengar-dengar 2 tahun lagi... hehehe... Anak perempuan Wancik & Ayahcik ramai... 7 orang. sorang je teruna... :)

Yang bestnya bila cousin kawen ni, sedara mara ramai datang berkumpul... seronok sangat. borak2, makan2, gosip2... cam bujang2 dulu... hang out sama2. Sekarang ramai dah bekeluarga... geng2 aku semua dah kawen, Yah, Nor, Ain... :) Kiranya ni geng2 baya adik aku yang ramai kawen tahun lepas n tahun ni...

Weekend ni kenduri kawen kazen aku lagi kat Keramat nun... gathering lagi... best best!



Ella di hari pernikahan.. Cantik sangat Ella time ni... :)

Ayu gitu. hilang sikit dah style grunged dulu2.. kahkahkah...



Maaf Ella, tak dapat nak datang masa hari nikah. keja. :)

So, Sabtu 15 Ogos tu, aku n adik2 car pool balik kg. Gerak kul 7 pagi dari Putrajaya. sampai2 kampung, bau tempoyak menusuk kat hidung... Nyumsss... Ibu aku kena masak lauk tempoyak ikan haruan untuk tetamu VVIP.... Apa lagiii... fresh lagi tempoyaknya, kasik hirup la dulu kan... slurpppp!






Sepupu pengantin pun nak make up... Tq Tasyot.. Kazen aku gak yang make up kan pengantin. Tambah blusher je pun..:)



Sebelum pengantin datang, hahaha, habis korang usik2 semua tu ek... Pelamin yang simple tapi sangat nice. Idea dari pengantin perempuan... sekarang ni pakai pallet2 ni pun dah cantek kan...



Kakyang n Tasyot.


Parents Pengantin perempuan.



Lagi satu kan, bila tukang make upnya sepupu kitorang gak kan, seronok bila nak posing2 dalam bilik pengantin.. kahkahkahkah...



Purple tema dorang kali ni... Cantik gak... Jubah tu kakak pengantin yang buat. g terjah ig dia @atiyaboutiqe Aku ada beli satu kaler hijau.



Sedara mara yang datang.. Tak semua ni.. Kalau semua, tak muat... hihi... 









Again, Selamat Pengantin Baru Ella & Syafiq. Hantar mempelai on 19 Sept nanti kat Terengganu... Dekat plak tu ngan Pulah Perhentian kan... apa lagiii... plan plan... hihi..

Semoga berbahagia till jannah... Cepat2 dapat baby. Hiks!


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Al-Fatihah Untuk Arwah NekYam


Al Fatihah untuk arwah Nek Yam yang telah kembali ke rahmatullah pada 4 Ogos 2015 yg lalu. Dalam gambar kat atas ni, arwah yang duduk di sebalik kerusi nun... tahun 2009 time raya ni. Arwah atuk pun ada lagi. Last la aku jumpa Nek Yam. Lepas tu rasa mcm xde peluang utk jumpa lagi.

Arwah meninggal sebab sakit urat. Arwah ialah mak sedara kepada ibu aku. Adik beradik nenek aku la.. nenek sedara. Yang tinggal skrg nenek ucu je. 

Ibu yang inform nekyam meninggal. Kul 5 pagi ibu call. Aku sebenarnya cuak dan berdebar2 kalau ibu call seawal pagi2 jam 5 pagi cam tu.. atuk meninggal pun ibu call awal pagi jam 4 pagi... so bila ibu call.. hati aku dh berdebar2..  rupanya betul la.. ada perkhabaran tak baik... Ibu naik bas datang KL jam 8 pagi. Aku mintak time off nak amik Ibu kat Puduraya n g melawat arwah NekYam kat Keramat Au4 sana. 



Lepas g kubur, singgah balik umah arwah, tuan rumah sediakan makan tengahari untuk sapa2 yang datang melawat.

Anep + Ibu + Kak Ina + Kak Rashidah

Dah selesai semua, pegi rumah Arwah Nekyam n jumpa la sepupu2 ibu yang lama dah tak jumpa. Kak Ina, Kak Rashidah, Abg Jep, Abg Hisam, Abg Halim, Cik odah dari Jengka 25 pun ada datang. Ucu xdpt datang awal sebab Ucu Ali n Along Kecik keje. So Ucu datang petang lepas balik keje. 




Dalam kul 1.30 tengahari, kitorang mintak diri untuk gerak la... nak g umah besan Ibu pulak kat Setiawangsa... Umah mak mertua Ijai. Adik ipar aku memang ada kat sana, tengah cuti. Ijai kena balik Slim sebab tiba2 pagi tu oncall kena g Ipoh...


Kira beraya la kejap umah mak Fyqa ni.. Lupa plak amik gambar makanan.. Spagheti ada, lauk2 makan tengahari sedap2...

