Thursday, August 20, 2015

Beraya Ke Rumah Double D : Dira & Dayu

Aku tak ingat dah weeks ke berapa raya masa ni...

Tapi aku ingat la ada dua jemputan, Umah mak Dira kat Subang nun ngan umah Dayu kat USJ sane... Raya apa barang dok umah kan kalau weekend lan.. hahaha, ape lagi.. kita penuhilah jemputan orang dah jemput. Makanya gantung kuali yer satu hari tu.


Kat umah Mak Dira. Gambar makanan sogan lak acik nak amik gambo.. hehe.. tapi roti jalan kuah durian tu win lah! 10 thumbs up. Tapi apakan daya, perit takleh nak terima makanan banyak2, maka 2 kali je makan roti jalan. Ingat orang belakang sebenarnya.. hahaha... cover cover.

Hujan lebat bila sampai Kg. Meelayu Subang. Nak sampai ke Kg. Melayu Subang tu aku tau jalan, tapi nak sampai ke umah mak Dira tu dah taktau dah. Maka follow la montot kete Izza dan N... Zara baru bangun tido, dia punya mengamukkk.. Fuhhhhh! Memang menguji sangatttt. Aku dah malu2 dah dia ngamuk kat umah mak Dira tu.. orang tengah ramai. Zara ni kalau dia baik, memang perangai memang angle betul... sangat baik dan menyenangkan hati. Tapi... kalau datang dia punya ragam tu, aduhaiiii... tak terkata. susah nak dipujuk. Aku memang sentiasa la berusaha tak bagi dia xpuas hati atau merajuk2 ni kan... susah nak pujuk oi anak dara tu.. aku n papa dia surrender. Mujur kat umah orang je tu kena la pujuk2 kan... Kalau kat umah sendiri tu, aku biar dia merempan dulu... agak2 tgk dia macam dah penat merempan, baru aku pujuk dia.. amazingly, sekejap je dah ok... haih lah anak... cabaran cabaran nak membesarkan anak.


Anak-anak zaman sekarang. Takde tab tak boleh hidup ek korang? Tapi bagus gak, dapat mama n papa makan dengan aman dan damai. hahaha. Tu Zara dah ok sikit aku pujuk2, barulah dia nak makan. bertambah2 dia makan mee kari aunty dira... lapar la tu lepas ngamuk kan.

Ok setel umah Dira. Tq Dira atas jemputan... Lain kali jemput lagi.. wakakaka...


Setel umah Dira, kitorang gerak g umah Dayu plak. Lalu jalan kat airport Subang tu... Punya la jakun aku tgk jalan. Ate jarang la lalu situ. Dulu2 ada la. Tapi tak berapa ingat dah. rasanya jalan situ dulu 1 lane dua hala. Sekarang dah besar dah jalan dia. dan sekejap je dah sampai umah Dayu... Dah lama sangat tak g umah Dayu, ingat2 lupa.. tapi mujurlah sampai... yang aku tau ikut Mydin USJ tu pastu straight je sampai jumpa apartment. Dah sampai.

Nak sampai pintu umah Dayu ni kelakar... Zara dah cakap nak poo poo, kelam kelibut aku carik umah Dayu... tunggu lif lambat. aku naik la tangga. alamat yang Dayu bagi aras 3, aku gigih la naik tangga sampai aras 3. sekali aras 2 je... adoi la. rupanya ground floor tu dia kira aras 1.. hahaha... paling haru, Zara bukannya poopoo pun.... adoi, stress mama ko penat nak oi naik tangga... dah setel zara, aku turun bawah balik nak amik Enady n Dani... Carik2 tak jumpa... Sekali deme dah naik atas.. double stress mak hencik tau. mencik! Nak geram tak jadi geram sebab dapat jumpa kawan2 blogger... hahaha... 


Dayu masak lontong, spagheti n lain2... Aku suap anak-anak makan lontong bertambah-tambah. Terutama sekali anak N, si Arryan tu, bertambah-tambah hehehe... Mak dia suap takmo, dia nak aku suap gak... Hehehe, aunty tak kisah, asalkan aunty amik awak makan tau habiskan.




Punya semangat haa, Arryan makan... Zara seronok la sebab ada geng nak makan...:)







Group photo adalah perkara wajib bagi kitorang.. hehehe... Tak bergambar tak sah kan.. :)

lastly, Tq so much Dayu masak n jamu kitorang makan... Thanks a lot.... Tahun depan masak2 lagi tau.. hihi...



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

2 comments:

nadeera said...

terima kasih la datang memenuhi jemputan..heheeh

Rizziela said...

syok kan bila dah jumpa ramai2