FM from Cameron Highlands


Thanks Darling Zana...

Aku kalau tahu member-member pergi bercuti, mesti aku nak kirim Fridge Magnet (FM). Kirim dan mestilah aku nak bayar kan. Takkanlah main order je..Hehe..tapi majoriti semua yang bagi FM tu cakap, "ambik jelah Na, takyah bayar, sourviners yang tak seberapa.."

Bagi aku, sangat seberapa tau. Aku ucap terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberi FM tu. Aku memang penggemar tegar FM. Hehe.. Banyak dah terlekat fridge tu. Nanti ada masa aku show off..:)

RagamDani : He was just like curry puffs!






Berebut ngan aku ok karipap yang seketul je tu. Pada mulanya, dia nampak aku makan. Aku makan baru segigit. Dia tarik baju aku nak karipap tu. Huhu, aku pun bagilah. Dengan harapan dia tak habis makan. Hahaha, kejam mama ko ni Dani..=p

Dah bagi dia makan, aku pun buatlah keje rumah. Dah selesai semua, tengok-tengok dia datang kat aku buat tangan finish.. Aaaaaaaaaaaa? Biar betul habis ni nak oii. Aku carik keliling hall, dalam bilik, celah kerusi. Nan ado! Huhu, Dani habiskannnn.. nape tak tinggal mama sikit..=p.

Kalau Dani boleh cakap, "manelah Dani tau, mama tak habaq! Lagipun karipap ni sedaplah mama.."

Huhu..cerita kat papa Dani. Dia bantai gelak..Nasib baik pagi tadi dia dah bawak pegi carik Nasi Lemak Puchong pastu beli karipap sekali..Tq papa..:)

Sourviners from Korea


Terima kasih CikMaz dan Ecah.. Dorang baru balik dari Korea. Bercuti 5 ke 6 hari ntah. Aku tak ingat.. Seronok dengar dorang bercerita pasal vacation dorang kat sana. Aku ni bilalah dapat merasa jejakkan kaki ke negara orang..hurmm..:)

Fogging


Lately, semakin kerap kat area rumah aku ni kena fogging. Baguslah. Takde lagi nyamuk berleluasa. Agaknya salah satu report yang aku buat masa Enady kena denggi hari tu kot, tu yang dia datang fogging..:)

2nd baby of Shahrul & Seri


Semalam tengahari aku ngan opismate : Kak N, Dayan, Qila dan Nor berkesempatan melawat baby baru Shahrul dan Seri. Nasib baik sempat, sebab petang tu Seri dah nak balik Labu, Negeri Sembilan. :)

Ibunya yg duduk bersimpuh tu. :)

Syukur alhamdulillah, dah dapat sepasang anak dah. Dan kali ni bersalin normal ok. Tu yang nampak selamba je Seri duduk bersimpuh tu kan..:) Tahniah Seri! Masa anak first Seri bersalin c-zer. Marissa Hani namanya. Berumur 3 tahun.

Nama baby tak dapat diketahui lagi. Ibu ngan ayah dia belum decide. Berat baby 3.55kg. Fuhh, besar jugak. Normal pulak tu. Tahniah lagi sekali Seri! Jaga diri baik-baik k..Selamat bercuti dan berpantang..

noted : sempat jugak meninjau sekitar rumah baru Shahrul n Seri ni..lawa..

Updated : Entry ni sebenarnya terlupa nak publish. Tersimpan je. Patutla aku tengok takde pun entry baby ni. Huhu. Nama baby dah tau, Muhammad Aqil Harith. :)

Penghibur hati mama dan papa




Hepi belated bufday buat adik-adikku

Mohd Hanif bin Uzir
Nuremilia binti Uzir

Hari lahir adik yang no.4, KakYang pada 21 Julai 2011 yang lalu.

Hari lahir adik yang no.3, Anep pada 26 Julai 2011 yang lalu jugak..