Dalam kul 3 gerak balik masuk opis... Ajak Ibu jap lepak opis.. sementara tunggu kul 5 nak balik kan... Ibu nak g butik Siti Khadijah tu... Dah lama ibu teringin nak beli telekung kat SK ni.. SEkali dah tengok2, telekung yang Ibu berkenan tu xde saiz plak... Tak pelah ye Ibu, nanti kita g lagi...



Ibu tido umah aku satu malam, pastu esoknya tengahari Ibu gerak balik kampung.

Al-Fatihah untuk arwah Nek Yam. Semoga roh arwah tenang di sana...






♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Beraya Ke Rumah Double D : Dira & Dayu

Aku tak ingat dah weeks ke berapa raya masa ni...

Tapi aku ingat la ada dua jemputan, Umah mak Dira kat Subang nun ngan umah Dayu kat USJ sane... Raya apa barang dok umah kan kalau weekend lan.. hahaha, ape lagi.. kita penuhilah jemputan orang dah jemput. Makanya gantung kuali yer satu hari tu.


Kat umah Mak Dira. Gambar makanan sogan lak acik nak amik gambo.. hehe.. tapi roti jalan kuah durian tu win lah! 10 thumbs up. Tapi apakan daya, perit takleh nak terima makanan banyak2, maka 2 kali je makan roti jalan. Ingat orang belakang sebenarnya.. hahaha... cover cover.

Hujan lebat bila sampai Kg. Meelayu Subang. Nak sampai ke Kg. Melayu Subang tu aku tau jalan, tapi nak sampai ke umah mak Dira tu dah taktau dah. Maka follow la montot kete Izza dan N... Zara baru bangun tido, dia punya mengamukkk.. Fuhhhhh! Memang menguji sangatttt. Aku dah malu2 dah dia ngamuk kat umah mak Dira tu.. orang tengah ramai. Zara ni kalau dia baik, memang perangai memang angle betul... sangat baik dan menyenangkan hati. Tapi... kalau datang dia punya ragam tu, aduhaiiii... tak terkata. susah nak dipujuk. Aku memang sentiasa la berusaha tak bagi dia xpuas hati atau merajuk2 ni kan... susah nak pujuk oi anak dara tu.. aku n papa dia surrender. Mujur kat umah orang je tu kena la pujuk2 kan... Kalau kat umah sendiri tu, aku biar dia merempan dulu... agak2 tgk dia macam dah penat merempan, baru aku pujuk dia.. amazingly, sekejap je dah ok... haih lah anak... cabaran cabaran nak membesarkan anak.


Anak-anak zaman sekarang. Takde tab tak boleh hidup ek korang? Tapi bagus gak, dapat mama n papa makan dengan aman dan damai. hahaha. Tu Zara dah ok sikit aku pujuk2, barulah dia nak makan. bertambah2 dia makan mee kari aunty dira... lapar la tu lepas ngamuk kan.

Ok setel umah Dira. Tq Dira atas jemputan... Lain kali jemput lagi.. wakakaka...


Setel umah Dira, kitorang gerak g umah Dayu plak. Lalu jalan kat airport Subang tu... Punya la jakun aku tgk jalan. Ate jarang la lalu situ. Dulu2 ada la. Tapi tak berapa ingat dah. rasanya jalan situ dulu 1 lane dua hala. Sekarang dah besar dah jalan dia. dan sekejap je dah sampai umah Dayu... Dah lama sangat tak g umah Dayu, ingat2 lupa.. tapi mujurlah sampai... yang aku tau ikut Mydin USJ tu pastu straight je sampai jumpa apartment. Dah sampai.

Nak sampai pintu umah Dayu ni kelakar... Zara dah cakap nak poo poo, kelam kelibut aku carik umah Dayu... tunggu lif lambat. aku naik la tangga. alamat yang Dayu bagi aras 3, aku gigih la naik tangga sampai aras 3. sekali aras 2 je... adoi la. rupanya ground floor tu dia kira aras 1.. hahaha... paling haru, Zara bukannya poopoo pun.... adoi, stress mama ko penat nak oi naik tangga... dah setel zara, aku turun bawah balik nak amik Enady n Dani... Carik2 tak jumpa... Sekali deme dah naik atas.. double stress mak hencik tau. mencik! Nak geram tak jadi geram sebab dapat jumpa kawan2 blogger... hahaha... 


Dayu masak lontong, spagheti n lain2... Aku suap anak-anak makan lontong bertambah-tambah. Terutama sekali anak N, si Arryan tu, bertambah-tambah hehehe... Mak dia suap takmo, dia nak aku suap gak... Hehehe, aunty tak kisah, asalkan aunty amik awak makan tau habiskan.




Punya semangat haa, Arryan makan... Zara seronok la sebab ada geng nak makan...:)







Group photo adalah perkara wajib bagi kitorang.. hehehe... Tak bergambar tak sah kan.. :)

lastly, Tq so much Dayu masak n jamu kitorang makan... Thanks a lot.... Tahun depan masak2 lagi tau.. hihi...



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...