Panduan Nak Daftar Anak Ke Tadika MAIWP



MAIWP - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Tadika ni agak famous jugak di kawasan Putrajaya. Selain daripada silibus nya yang islamik, transit sampai petang, yuran bulanannya yang agak mampu bayar jugak menjadi pilihan bagi golongan pertengahan di Putrajaya ni. Yuran murah tu bonus.. :)

Ingat lagi tahun lepas mencarik dan pening nak buat pilihan nak sekolahkan Dani ni. Akhirnya sekolah ni menjadi pilihan bagi aku n husband. Dah isi borang bagai tapi lupa nak hantar. Nama Dani tercicir. Frust menonggeng aku. Then decide nak hantar dia ke sekolah tadika KEMAS kat Ayer Hitam. Dah register bagai. Tengah beli baju sekolah kat Serdang, dapat whatsapp yang Dani dapat sekolah kat Tadika Al-Hidayah MAIWP kat Presint 9.

Alhamdulillah... Sadis kalau diingat2 balik... :) 


Tahun depan Dani 6 tahun, aku nak continue je dia sekolah kat situ. Habiskan segala-gala yang dia dah start belajar kat tadika tu... Tahun 2017 sambung pulak ngan adiknya... hehehe...

Maybe panduan ni boleh dijadikan rujukan untuk korang bila dah ada niat nak masukkan anak kat tadika ni.

1. Banyak cawangan

-  Tadika ni banyak cawangan. Presint 9, Presint 7 (dalam IPD, Presint 11, Presint 16. Yang transit sampai petang kat Presint 7 dan 9 sahaja untuk 5 dan 6 tahun. Kat Presint 16 untuk 6 tahun sahaja. Yang lain semua sekerat hari sampai kul 12 tengahari. So pilihla yang mana senangkan korang.


2. Ambil borang

-  Make sure datang pagi-pagi yer. Selepas Subuh dah datang pun takpe. First come first serve. Macam aku dah bgtau kat atas tadi, berebut parents nak hantar anak ke sekolah ni. Tahun lepas Enady datang kul 7 pagi pun dapat borang no.50. Borang no.1 orang tu datang pukul berapa? Fikir-fikirkan... hehehe...


3. Kembalikan borang

-  Dah dapat borang, isila semua details yang dia nak. Dan segera kembalikan ke sekolah semula. jangan jadi macam aku tahun lepas yer... tsk tsk tsk! Dapat borang pagi tu, nak hantar tengahari tu pun lagi bagus.


4. Tunggu surat tawaran

-  Bila langkah-langkah 2-3 dah dibuat, inshaAllah dapatla anak2 korang bersekolah di tadika berkenaan. Dalam bulan 12 nanti surat akan dipos ke rumah masing-masing.


5. Yuran Pendaftaran

-  Bayaran kelas pagi RM20.00
   Bayaran transit RM70.00
   Bayaran kelas KAFA petang RM70.00
   Total sebulan RM160.00

Transit tu dah bersekali ngan makan minum murid2. Ni rate tahun ni. Tahun depan taktau. Sama je kot.. :)


Untuk Tadika Al-Hidayah, Presint 9, borang akan diedarkan pada 1 Sept 2015 ni. Jangan lupa okay, pagi-pagi datang. Tadika lain, rasanya dah tutup untuk pendaftaran. 1 Julai ari tu amik borang.

Semoga bermanfaat. :)




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

3 comments:

Rizziela said...

oklah..murah sangat..sebab smp petang kan

Norah said...

Mcm mna nak tau no contact setiap tadika yea..ank saya thn depan dah 5 thn....

dalila said...

tq utk info ni sis..
in shaAllah ank sy mungkin dpt utk sesi 2017 kt p16..tp kt ats tu sy bace sis bgtau p16 tu utk 6thn?tp ank sy br 5 thn thn dpn..

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...