So Along nak ucapkan hepi belated bufday version kat blog ye adik-adikku. Along dah wish on that day korang punye bufday through FB dan SMS kan..:) Bertuah korang dapat kakak macam Along ni. Hahaha.. #TTDMKA

Masa kecik2 dorang ni suka bergaduh. Dua-dua agak panasssss. Lahir bulan yang sama kot.. Huhu..jenis degil sikit dan hati kering. Bukan macam aku ni. Agak sensitif. Actually bukan agak. Tapi memang sensitif orangnya. Tgk kucing kena tendang2 pun aku boleh nangis, tgk citer hindustan, kena marah apatah lagi. Kalau tengah marah pun aku yang nangis. Haha..langsung tak jadi marah.=p

Ijai, adik aku no.2 tu jenis cool sikit. Relax je. Teringat dulu masa dia bersunat. Haha, air mata bergenang je sakit..yang Anep punya dah meraung-raung satu kampung dengar. Upsss, sori adik..terimalah kenyataan ye..=p

Ika pulak, biasalah anak bongsu. Dimanjakan oleh ibu ayah kakak2 dan abang2nya..:) Merajuk tu sinonim dah ngan dia. Kalau dia tau aku nak balik kampung, siaplah dia punya wishlist panjang berjela. Haha, takdelah, dia mesti suh beli cekelat. Tak padan ngan anak dara dah. Tahun ni UPSR. Semoga dapat menjawab exam ngan tenang lepas raya ni. Huhu, takleh raya sakan lah Ika..:)

Tajuk nak citer lain, tapi termasuk cerita hal adik2 aku sekali. Hehe. Motip? Aku rindu dorang. Rindu ibu ayah jugak.. Ok minggu depan balik..:)

First check up

Buku pink masa pregnant kan Dani. Lunyai dah..:)

Hari Isnin petang aku beranikan diri untuk pergi buat buku pink.. Hehe, aku takut sebenarnya. Takut tang nak kena amik darah tu..Sapa yang rajin follow blog aku ni mesti tau kan kenapa aku takut kena amik darah. Hehe, Oklah oklah aku bagitau... Kalau rajin klik sini dulu.

Aku takut amik darah sebab salur darah aku kecik sangat. Kalau nurse yang tak pandai carik salur darah tu, memang nan adolah darah yang keluar. So, konfem lah banyak kali kena cucuk kan..Sekali cucuk takdelah rasa sakit, kalau dah banyak kali? Lu pikirlah sendiri..hehe..:)

Akhirnya berdiri teguh jugak aku kat klinik tu. hehe. Dengan ditemani suami tercinta. Eceehhh.. Dia saja mintak cuti nak teman. Mengada nak teman. anak first oklah kot nak teman. Anak second, takyahlah pada pandangan aku. Kang jadik buah mulut orang2 kat klinik tu kang. Sebab apa, jadik buah mulut? Sebab dah terang2 aku kena bawak buku pink Dani dulu kan, so orang taulah aku nak buat buku untuk second baby..agaknya dorang cakap "nak buat buku lagi pun nak hangkut laki" Hahaha, aku agak je weyhh, Tak baik berprasangka buruk aku nih..Sebenarnya takut kerusi tak cukup. Awal2 aku cakap kat Enady, kalau ramai orang kang, papa dok kat luar atau dok tempat lain. Jangan dok kat area kaunter 7 tu tau. Tak ramai orang baru dok sebelah mama..:)

First time jugak aku check up kat KK Presint 9 ni. Sebelum ni kat KK Desa Putra, Sg. Merab, Kajang. Dia ikut alamat rumah. Aku dah pindah Presint 11, kenalah follow check up kat KK Presint 9.

Sampai giliran, register bagai. Pastu pergi pulak kat bahagian urine test. Setiap ibu mengandung dibekalkan dengan bekas urine sendiri. Setiap kali check up wajib bawak sendiri. Dah setle part tu, g makmal pulak amik darah sebanyak 10ml untuk 3 ujian :
1) VDRL+/-TPHA
2) Hb
3) HIV (Rapid Test)

10ml tu. Banyakkk... aku minta nurse tu cucuk kat pergelangan tangan sebab aku cakap darah saya konfem takde kalau amik kat lengan. tapi nurse tu tak berani. Dia carik jugak salur darah aku kat lengan. Degil betul nurse ni. hehe,,sempattt.. Dan alhamdulillah nurse tu sekali cucuk je, terus keluar darah aku.. Huhu. bravo bravo kakak nurse. Aku siap cakap, first time ni nurse berjaya amik darah kat lengan saya. Haha.. Kak N cakap, awak tak stress kot masa nak amik darah tu. Tu yang darah dapat keluar..Hihi, agaknye lah..:)

Selesai part tu, tunggu turn untuk jumpa nurse pulak. Untuk review pregnancy yang dulu. Termasuklah timbang berat, bagitau result Hb, suggest itu ini, suruh rehatla itulah inilah. Kira macam consultation la. Dan dengan terkejutnya bila aku timbang berat aku. Huhu, scaryyyy. Dah sah-sah kena minum air gula. Sob sob sob. Lagipun masa first pregnancy pun aku kena minum air gula sebab berat nak 2 kilo terus. So, wajib repeat untuk second. Hb pun paras-paras jek. Aduhaiii..Malas nak susah hati sangat. Aku biar aje.. Ikut je nurse cakap minum susu 2-3 gelas sehari, makan asid folik..

Dah selesai semuadalam pukul 4.30 petang, baliklah semula ke rumah. Nurse set appointment ngan doctor pulak keesokan harinya. Jumpa doctor just review semula pregnancy yang dulu dan set tarikh untuk first scan pada 30 September nanti. Haha, aku ingatkan jumpa doctor untuk scan. Rupanya tidak..Hehe..

Buku pink for 2nd baby. Dah tampal sticker hijau dah atas tu.
Sekian dulu review first check up untuk second pregnancy kali ni. Next appointment 22 Ogos 2011. Bulan puasa lak tu..Huhu, larat ke tak aku puasa ni. Insyallah dengan niat yang betul, aku akan puasa..:)

Wordless Wednesday #07

ai suka masam-masam je


Perghhhh, sorga bila dapat makan ni. Beli kat Jualan Amal Kelab Ekonomi dan Antarabangsa tadi. Tapi aku tau, tak boleh nak ngadap benda ni je 100%. Nanti lain pulak yang jadi. Aku makan ni bila tekak aku nak makan secukup rasa je. Hehehe..

Ada orang cakap kalau kita banyak makan makanan yang lebih kepada keasidan kandungan makanan tu, insyallah dapatlah anak perempuan. Huhu,  takde bukti sahih. Nanti aku google. Dah jumpa kang aku tempek kat sini ok..:)

Note : Berusaha untuk mendapatkan anak perempuan, tapi semuanya terserah pada Allah SWT rezeki ini. Aku redha..:)

Mane hilang nya no.7?


Tu hah! Kat tangan Dani tu. Satu hari mesti tak sah kalau tak cabut benda2 tu. Nasib baikla papa ko rajin Dani, ko cabut-cabut, papa pasang-pasang balik. Mama? Tengok je, lantak situ. Kalau kemas kang dia cabut balik...=p

9 weeks

BabyCenter® Malaysia - The most complete online resource for new and expectant parents
Hello Nurliyana!
9 weeks pregnant


If extreme mood swings leave you feeling like a drama queen this week, you're not alone. Hormonal fluctuations are treating your emotions like a yo-yo now. One minute you feel weepy and the next you're laughing harder than you've ever laughed before. Take comfort in knowing that those same volatile hormones are helping your baby grow. In fact, this week marks the first time your baby looks almost human. He has all the standard body parts in place now - though they're not yet formed to perfection.

• Find out more fascinating fetal development facts.
• Read more about being nine weeks pregnant.

Rajin jugak


Tapi rajin memunggah.

Bila dah penat punggah sana punggah sini, tu yang terbaring mana dan je minum susu..

Teman mama masak ye Dani..:) Terima kasih...

Masa yang berkualiti untuk keluarga


Disebabkan Papa Dani bekerja pada hari Sabtu, makanya, masa yang berkualiti buat kami sekeluarga adalah pada hari Ahad sahaja. Janji ku pada Dani aku tunaikan pagi tadi. Nak bawak dia mandi kolam. Dekat je pun ngan umah. Kat Kompleks Kejiranan Presint 9 nun je..depan Teja. Nak pegi kat Presint 11 nun, kena bayar satu, pastu aku agak mesti panas sebab kolam dia macam open sikit..takde bangunan dan pokok-pokok yang lindung.


Seronok bila tengok anak teruja main air..Jom layan gambar..



nak buat peace tapi tak jadi..hihi

dah lama tak amik gambar berdua..:)


Lepas mandi

keluarga kecil kami..berdebar menanti lagi sorang keluar 7 bulan lagi..
Tak lama pun aku kasik Dani main air. Sebab risau kes lama berulang kembali. Tu pun aku pantau habis habisan. Dani punyalah menggeletek nak mandi lagi. Tengok dia dah bersin 2-3 kali, aku stop bagi dia main. Dah jom balik! Hihi..

Sekian, cerita hari Ahad kami..:)

Tak sampai hajat untuk ketemuan


Pagi semalam, Kak Yat chat through FB ngan aku cakap nak meet up untuk kasik hadiah kat Dani sempena ngan aku menang contest Kak Yat tu.

Janji kul 10 pagi, then Kak Yat text aku cakap lambat sikit sebab anak dara dia si Qies tu belum bangun lagi. Aku ok je. Lagipun takde plan mane-mane pun. Papa Dani keje.

Disebabkan Dani tergedik-gedik dah asyik ajak pegi kat pintu je, aku pun bersiap la. Takpelah, sementara tunggu Kak Yat text aku, aku bawaklah Dani main kat area-area kolam kat Presint 9 tu. Teruja betul dia tengok budak-budak mandi kolam tu. Nanti mama bawak Dani ek..:)


Jam dah kul 11 lebih. Agak-agak dah boring Dani dok pusing-pusing tepi kolam tu, aku bawak dia makan roti john ngan minum teh ais..Legaaa dia, penat lah tu..

Kak Yat tak text aku lagi ni. Tetiba nampak kelibat Qies. Pastu Kak Yat n husband dia. Tengah meet up their fren. Pastu msg masuk. Msg from Kak Yat. Cakap yang dia tak dapat jumpa, ada hal lain. Ada meeting ngan kawan. Ok takpe, aku pun reply balik, yang aku memang dah ada kat sini. Saja bawak Dani main-main. Sekali Kak Yat cakap yang dia rushing tadi n lupa bawak hadiah tu.. Makanya next time lah jumpa..

berpeluh-peluh Dani main..

Apa-apa pun, dapat jugak tengok anak dara Kak Yat tu dari jauh.. Hehe, lain kali kita jumpa depan-depan ye Qies. See you..

Tahniah Malaysia

Walaupun kalah 3-5 kepada Singapore, aku tetap berbangga bila Malaysia tak hilang semangat untuk merapatkan jurang gol daripada 1-4 kepada 3-4.. Best wooo bila dua-dua gol tak sampai 30 saat pun.. Syabas buat Safee Sali dan aku tak ingat sape yg score lagi sorang sebab tak sempat nak tgk sape yg score dah Safee Sali score..Hehe..

Memang kecut perut kan tengok bola tadi. Rasa nak luruh jantung..:)

Taman Mainan Dani


Balkoni rumah aku sebenarnya. Hari Sabtu memang hari untuk aku bersantai-santai ngan Dani. Tu yang bukak sliding, biarkan dia main. tapi with observe la, risau gak dia panjat kerusi tu. Setakat ni dia takde keinginan lagi nak panjat kerusi tempat papa dia smoking tu. Tapi who knows kan? So, beware ajelah..


Aummmmmm, bersedia untuk  menonton perlawanan bola sepak malam kang di antara Malaysia vs Singapore..:)

Gaya jalannya bak finalist Hero Remaja.. Hahaha..:)

Sekian cerita pagi Sabtu. Jap lagi nak meet up Kak Yat Ekhram kat Teja Presint 9 nun.. Jom, sapa mau join..:)

Owh bola bowling, aku akan merinduimu..


Hari Rabu yang lepas, aku training bowling kat Alamanda dengan opismate untuk get ready satu event "BSWP Bowling Ramah Mesra 2011" pada malam ni. Setiap seksyen diwajibkan menghantar 1 team bersamaan dengan 5 orang, 3 lelaki dan 2 perempuan. Sebagai juara bertahan bagi seksyen wang awam I *ececeee, automatik aku tersenarai lah..

Tetapi sekarang aku terpaksa melupakan hasrat itu. Huhu, Takpelah, aku jadi penonton saje lah malam ni. Bahaya kata mereka untuk aku bermain bowling.. Wuwuwuww..redha sajelah. Walaumacam manapun, aku akan datang untuk bagi sokongan kepada opismate aku yang bertanding.. Go! Go! Moneyfesto! Moneyfesto = nama kelab Seksyen Wang Awam I. :)


Haaaa, budak tecik ni sangat behave. hahaha, sebab dia takut tengok pin pin bowling tu berkecai bila orang baling.. Tu yang dia diam je takde nak melasak. Mama pun senang nak oi..:) Bolehlah mama bawak kamu malam ni k..Nak ikut tak? Hehe..


Note : berehat main bowling sampai deliver..T_T

Nasi Beriyani Nyum Nyum

makanan-makanan yang terhidangan..=p

Terima kasih kepada Kak Timah yang sudi sponsor makan tengahari kami warga Wang Awam I..:) Semoga dimurahkan rezeki Kak Timah sekeluarga. Pastu Kak Timah tambah lagi, "Doakan kak sihat sentiasa ye" Ok Kak Timah, semoga Kak Timah sentiasa sihat walafiat di samping keluarga. Hehe, dah macam ayat surat. takpe, itu doa ikhlas dari hati aku bahkan satu seksyen ni..:)

Bos besar mesti rasmikan dulu..
Kak Timah sponsor kami satu opis makan Nasi Beriyani yang sangat umpphh!! Sedap tak terkata! Begitulah kan lumrah hidup, kalau kita ikhlas dalam sesuatu perkara mesti ianya akan diingati orang kan..

Anak dara pingitan Seksyen Wang Awam I : Qila n Dayan, upps..terselit pulak jejaka sorang tu..

portion aku. tak banyak pun. separuh pun dah bikin perut aku sendat giler!
Thanks again Kak Timah..:)

Noted : Sempena nak puasa ni, ramai yang bermurah hati sponsor makan tengahari. Terima kasih banyak-banyak. Who's next? =p *Gurau je..

333333 nombor bertuah


Alhamdulillah...aku berjaya capture nombor bertuah di atas sempena dengan contest yang dianjurkan oleh Pn. Yat Ekhram kita..:)

Rezeki Dani n baby..:)

Aku muntah depan Siti Nurhaliza sebab mak aku suruh >> gurauan semata

Copy dari Wall UB yang dipost oleh Fahreen Fredo.

Best wooo.. lawak gile. Aku dah gelak sensorang kat depan pc ni..:)

Mekasih Reen, release boring hari ni..kahkahkah..Aku punye yang title kat atas tu.. Gurauan semata eyh.. Kang ada fans Dato' Siti marah pulak..:)

********

i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

JADIKAN 1 AYAT. ( i + ii + iii = ? )
KONGSI JAWAPAN ANDA DI KOMEN :D

Untuk mu sayang

Semalam terlepas banyak topik terlepas kat UB. Sadisnya.. Kat opis FB kena block, kalau nak balas pun boleh kat email je lah.

Tengok-tengok geng UB buat topik pasal husband..Seronoknya baca kisah korang..:)

Hari ni my turn. Saje nak buat jugak. Takde hal kan?

Kenal husband tahun 2005.Kawan gedebak gedebuk bulan Februari 2008 bertunang. 07 Jun 2009 kami disatukan. 11 Mac 2010, anugerah dan amanat dari Allah diberikan kepada kami. Alhamdulillah, sekarang menunggu masa dan ketika menanti kelahiran anak kedua. Syukur padaMu Ya Allah di atas kurniaan dan rezeki yang Kau limpahkan kepada kami..

6 tahun kenal husband, banyak dah kami tempuhi bersama. Yang paling sabar dalam menangani masalah sudah semestinya husband. Nama pun ketua keluarga kan. Isterinya ni hanya kuat merajuk. Haha, tapi tu masa awal-awal kahwin dulu. Sekarang, tak kuasa dah nak merajuk sebab dia dah malas nak pujuk. Last-last baik sendiri..=p

Cuma sekarang ni aku rasa lebih bahagia tambah-tambah lepas tau aku mengandungkan anak dia yang kedua.. Haha.. Panggilan mama tu dah bertukar ke sayang. *blushing* Bila aku tanya apsal sayang pulak ni? Dia jawab, entah..spontan je. Tapi still la menggunakan perkataan mama tu. Cuma bila dia kejutkan aku dari tidur, ajak aku makan, bila aku termarah Dani dan lain-lain tu baru dia panggil sayang. Terasa romantik sangat..

Masa megandungkan Dani.:)

Ok ku dedikasikan buat mu suamiku, (balik keje nanti aku bagi dia baca)

Terima kasih kerana menyayangi, menjaga, membelai diri ini. Membajai bibit cinta dan kasih sayang kita yang semakin hari semakin bercambah. Ku akan sentiasa bersamamu di kala susah senang. Semoga kita akan terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat..i Love u so much forever n ever..~~ dari hati isterimu yang tulus..:)

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...